Resepi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan Lembut Simple
Resepi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan Lembut Simple. Kek coklat kukus lembut, lembab dan sedap. Cara buat kek coklat kukus simple sahaja. tapi sedap yang amat. Tanpa mixer, tanpa blender dan tanpa oven. Makan kek coklat begitu sahaja pun sudah sedap tanpa topping. Tapi untuk kali ini saya terpaksa tabur snow powder dan hias dengan coklat kitkat atas permintaan anak tersayang. Saya kongsikan resepi kek coklat kukus mudah dan sedap : Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan Resepi Kek Coklat Kukus Simple Sedap Ringkas Senang Bahan untuk kek coklat kukus sedap : Bahan A Setengah cawan butter Setengah cawan minyak Tiga per empat cawan susu cair Tiga per empat cawan gula pasir ( + dua sudu makan ) Bahan B Dua biji telur ayam ( pukul pakai garfu sampai berbuih ) Bahan C ( gaul dan ayak ) Satu cawan tepung gandum Satu per empat cawan serbuk koko Setengah sudu teh baking powder Setengah sudu teh baking soda Garam secubit Cara Buat Kek Coklat Paling Mudah Cara cara membuat kek coklat kukus : Panaskan pe...