Postingan

Menampilkan postingan dengan label Resepi Lauk Pauk

Cara Buat Telur Masin Guna Air Garam

Gambar
Cara Buat Telur Masin Guna Air Garam.  Banyak orang yang suka makan telur masin. Mudah je cara nak buat telur masin..Rasa puas hati bila kita pandai buat sendiri telur masin sebab lebih sedap dan lebih bersih. Cara Buat Telur Masin Resepi Telur Masin Homemade Lima belas biji telur itik yang sudah dibersihkan serta dikeringkan Lima ratus gram garam kasar Dua liter air Cara Buat Telur Masin Itik Cara cara membuat telur masin : Masak air besama garam sampai larut dan biarkan semalaman. Masukkan telur ke dalam balang atau bekas yang bertutup dan tuang air garam sampai semua telur terendam.  Akhir sekali, biarkan selama sepuluh hingga dua belas hari. Oh ya, kalau nak guna telur ayam untuk buat telur masin guna resepi yang saya kongsikan kat atas pun boleh. Atas selera masing-masing.Selamat mencuba semua.

Resepi Sahur Mudah Dan Cepat Sedap Simple Ringkas

Gambar
Resepi Sahur Mudah Dan Cepat Sedap Simple Ringkas.  Bulan puasa yang penuh barakah sudah makin hampir, jadi saya ingin ambil kesempatan ini untuk kongsikan resepi sahur yang mudah dan sedap bagi sebulan untuk kawan-kawan semua. Saya kongsikan resepi sahur simple dan sedap berikut : Resepi Sahur Mudah Dan Cepat Resepi Sahur Mudah Dan Sedap Senang Simple Cepat Sahur sebenarnya susah nak atur sebab lain orang lain seleranya, Terdapat juga segelintir mereka yang mampu puasa tanpa sahur, ada yang sahur sebelum tidur dan hanya panaskan lauk berbuka sahaja. Terserah kepada masing-masing. Menu sahur diatas adalah satu cadangan daripada saya. Semoga memberi sedikit manfaat.

Resepi Labu Sayur Air Terengganu Asli Original Tradisional

Gambar
Resepi Labu Sayur Air Terengganu Asli Original Tradisional . Kalau kawan-kawan semua nak tahu, labur sayur air adalah salah satu antara masakan tradisional dan popular di kalangan masyarakat pantai timur terutama Terengganu baik pada hari biasa mahupun ketika kenduri diadakan. Jom sahaya kongsikan resepi labu sayur air terengganu tradisional : Resepi Labu Sayur Air Terengganu Resepi Labu Sayur Air Terengganu Original Sedap Simple Mudah Bahan untuk resepi labu sayur air terengganu sedap : Satu biji labu air saiz sederhana ( kupas,belah dua dan potong ) Dua ekor ikan selayang rebus Satu sudu besar lada hitam ( jika nak pedas, letak lebih ) Empat ulas bawang merah Dua ulas bawang putih. Air secukupnya untuk kuah (saya letak air 1/3 periuk sahaja kerana labu akan mengeluarkan air ) Segenggam daun kesumn Setengah genggaman daun kemangi atau daun selasih Budu ( nak letak takpe, tak nak letak pun takpe ) Garam Cara Masak Labu Sayu Air Terengganu Cara cara buat sayu labu air terengganu : Tumbu...

Resepi Tauhu Berlauk Kukus Sedap Simple Mudah Ringkas

Gambar
Resepi Tauhu Berlauk Kukus Sedap Simple Mudah Ringkas. Sudah lama rasanya saya tidak buat tauhu berlauk yang mudah dan sedap ini. Kebetulan ada masa terluang dan bahan yang mencukupi, boleh lah saya buat tahu berlauk untuk makan seisi keluarga..Memang sedap tauhu berlauk, lebih lebih lagi kalau makan bersama lada kicap. Resepi Tauhu Berlauk Kukus Resepi Tauhu Berlauk Kukus Mudah Bahan untuk resepi tauhu berlauk simple : Empat ketul tauhu Dua tiub tauhu jepun Isi ayam atau udang Cili merah Daun bawang Daun sup Empat telur ayam Garam,  Serbuk lada putih  Serbuk perasa (maggie cukup rasa) Cara Buat Tauhu Berlauk Cara cara membuat tauhu berlauk : Kisar tauhu, tauhu jepun, dua biji telur, serta isi ayam atau udang. Kemudian, masukkan hirisan daun bawang dengan ciili merah. Perasakan guna garam, serbuk lada putih serta serbuk maggi cukup rasa Gaul sampai rata Masukkan adunan ke dalam bekas plastik Akhir sekali, kukus selama lima belas minit atau sampai adunan menjadi keras.Potong m...

