Postingan

Menampilkan postingan dengan label BERKEBUN

JOM KENAL ULAM-ULAMAN

Gambar
Hari ni adik Nurulsham, Mimi namanya datang ke rumah bawa ulam-ulaman dan sayur-sayuran dari rumahnya. Apabila beliau mendengar Nurulsham buat Puasa Sayur , beliau pun sama teruja dan dikutipnya pucuk-pucuk muda dari kebun untuk diberikan pada Nurulsham. Pucuk-pucuk kayu yang dibawanya semuanya menarik-menarik belaka. Asyik betul Nurulsham dengar penerangan beliau tentang khasiat setiap sayur-sayuran tersebut. 1. Beluntas 2. Selasih 3. Belalai gajah 4. Kemangin 1.  Bunga kantan 2. Pegaga   Gajah 3.  Belalai gajah 4.  Ceri Barbador 5. Selasih   6.  Ulam Raja 7.  Kemangin 8. Pucuk Limau Purut 9.  Cili Padi/ Cabai Melaka 10. Ulam Raja 11.  Kemangin 12.Selasih 13. Bayam Pasir/kampung Berikut Nurulsham senaraikan ilmu tentang ulam herba yang Nurulsham dapat dari Puan Mimi. Belalai Gajah - mencegah kanser (namun tidak disyorkan pada orang yang sudah terkena kanser). Daun Belalai gajah ini sangat sedap dibuat goreng tumis dengan ikan bilis dan bawan...

JOM TENGOK POKOK DAN BUAH-BUAHAN PELIK

Gambar
Pernah tak anda jumpa buah di atas ni?  Inilah buah terung susu kambing. Kalau dilihat memang bentuknya macam puting susu kambing, kan? Terung ni ditanam sebagai ubat. Aruah bapak Nurulsham dulu memang tanam pokok ni, untuk ubat hernia katanya. Setahu Nurulsham, Terung ni dipanaskan atas api dan dituam di tempat bengkak. Mungkin ada pembaca yang tahu tentang ini. Bolehlah kongsi pengetahuan dengan Nurulsham, ye. Ini buah cermai belanda. Nurulsham memang tanam pokok ni. Senang sahaja menanamnya. Tabur bijinya, ia akan tumbuh di mana-mana sahaja. Nurulsham tak tahu apa khasiat buah ni.  Biasanya, kalau musim, Nurulsham akan ambil buah ni, rebus dengan gula dan buat jem. Jemnya ada rasa pahit-pahit kelat sedikit tapi sedap juga. Ini betik rambai. Jarang-jarang jumpa pokok betik ni. Betik rambai ni sebenarnya pokok betik jantan. Selalunya kita akan ambil bunga betik jantan dan buat kerabu dan ulam, kan? Tapi, ada juga pokok betik jantan akhirnya menghasilkan buah. Masa Nurulsham k...

RESEPI JUS MENGKUDU/NONI SEGAR

Gambar
 Ingat lagi tak pokok mengkudu Nurulsham yang rajin berbuah tu?  Sekarang musim hujan..  banyaklah buahnya yang masak-masak dan besar luruh ke tanah. Kadang-kadang tak sempat kutip dah dipijak orang. Hari ni sempat juga kutip dua biji buah mengkudu ni, sambil tu sempat potong daun aloe vera yang dah gemuk kat bawah pokok mengkudu ni.  Belum tahu nak buat apa dengan semua ni sebenarnya, tapi kutip juga sebab sayang nanti rosak dan terbuang sahaja rezeki pemberian Allah ni. Kalau Nurulsham sendiri,  buah mengkudu masak ni Nurulsham akan buat jus. Kalau boleh masa mula-mula ia luruh terus buat. Kalau dah simpan sehari, baunya akan bertambah kuat sampai Nurulsham tak lalu nak minum. Nurulsham sempat juga kutip 10 helai daunnya yang besar-besar tu. Cadangnya, esok awal pagi Nurulsham nak bertungku. Nurulsham memang biasakan diri bertungku sedikit seminggu sekali atau dua kali. Jomlah kita tengok bagaimana Nurulsham buat jus mengkudu masak ni ya. Buah yang telah dipot...

TAMAN MINI NURULSHAM

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat Nurulsham semua. Nurulsham berharap anda semua dalam keadaan ceria.☺ Dalam hidup kita, memang banyak dugaan yang datang. Tak kira dalam situasi diri kita sebagai siapa pun... sebagai anak, sebagai iseri atau suami, sebagai pekerja, sebagai majikan, sebagai kawan... semuanya ada dugaan hidup masing-masing. Tanpa dugaan, kita sukar menghargai kebahagiaan. Bila ada dugaan, barulah hidup ada masam, manis, pahit, kelat dan sebagainya Namun, setiap yang pahit itu... ada manisnya. Pernah tak minum air herba yang pahit-pahit tu... selepas habis minum, dan habis menderita menelan pahit... akan tertinggal juga rasa manis di hujung-hujungnya. Betul tak? Seperti biasa Nurulsham dah terlebih bercerita... hehe. ☺  Sebenarnya Nurulsham nak berkongsi... Nurulsham sebagai pesakit PID (Prolapse Intervertebral Disk)  dan saraf ni (Anxiety Disorder) ... sebenarnya setiap hari menanggung sakit. Doktor ada beri ubat terkawal, untuk menghilangkan sakit ni....