Postingan

Menampilkan postingan dengan label TEKNOLOGI SOYA

RESEPI TAUFU FAH HOMEMADE TANPA SERBUK GYPSUM

Gambar
Taufufah jeli  yang sedap dimakan panas atau sejuk Assalamualaikum dan salam sejahtera semua sahabat Nurulsham. Hari ni Nurulsham nak share satu resepi yang dah lama Nurulsham teringin nak buat sendiri tapi tersangkut kerana tak dapat cari salah satu bahan asas yang diperlukan. Resepi tersebut adalah taufu fah. Sebenarnya, Nurulsham buat resepi alternatif untuk kali ini. Taufufah yang asal memerlukan serbuk gypsum dan tepung jagung. Namun, untuk resepi kali ini Nurulsham akan menggantikan serbuk gypsum dengan agar-agar. Resepi ini lebih sihat sebenarnya namun dari segi rasa, ia tidaklah sesedap taufu fah yang mengikut resepi asal. Untuk resepi taufu fah menggunakan serbuk gypsum, sila klik taufufah . Jom lihat bahan-bahannya ya! Agar-agar direndam untuk dilembutkan soya direndam 4 jam  2 cawan soya direndam 4 jam, sering tukar air dan buang kulit soya 20 gram agar-agar kering direndam dalam air untuk dilembutkan 1.5 liter air untuk dimesin bersama soya. Bahan untuk air gula...

PUDING KARAMEL SOYA (ALTERNATIF UNTUK ORANG YANG 'LACTOSE INTOLERANCE')

Gambar
Sebenarnya Nurulsham reka resepi ini sebab air soya banyak sangat di rumah. Bila tak habis Nurulsham buat tauhu telur dan fu cuk .  Entah bagaimana, pagi ini Nurulsham nak cuba buat puding karamel dari soya ini. Puding karamel susu sejat Nurulsham pernah buat berniaga di pasar Ramadhan sebelum ini. Nak jual murah memang tak boleh, sebab puding ini guna banyak sangat telur, dan juga susu sejat ideal . Kosnya mahal jadi memang tak boleh jual murah. Apabila Nurulsham rasa tauhu Jepun yang Nurulsham buat. Nurulsham perasan teksturnya lebih kurang sama seperti tekstur puding karamel. Jadi Nurulsham bercadang hendak cuba buat puding karamel soya pula.  Lagipun modal soya murah, dan soya tidak perlukan telur yang banyak untuk memejal. Hmmmm... alternatif yang lebih murah untuk puding anda....  . Jom kita lihat bahan-bahannya: Bahan-bahan: Tepung jagung, susu soya,  telur, gula. 4 cawan susu soya 3 biji telur 2 sudu tepung jagung sebagai pengental 1 cawan gula Cara-caran...

9 LANGKAH MUDAH BUAT TAUHU JEPUN @ TAUHU TELUR YANG LEMBUT DAN LAZAT

Gambar
Ingat tak lagi resepi air susu kacang soya yang Nurulsham share tiga minggu yang lalu?  Waktu itu, anak Nurulsham yang tunjukkan cara. Nurulsham rasa teruja sangat lalu kongsikan ilmu soya-mensoya di sini. Air soya yang sedang dididihkan. Klik buat air soya sendiri untuk resepi Bila Nurulsham post di blog ini, ramai yang sama teruja bila mengetahui bahawa tidak susah pun hendak membuat air soya yang sedap dan likat.  Kemudian, ada seorang wanita menghubungi Nurulsham di facebook dan memberitahu, ada lapisan kulit di permulaan air soya yang sedang dimasak, yang sangat sedap. Kata beliau, waktu beliau kecil... ibunya akan membuat berbelas-belas kilo air soya sehari dan beliau akan ambil lapisan di atas itu lalu ' ngap' masuk ke dalam mulut☺☺☺ Wah! Apa pula lapisan yang dikatakan itu ya?  Nurulsham pun mula mencari dan bertanya. Dari adik  bongsu, Nurulsham dapat tahu... itulah yang dinamakan fu cuk. Lalu malam itu juga Nurulsham rendam lagi kacang soya, dan buat a...

BUAT FU CUK SENDIRI DI RUMAH.

Gambar
Ingat lagi tak resepi air soya homemade Nurulsham?  Anda dah cuba buat tak?  Harap-harap anda dah cuba dan rasa betapa lemak, sedap dan wanginya air soya buatan tangan sendiri. Ok lah, Nurulsham nak share lagi satu resepi dari soya ni. Kata orang, sambil menyelam minum air. Kita pun nak buat begitu juga. Sambil buat air soya... janganlah dibazirkan sesuatu yang jadi sama sewaktu anda merebus air soya ni, iaitu  fu cuk. Sewaktu anda merebus air soya, dan ketika ia menggelegak... anda akan lihat ada satu lapisan nipis di permukaan air soya anda. Lihat gambar di bawah. Lapisan ini jika dibiarkan lama sedikit ia akan menebal. Menggunakan copstik, atau lidi sate, anda kaut lapisan ini keluar dan keringkan di tempat lapang. Sila lihat video untuk mendapat sedikit idea untuk cara keluarkan lapisan ini. Nota, lebih mudah jika ada buat kerja ini menggunakan periuk bermulut lebar. Nurulsham keringkan di atas penapis sahaja, sebab selepas ini Nurulsham nak terus guna buat sayur. Ji...