Resepi Sambal Kicap Johor Asli Original Tradisional

Gambar
Resepi Sambal Kicap Johor Asli Original Tradisional. Jika  sudah nama orang Johor, sambal kicap dengan makanan semestinya berpisah tiada. Selain sedap makan bersama pisang goreng, kerang cicah sambal kicap johor pun sedap juga tau. Meletop-meletup gitu dalam mulut. Resepi sambal kicap goreng pisang johor yang sedap dan mudah saya sertakan sekali. Resepi Sambal Kicap Johor Resepi Sambal Kicap Johor Original Tradisional Asli Sedap Bahan untuk resepi sambal kicap johor simple : Tiga biji bawang merah Dua ulas bawang putih Cili padi Kicap Limau kasturi Gula Cara Buat Sambal Kicap Johor Cara cara membuat sambal kicap johor : Goreng sekejap bawang merah, bawang putih dan cili padi dalam kuali. Tak perlu garing sangat. Kemudian, toskan. Hati-hati tau, tutup guna tudung periuk jika takut meletup.  Dah siap tos, masukkan dalam pengisar dan tambah kicap serta gula. Kisar sampai lumat. Akhir sekali tuang sambal kicap johor dalam mangkuk. Perah limau kasturi ke atas sambal kicap. Rasa si...

Resepi Serunding Ikan Selayang Sedap Simple Mudah

Gambar
Resepi Serunding Ikan Selayang Aka Serunding Ikan Sardin Sedap Simple Mudah.  Ni haa resepi serunding ikan selayang paling simple. Boleh buat inti popia mini, inti karipap, inti pulut panggang, inti kuih ropa, inti samosa dan kuih muih yang sewaktu dengannya. Saya buat sekilogram dapat banyak macam dalam gambar. Resepi serunding ikan selayang simple saya ada kongsikan dibawah : Resepi Serunding Ikan Selayang Resepi Serunding Ikan Selayang Paling Mudah Bahan untuk resepi serunding ikan sardin : Ikan selayang aka Ikan Sardin Santan Bahan tumis : Bawang merah Bawang putih Cili kering Cara Masak Serunding Ikan Selayang Cara cara buat serunding ikan selayang : Rebus ikan selayang Tumis sampai sampai naik bau atau masak bahan tumisan .Masukkan santan Masukkan isi ikan selayang Agak-agak nak kering, bubuh garam dan gula secukup rasa. Lupa nak bagitahu, ikan selayang tak payah tumbuk atau kisar kerana isi ikan akan hancur sendiri nanti.Selamat mencuba.

Resepi Jeruk Kelubi Budu Kelantan

Gambar
Resepi Jeruk Kelubi Budu Kelantan. Siapa pernah makan jeruk kelubi budu ?. Sedap sangat apabila rasa budu bergabung dengan buah kelubi. Sebelum ni saya asyik makan jeruk kelubi asam boi. Semalam cuba beli sebotol kelubi budu, makan terus ketagih. Jadi masa pergi pasar tadi beli buah kelubi sekilo untuk buat sendiri jeruk kelubi budu.Baru puas makan. Saya kongsikan resepi jeruk kelubi budu simple : Resepi Jeruk Kelubi Budu Resepi Jeruk Kelubi Budu Sedap Mudah Simple Ringkas  Bahan untuk resepi jeruk kelubi budu mudah : Satu kilogram buah kelubi  ( potong ambil isi ) Dua sudu besar budu Satu sudu besar paste asam jawa ( jangan penuh sangat ) Sepuluh sudu besar gula Cili padi Cara Buat Jeruk Kelubi Budu Cara cara membuat jeruk kelubi budu : Gaul semua bahan dan peram dalam setengah hari pun dah boleh makan. Lepas semalaman simpan dalam peti ais untuk jeruk kelubi bertambah sedap. Senang sahaja kan, selamat mencuba.

