Postingan

Menampilkan postingan dengan label TEKNOLOGI TEPUNG

KUIH BANGKIT (GULA DAN SANTAN DISIRA) TANPA BAKING POWDER

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat Nurulsham semua.  Hari ini Nurulsham nak kongsikan satu lagi resepi turun temurun yang telah diubah sedikit sebanyak sekarang ini. Inilah resepi kuih bangkit tradisi yang lain sedikit dari yang anda pernah lihat dalam resepi biasa.   Sebenarnya, emak Nurulsham... iaitu Tok Anum pun tak pernah buat cara ini. Seingat Nurulsham, sewaktu Nurulsham kecil, Tok Anum pernah buat kuih bangkit, tapi menurut Tok Anum... ada cara lain lagi yang lebih baik dan biasa dibuat orang dahulu kala. Itu pun Tok Anum sendiri dengar dari percakapan orang-orang tua yang lain dan tak pernah belajar buat. Kata Tok Anum, beliau pernah dengar orang-orang dahulu akan masak gula dengan air, dan air sira tadi akan disejukkan, kemudian barulah dimasukkan ke dalam tepung. Lagi satu, kata Tok Anum, orang lama tak pakai pun baking powder untuk naikkan dan kembangkan doh. Sebaliknya, mereka akan simpan doh selama berjam-jam sehingga doh kembang sendiri!  Pelik ta...

JOM BELAJAR MENDANDAN ROTI (TOCANG 4)

Gambar
Cantik tak? Di sini Nurulsham nak tunjuk cara mendandan roti supaya nampak macam gambar di atas. Cantik kan? Ini adalah dandan 4. Bandingkan dengan dandan 3 di bawah ya. Sebenarnya, dandan 3 pun cantik. Cuma hari ni Nurulsham nak ajak anda berkreatif dan bervariasi. Sesekali tukar angin tentu seronok, kan...? Oklah.. untuk resepi doh yang lembut tapi kental, sila klik link roti bun manis . Menggunakan doh yang anda ambil dari link di atas tadi, anda bolehlah mula buat seperti di bawah. 1. Picit-picitkan tepi doh secara memanjang sambil perlahan-lahan menggulung doh anda menjadi panjang. 2.  Bentukkan doh memanjang dengan cara mengguling dan menarik hujung doh perlahan-lahan. 2.1. Sediakan 2 biji  doh panjang ini 3. Susun doh panjang anda dalam bentuk 'X' dan nomborkan 1 hingga 4 seperti dalam gambar. 4. Ambil hujung 1 dan lipat ke kanan 2 (melalui atas 2) 5.  Angkat doh 3. 5.2. Ambil doh 4 dan bawa ke kiri doh 1 5.3. Bawa ke kiri doh 1 (melalui bawah 3) 5.4. Kemudian leta...

ROTI BURGER ALA NURULSHAM

Gambar
Roti burger Nurulsham ditambah dengan kerepek bayam, telur mata kerbau, sambal, tomato dan taugeh. Semuanya homemade! Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat Nurulsham semua di mana sahaja anda berada. Nurulsham suka sangat makan roti. Pernah sekali waktu mengandung, Nurulsham nak makan roti sahaja dan tak mahu makan nasi. Tapi, roti yang dibeli biasanya ada bahan penambah yang Nurulsham memang allergy.   Jadi, mahu tidak mahu terpaksalah belajar buat roti sendiri. Roti burger inilah yang paling Nurulsham suka buat. Memang best sebab bila siap kita boleh tambah apa-apa sahaja sesedap rasa... kan? Oh ya! Untuk resepi asas bun manis, sila klik bun manis asas Untuk membentuk roti burger adalah perkara paling mudah. Anda hanya perlu bulat-bulatkan menggunakan teknik yang Nurulsham tunjukkan di link di atas, ya. 1. Bulat-bulatkan doh dan simpan seketika. 2. Masukkan dalam acuan atau terus atas talam logam 3. Sapu pelicau (susu tepung+air masak) yang dibancuh pekat. 4. Taburkan bijan...

ROTI GOLOK CINNAMON ALA NURULSHAM

Gambar
Kenapa ada 'Ala Nurulsham' pula ya?  Sebenarnya resepi roti golok viral yang anda lihat sebelum ini diambil dari resepi adunan donat, kemudian dipintal seperti mendandan rambut. Dan oleh kerana dandan ini mudah terbuka bila digoreng, maka roti golok ini dibakar supaya bentuknya tetap elok. Jadi, oleh kerana hari ini Nurulsham berhasrat untuk membuat roti burger sebab suami suka makan... dan kebetulan pula ada doh lebih, Nurulsham pun mendandanlah doh ini supaya jadi seperti roti golok. Tak sempat dah sebenarnya nak buat doh baru roti golok yang sebenar. Apa bezanya roti yang Nurulsham buat ni?  Roti yang Nurulsham buat ini menggunakan tepung protin tinggi, jadi rotinya akan naik lebih lagi. Waktu memasak dan mengulinya juga lebih lama. Untuk cara buat dan uli doh, sila klik bun asas . Seterusnya, untuk membentuk dandan, sila rujuk cara-caranya di bawah ini. 1. Doh dibiarkan selama 1/2 jam atau setelah ia  naik dua kali ganda. Jangan lupa tudungkan doh anda supaya tidak t...