BUAT PEANUT BUTTER SENDIRI
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat Nurulsham semua.. Pernah tak anda terfikir yang anda boleh buat peanut butter sendiri? Nurulsham dapat idea nak buat peanut butter ni selepas rajin menonton ASIAN FOOD CHANNEL . Seronok tengok Jamie Oliver buat Walnut Butter sendiri untuk makan dengan roti homemade . Wah! Terujanya Nurulsham... cepat je pergi beli kacang tanah dan cuba buat juga. Sebenarnya Nurulsham ni memang seorang yang cepat teruja bila dapat tahu, makanan yang selama ini kita kena beli... sebenarnya boleh buat sendiri di rumah. Memandangkan makanan beli ini biasanya ada additive , dan Nurulsham pula memang tak tahan makan makanan begini, jadi Nurulsham sentiasa cari cara nak buat sendiri dan makan masa masih fresh . Kalau dah cuba buat dan jadi, Nurulsham akan rasa lega sangat dan puas hati. Haha! Ok lah, dah habis berceloteh. Jom lah kita tengok resepi peanut butter ni. Kawan-kawan nanti bila dah buat dan menjadi, share lah dengan Nurulsham di ruang komen ye. Ata