Postingan

Menampilkan postingan dengan label SEDIKIT PANDANGAN

APA YANG HARUS ANDA LAKUKAN JIKA MENDAPATI SUAMI ANDA BERHUBUNGAN DENGAN WANITA LAIN

Gambar
Sebagai wanita, tidak dinafikan di dalam fikirannya tentu pernah terdetik andai suaminya ada hati terhadap wanita lain. Apa lagi tatkala umur semakin menginjak naik dan penampilan diri mula merosot. Dalam budaya orang Melayu, perkara ini lebih lagi ditakuti kerana orang lelakinya dibolehkan berkahwin lebih dari satu. Wahai wanita sahabat Nurulsham semua. Kita adalah sama. Nurulsham juga ada berfikir sedemikian. Apa lagi suami merupakan seorang yang rajin bersosial, berpesatuan dan kuat bersukan. Orangnya jenis yang popular sewaktu di sekolah pula, dan ramai wanita yang memang sukakan beliau sejak dari dahulu lagi. Ketahuilah sahabat-sahabatku, perasaan ini akan makin kuat jika kita wanita mempunyai rasa rendah diri yang banyak. Contohnya, jika kita merasa diri kita tidak cantik, kurang berpelajaran, tiada ramai kenalan, tiada bakat... maka perasaan kita makin mudah retak. Ini dinamakan sebagai inferiority complex , dalaman menjadi tidak kuat kerana luaran kita yang tidak sebaik orang l...

4 CARA UNTUK POPULARKAN BLOG ANDA

Gambar
Assalamualaikum wrt wbt, Hari ini Nurulsham nak berbincang macam professional blogger ... hehe. Sebenarnya Nurulsham memang ada basic programming , tapi tentang internet ini, Nurulsham sebagai orang lama... memang terpaksa merangkak semula, belajar dari orang-orang muda. Pun begitu, dari pengalaman Nurulsham yang pernah beberapa kali buat blog dan gagal... adalah juga berbaki sedikit sebanyak pengalaman yang boleh dikongsikan dengan anda semua. Menulis blog ini sebenarnya amat menyeronokkan bagi orang yang memang suka menulis. Memang ada orang yang lahir seperti Nurulsham ini... gila nak menulis sepanjang masa. Orang begini akan menulis diari untuk bacaan sendiri... atau menulis di blog, fb dan sebagainya. Masalahnya, bila menulis di blog... tiadalah pula orang yang hendak membacanya. Bila buat carian di Enjin Carian Google... susah pula nak jumpa blog kita yang baru dibuat ini. Sampai muka surat 10 pun belum tentu blog kita nampak di mata umum. Itulah masalahnya. Paling tak seronok, b...

KAYA DI MANA???

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat Nurulsham semua... Sebagai seorang ahli matematik, ada satu kira-kira yang Nurulsham tak suka buat. Memang selalu Nurulsham cuba buat ... tapi tak pernah dapat jawapan yang memuaskan hati. Bukan sahaja tak memuaskan hati, jawapan yang Nurulsham dapat mesti negatif. Jadi Nurulsham dah give up ... tak mahulah buat kira-kira ini lagi. Sebab dalam bab ini, ilmu kira-kira... atau ilmu hisab... atau ilmu matematik... sukar untuk jadi tepat. Tapi hari ini, Nurulsham nak ajak anda buat pengiraannya dengan Nurulsham, boleh tak? Tolong kita ye... ☺❤☺ KUNCI KIRA-KIRA UNTUK PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN RUMAH NURULSHAM UNTUK SEBULAN. Pendapatan Gaji pokok         -      RM1100 Overtime            -      RM  200 --------------------------------------------- Jumlah               -               RM1300 Perbe...

WAHAI WANITA.... INILAH PERKARA YANG HARUS DIJAGA BILA UMUR MENGINJAK 40-AN

Gambar
Assalamualaikum sahabat Nurulsham semua. Apa khabar hari ini? Nurulsham tiada apa-apa tips terbaik di sini, hanya mahu berkongsi pengalaman diri sendiri dan sahabat di sekeliling yang sedang melalui usia yang penuh cabaran ini... iaitu usia 40-an. Sepanjang pemerhatian Nurulsham yang tidak seberapa ini, usia empat puluhan inilah satu usia yang paling banyak cabaran untuk diri sendiri. Cabaran itu datang dari luar dan dari dalam diri.  Mengapa Nurulsham berkata sedemikian? Bukanlah Nurulsham memandang rendah pada kelompok umur lain. Tidak... . Usia 30-an juga ada cabarannya yang tersendiri, tetapi waktu ini biasanya cabaran adalah dalam bentuk membesarkan anak-anak, menaikkan kerjaya dan segala yang tidak tertumpu sangat pada diri. Waktu ini anak-anak baru membesar, bagi wanitanya... waktu inilah masih sibuk mengurus bayi dan sebagainya. Pendek kata, masa untuk orang lain... . Bila menginjak umur 40-an ini, anak-anak sudah mula membesar, melalui zaman remaja, matang dan sudah boleh ...

TENGAHARI DI WARUNG CENDOL PULUT

Gambar
Hari ni Nurulsham meneman suami ke Klinik Kesihatan Simpang Ampat. Oleh kerana orang agak ramai, kerani di situ meminta kami pergi makan dahulu, kerana menurut beliau, giliran kami mungkin lebih dari sejam tempoh menunggu. Lalu kami pun keluar untuk makan dan berhenti di sebuah warung cendol yang nampak menarik. Sambil menunggu cendol yang dipesan tiba, Nurulsham melihat sekitar warung itu yang kemas dan bersih. Barang-barang kelengkapan perniagaan beliau boleh dikatakan semuanya dari stainless steel , sehinggalah kepada mangkuk cendolnya.  Banyak kereta berhenti di warung beliau. Nampaknya orang ramai selesa makan di situ. Sempat ambil gambar beliau sedang siapkan cendol pulut untuk kami. Harga cendol pulut RM3.00.  Nurulsham tertarik melihat peralatan dan perkakasan berniaga beliau yang nampak kemas. Setelah siap cendol untuk kami, beliau sempat duduk sekejap. Orangnya ramah. Bertanya dan berbual dengan kami menggunakan bahasa yang baik. Nurulsham respect cara pembawaan bel...