Postingan

Menampilkan postingan dengan label TEKNOLOGI GULA

KUIH BANGKIT (GULA DAN SANTAN DISIRA) TANPA BAKING POWDER

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat Nurulsham semua.  Hari ini Nurulsham nak kongsikan satu lagi resepi turun temurun yang telah diubah sedikit sebanyak sekarang ini. Inilah resepi kuih bangkit tradisi yang lain sedikit dari yang anda pernah lihat dalam resepi biasa.   Sebenarnya, emak Nurulsham... iaitu Tok Anum pun tak pernah buat cara ini. Seingat Nurulsham, sewaktu Nurulsham kecil, Tok Anum pernah buat kuih bangkit, tapi menurut Tok Anum... ada cara lain lagi yang lebih baik dan biasa dibuat orang dahulu kala. Itu pun Tok Anum sendiri dengar dari percakapan orang-orang tua yang lain dan tak pernah belajar buat. Kata Tok Anum, beliau pernah dengar orang-orang dahulu akan masak gula dengan air, dan air sira tadi akan disejukkan, kemudian barulah dimasukkan ke dalam tepung. Lagi satu, kata Tok Anum, orang lama tak pakai pun baking powder untuk naikkan dan kembangkan doh. Sebaliknya, mereka akan simpan doh selama berjam-jam sehingga doh kembang sendiri!  Pelik ta...

RESEPI CIPTAAN NURULSHAM ~ APPLE CINNAMON ROLL/BUN GULUNG KULIT KAYU MANIS DENGAN EPAL

Gambar
Anda tentu tahu pai epal, hidangan manis dan harum yang dibuat dari kulit pai berintikan epal dan serbuk kulit kayu manis. Kemudian, anda juga  pernah mendengar atau rasa sediri Cinnamon bun atau cinnamon roll atau roti gulung berinti kulit kayu manis, yang tak kurang aroma harumnya, apa lagi waktu baru siap dibakar. Inilah hidangan-hidangan yang terkenal di negara Eropah. Hidangan sebegini direka untuk mengatasi cuaca sejuk (dengan mengambil banyak kulit kayu manis dalam masakan) dan mengatasi lebihan hasil kutipan epal di musim luruh yang terlalu banyak, sehingga dibuat epal cider, pai epal, cuka epal, jem epal dan sebagainya. Teknologi makanan melibatkan buah-buahan seperti epal dan beri sebenarnya terjadi kerana manusia harus terus hidup di dalam cuaca dingin melampau yang tiada makanan. Lalu terciptalah jem, jeruk dan sebagainya. Untuk teknik mengawet jem sila klik Jem Nenas Ala Bavaria . Hari ini Nurulsham hendak mengajar roti baru ciptaan Nurulsham iaitu Bun Gulung Kulit K...

7 LANGKAH UNTUK BUAT HALUA/HALWAH MASKAT CARA TRADISIONAL

Gambar
Halua/Halwa Maskat Tradisional Ala Nurulsham.  Bahan-bahannya: Kanji dari 1/4 kg tepung gandum (untuk dapatkan kanji dari tepung sila klik  sini .) 1 cawan gula pasir 1 cawan gula batu 1 cawan minyak masak (biasanya orang guna minyak sapi) Kacang gajus, biji kuaci atau apa-apa jenis kekacang goreng tanpa kulit kesukaan anda buah pelaga 3 biji tepung sagu 1 sudu satu cawan air Cara-caranya: 1. Masak gula pasir dengan api sederhana sehingga menggelegak. Sentiasa kacau. Pastikan semua gula telah hancur dan berwarna  kuning-keperangan. Perlahankan api. 2. Masukkan secawan air dan gula batu. Kacau lagi sehingga gula batu cair keseluruhannya. Jangan biar hangit kerana ia akan mengubah warna halua anda. 3. Kanji tadi haruslah ditambah  secawan lagi air dan dikacau rata. Kemudian, masukkan kanji ke dalam campuran gula tadi. Terus kacau supaya tidak hangit di dasar periuk. Perhatikan bahagian dasar periuk akan mula ada adunan gula kanji jernih yang mula memejal. Terus ...