Resepi Nasi Ayam Hainan Chinese Style
Resepi Nasi Ayam Hainan Chinese Style. Tengahari tadi saya dan keluarga menjamu selera dengan nasi ayam hainan original. Resepi nasi ayam hainan mudah. Walaupun cara nak buat nasi ayam hainan nampak banyak, tapi bila sudah buat akan rasa senang dan tidak guna banyak masa pun.Saya kongsikan resepi nasi ayam hainan cara cina. Resepi Nasi Ayam Hainan Resepi Nasi Ayam Hainan Simple Original Cara Cina Bahan untuk resepi nasi ayam hainan sedap : Bahan A ( Ayam ) Satu ekor ayam Tiga biji bawang putih dicincang halus atau ketuk Setengah buku halia saiz sederhana ( dipotong nipis) Satu kiub pati ayam maggi Garam sikit Bahan B ( Sambal lada) Satu biji capcicum merah ( boleh gantikan dengan lada merah) Dua biji bawang putih Setengah biji bawang besar Halia sikit ( agak-agak sahaja ) Satu sudu kecil minyak bijan Satu sudu besar gula Dua sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai Satu sudu besar cuka makan Bahan C ( Nasi Ayam ) Empat cawan beras biasa atau beras jasmine ( kuantiti beras ikut...