Resepi Gulai Nangka Tumis Darat Utara Asli Original

Gambar
Resepi Gulai Nangka Tumis Darat Utara Asli Original Tradisional. Lauk kampung belah utara sahaja kita hati ini. Suami suka sangat makan kuah gulai nangka tumis darat utara. Kadang-kadang ratah macam tu sahaja tanpa nasi. Resepi gulai nangka tumis darat utara simple dan cara membuat gulai nangka tumis darat utara ada saya kongsikan dibawah : Resepi Gulai Nangka Tumis Darat Utara Resepi Gulai Nangka Tumis Darat Utara Original Tradisional Asli Bahan untuk resepi gulai nangka tumis darat utara mudah : Nangka Rempah kari ikan Asam Keping Ikan Bilis Santan Garam Gula Ikan Masin atau ikan duri ( optional ) Cara Masak Gulai Nangka Tumis Darat Utara Cara cara buat gulai nangka tumis darat utara : Rebus nangka dengan rempah kari ikan.  Kemudian, masukkan asam keping dan ikan bilis.  Apabila nangka sudah empuk, masukan pula santan, garam dan sedikit gula. Biarkan sampai mendidih dan masak. Ambil kuali, tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan cili kering sampai naik bau. Selepas i...

Cara Buat Sambal Belacan Kampung

Gambar
Cara Buat Sambal Belacan Kampung. Dulu, masa saya masih sekolah mak selalu buat sambal belacan cili kering untuk kami adik beradik. Dah berbelas tahun rasanya saya tak makan sambal belacan, tiba-tiba hari ini mak minta saya buatkan sambal belacan yang sama macam dulu-dulu. Nostalgia dan sebak sungguh bila diingatkan yang kami dahulunya hidup susah sangat, apa yang mak hidangkan semua kami makan tanpa rasa kekurangan.Syukur. Cara Buat Sambal Belacan Mudah Cara Buat Sambal Belacan Simple Bahan untuk resepi sambal belacan cili kering : Sebiji bwg besar saiz sederhana Seulas bwg putih Seketul belacan Ikan bilis-kalau suka Cili kering Cara Buat Sambal Belacan Sedap Cara-cara membuat sambal belacan sedap : Goreng semua bahan sampai naik bau Cili kering goreng dengan api perlahan kerana mudah hangit Tumbuk atau kisar sampai hancur Seimbangkan rasa dengan garam gula asam jawa atau limau Sedap makan dengan nasi panas, sayur lemak putih, ikan masin. Selamat mencuba.

Resepi Gulai Tempoyak Tauhu Thai Asli Original Tradisional

Gambar
Resepi Gulai Tempoyak Tauhu Thai Asli Original Tradisional. Jiran dekat rumah saya ada keturunan pattani, thailand. Semalam dia ada bagi gulai tempoyak santan original thailand. Dia suruh saya rasa, memang sedap dan terbaik. Katanya orang pattani memang selalu buat tauhu gulai tempoyak santan untuk makan dengan nasi. Jadi saya apa lagi terus capai pen dan catat resepi gulai tempoyak santan thai original : Resepi Gulai Tempoyak Santan Resepi Tauhu Masak Gulai Tempoyak Santan Thai Asli Bahan untuk resepi tauhu gulai tempoyak santan tauhu thai  : Taufu ( potong ) Satu kilogram santan Petai Udang Serai ( ketuk ) Tempoyak Daun serai Cili padi, garam gula ( tumbuk sekali untuk lebih sedap ) Tempe ( resepi asal tak letak, saya saja letak sebab saya suka tempe ) Cara Masak Gulai Tempoyak Tauhu Thai Cara-cara membuat gulai tempoyak santan thai : Masukkan semua bahan bersama air dua tiga cawan kecuali tauhu, petai dan udang  Kacau dan letak serbuk kunyit Masukkan pula tempoyak dan...