Postingan

Menampilkan postingan dengan label Resepi Kerabu

Resepi Kerabu Kuey Teow Sedap Mudah Simple Special

Gambar
Resepi Kerabu Kuey Teow Sedap Mudah Simple Special.  Saya dan famili memang suka sangat makan kuey teow baik goreng ataupun sup. Tapi kali ini saya olah sikit jadi kerabu kuey teow yang sedap terangkat.Ala thai gitu. Sesiapa peminat kerabu dan kuey teow macam saya, boleh cuba resepi kerabu kuey teow yang mudah dan sedap : Resepi Kerabu Kuey Teow Resepi Kerabu Kuey Teow Mudah Sedap  Bahan untuk resepi Resepi Kerabu Kuey Teow  Simple : Bahan A Kueh teow sebungkus ( celur dulu tapi jangan sampai lembut sangat sebab nanti kurang sedap ) Bahan B Isi ayam Udang Sotong Rebus sampai masak.Bila dah masak, masukk fish cake yang telah dihiris nipis.Toskan Bahan C Tiga biji cili api. ( Kalau suka pedas sila tambah dan sebaliknya ) Hirisan daun sup atau ketumbar Satu kiub pati ayam maggie Satu kiub tomyam maggie Sedikit serbuk perasa Satu biji kecil limau nipis. ( ambil jus sahaja ) Bahan D Dua biji telur digoreng hancur Cara Buat Kerabu Kuey Teow Cara cara membuat kerabu...

Resepi Air Asam Kerisik Utara

Gambar
Resepi Air Asam Kerisik Utara. Oleh kerana semalam saya hanya sempat berkongsi resepi nasi daging utara yang mudah dan sedap, jadi hari ini saya ingin kongsikan pasangannya iaitu air asam kerisik utara. Air Asam Kerisik Utara Resepi Air Asam Kerisik Utara Sedap Simple Ringkas Bahan untuk resepi air asam kerisik utara mudah : Asam jawa Satu sudu besar kerisik Bahan hiris : Satu biji tomato Tiga ulas bawang merah Tiga biji cili padi Bahan tumbuk : Tiga batang cili merah Empat biji cili padi Belacan sebesar ibu jari Garam Gula Cara Buat Air Asam Kerisik Cara cara membuat air asam kerisik Masukkan bahan hiris ke dalam mangkuk Masukkan bahan tumbuk Tuang air asam jawa dan air kosong sikit dan gaul sampai sebati Akhir, masukkan kerisik dan gaul sampai rata serta sebati. Siap. > Resepi Nasi Daging Utara Sedap Simple

Resepi Sambal Mangga Muda Sedap Mudah Ringkas

Gambar
Resepi Sambal Mangga Muda Sedap Mudah Ringkas.  Resepi sambal mangga muda ini saya dapat masa sambung belajar di Kelantan. Orang Kelantan panggil sambal pauh mudo. Orang Terengganu pula panggil pelam mude. Tempat anda panggil apa buah mangga ye? Memang mudah dan simple sangat, guna tiga bahan sahaja tapi rasanya sangat mabeles, boleh buat bertambah nasi sampai tiga pinggan. Resepi Sambal Mangga Muda Resepi Sambal Mangga Muda Simple Senang Special Bahan untuk resepi sambal mangga muda ringkas : Mangga Muda Ikan sardin atau kembung ( rebus bersama air yang telah dicampur asam keping dan garam ) Cili Padi Cara Buat Sambal Mangga Muda Cara cara membuat sambal mangga muda : Potong dan cincang mangga. Rebus ikan dengan air yang telah dicampur asam keping dan garam.Toskan. Kemudian, tumbuk manja isi ikan, mangga muda dan cili padi Perasakan Siap. Yang nak ubahsuai tambah asam boi ke, perah limau nipis ke  dan yang sewaktu dengannya boleh sahaja. Dan, kalau nak lagi sedap, makan bersa...

Resepi Sambal Buah Cermai Sedap Simple Mudah

Gambar
Resepi Sambal Buah Cermai Sedap Simple Mudah. Jiran satu taman bagi buah cermai. Simpan sikit untuk buat jeruk buah cermai, lebihan kita buat sambal buah cermai yang mudah dan sedap. Ada ke yang suka sambal buah cermai ? Suami saya suka sangat sambal cermai. Kalau ada sambal cermai mesti tambah nasi berpinggan pinggan punya. Jom saya kongsikan resepi sambal buah cermai yang simple : Resepi Sambal Buah Cermai Resepi Sambal Buah Cermai Ringkas Senang Special Bahan untuk buat sambal buah cermai : Cili api Belacan Asam jawa Buah cermai Garam Gula Cara Buat Sambal Buah Cermai Cara cara membuat sambal buah cermai : Basuh bersih semua bahan diatas dan toskan Tumbuk atau kisar sampai lumat Siap Senang je kan cara nak buat sambal buah cermai. Semudah Abc. Dah siap, masukkan dalam mangku dan makan dengan nasi panas-panas, pasti terangkat. Selamat mencuba.