Resepi Ikan Masin Jeruk Goreng Thai Tahan Lama
Resepi Ikan Masin Jeruk Goreng Thai Tahan Lama. Ikan masin jeruk kering adalah menu sahur saya setiap tahun kerana ketika waktu bersahur saya dan anak-anak susah nak telan nasi. Namun sejak ada lauk ikan tenggiri jeruk goreng, anak-anak pun pulun makan. Resepi ikan masin jeruk goreng saya mintak dari jiran orang thai. Yang lagi isimewa, ianya boleh tahan lama. Masak banyak-banyak, kemudian simpan dalam botol kedap udara dan masukkan dalam peti ais. Saya kongsikan resepi ikan masik jeruk goreng sedap : Resepi Ikan Masin Jeruk Goreng Thai Resepi Ikan Masin Jeruk Goreng Siam Sedap Simple Bahan untuk resepi ikan masin jeruk goreng mudah : Ikan masin tenggiri yang di goreng garing Cili padi, kuantiti ikut suka atas selera. Kalau saya lagi pedas lagi sedap. Bawang merah ( mayang ) Bawang putih ( mayang ) Sedikit air asam jawa Apa-apa ulam yang kita suka (rincik halus) Cara Masak Ikan Masin Jeruk Goreng Cara cara buat ikan masin jeruk goreng : Panaskan minyak sikit, goreng bawang merah,...