Resepi Aglio Olio Ayam Mudah Sedap Simple Ringkas
Resepi Aglio Olio Ayam Mudah Sedap Simple Ringkas. Pagi ini kita makan spaghetti aglio olio ayam yang mudah dan sedap. Resepi aglio olio yang saya kongsikan ini adalah satu resepi yang boleh digunakan untuk pelbagai bahan yang lain. Pendek kata ianya tidak terhad kepada ayam sahaja tetapi dapat digunakakan juga untuk aglio olio daging panggang, aglio olio udang, aglio olio beef bacon, aglio olio seafood dan lain-lain lagi. Atas selera masing-masing. Resepi Aglio Olio Ayam Resepi Aglio Olio Ayam Sedap Mudah Special Senang Bahan untuk resepi spaghetti aglio olio ayam simple : Bahan A Spaghetti Sesudu makan minyak Garam Rebus segenggam speghetti dalam air mendidih bersama sesudu makan minyak dan sedikit garam. Toskan. Ambil air rebusan dalam suku cawan untuk kita gunakan sekejap lagi. Bahan B Dua sudu minyak zaitun untuk tumis Tiga ulas bawang putih dicincang Cili padi potong ikut suka nak banyak mana Serbuk stok ayam Garam Lada hitam kisar ( bukan lada hitam sebuk tau, yang k...