Postingan

Menampilkan postingan dengan label Resepi Seafood

Resepi Rendang Udang Sedap Simple Mudah Ringkas Special

Gambar
Resepi Rendang Udang Sedap Simple Mudah Ringkas Special.   Kerana malam ini isomia melanda, saya masuk ke dapur untuk sediakan rendang udang buat sahur sekejap lagi. Meh saya ajarkan kepada kawn-kawan resepi udang masak rendang pedas cili api yang mudah dan sedap. Semoga bermanfaat. Resepi Rendang Udang Sedap Resepi Rendang Udang Pedas Cili Api Bahan untuk resepi rendang udang simple : Setengah kilogram Udang 200ml Santan Pekat (santan kotak kecil) Dua sudu besar kerisik Satu helai Daun kunyit (dihiris halus) Tiga helai Daun limau purut (disiat2) Bahan Kisar : Enam ulas Bawang Merah Tiga ulas Bawang Putih Dua cm Lengkuas Dua cm Kunyit Hidup Dua cm Halia Tiga batang Serai Lima belas biji Cili Api ( boleh kurangkan kalau tak suka pedas ) Cara Masak Rendang Udang  Cara cara memasak rendang udang : Tumis Semua  bahan yang telah dikisar sampai sebati Masukkan Udang, Santan serta sedikit air. Didihkan guna api perlahan Masukkan kerisik dan garam secukup rasa Masukkan hirisan da...

Resepi Rojak Sotong Kangkung Mudah Sedap Simple Ringkas

Gambar
Resepi Rojak Sotong Kangkung Mudah Sedap Simple Ringkas.  Tetiba rasa nak makan rojak sotong sotong kangkung. Akhir sekali makan rojak sotong sarawak masa pergi sana tempoh hari. Nasib baik semua bahan untuk buat rojak sotong kangkung sudah ada dalam peti sejuk. Jom saya kongsikan resepi rojak sotong kangkung chinese style : Resepi Rojak Sotong Kangkung Resepi Rojak Sotong Kangkung Sedap Bahan untuk resepi rojak sotong kangkung simple : Sotong kurita Kangkung Minyak Cara Buat Rojak Sotong Kangkung Rebus sotong kurita, Celur kangkung Masukkan sedikit minyak ke dalam air rebusan untuk bagi sayur nmapk segar serta berkilat. Resepi Kuah Rojak Sotong Kangkung Mudah Sedap Simple Bahan untuk resepi sos rojak sotong kangkung sedap : Sepuluh hingga dua puluh cili kering bergantung kepada pedas yang anda mahu Tiga keping gula Melaka atau nissan Setengah inchi Belacan Kicap Pekat Kicap Manis Dua sudu besar petis udang Gula Garam Air Tepung Jagung Bijan (disangai) Cara Buat Kuah Rojak Sotong K...

Cara Masak Asam Pedas Ikan Kerisi

Gambar
Cara Masak Asam Pedas Ikan Kerisi Melaka Asli. Asam pedas ikan kerisi pekat yang mudah, sedap, pekat melekat hasil menuntut ilmu dengan jiran semasa merantau di Melaka.Yang paling penting daun kesum petik depan rumah kawan-kawan. Inilah untungnya bila kita berbakti kepada tanah. Sambil- sambil petik sambil makan sebab saya suka makan ulam daun kesum. Jom saya kongsikan resepi ikan kerisi asam pedas melaka : Cara Masak Asam Pedas Resepi Asam Pedas Ikan Kerisi Melaka Sedap Original Bahan untuk resepi asam pedas ikan kerisi melaka simple : Bawang merah Bawang putih Cili Kering Tomato Kunyit Air asam Jawa Serai Asam Keping Daun kesum Daun Limau purut Cara Masak Asam Pedas Ikan Kerisi Cara masak asam pedas melaka sedap : Bwang merah, bawang putih tumis sampai garing. Bila garing masukkan cili kering dan tomato yang sudah dikisar bersama sedikit lengkuas dan sedikit kunyit. Kacau sampai naik bau. Masukan air asam jawa, serai dan asam keping. Dah mendidih masukkan ikan, daun kesum serta daun...

Resepi Ikan Masin Jeruk Goreng Thai Tahan Lama

Gambar
Resepi Ikan Masin Jeruk Goreng Thai Tahan Lama. Ikan masin jeruk kering  adalah menu sahur saya setiap tahun kerana ketika waktu bersahur saya dan anak-anak susah nak telan nasi. Namun sejak ada lauk ikan tenggiri jeruk goreng, anak-anak pun pulun makan. Resepi ikan masin jeruk goreng saya mintak dari jiran orang thai. Yang lagi isimewa, ianya boleh tahan lama. Masak banyak-banyak, kemudian simpan dalam botol kedap udara dan masukkan dalam peti ais. Saya kongsikan resepi ikan masik jeruk goreng sedap : Resepi Ikan Masin Jeruk Goreng Thai Resepi Ikan Masin Jeruk Goreng Siam Sedap Simple Bahan untuk resepi ikan masin jeruk goreng mudah : Ikan masin tenggiri yang di goreng garing Cili padi, kuantiti ikut suka atas selera. Kalau saya lagi pedas lagi sedap. Bawang merah ( mayang ) Bawang putih ( mayang ) Sedikit air asam jawa Apa-apa ulam yang kita suka (rincik halus) Cara Masak Ikan Masin Jeruk Goreng Cara cara buat ikan masin jeruk goreng : Panaskan minyak sikit, goreng bawang merah,...

Resepi Ketupat Sotong Terengganu Asli Original Tradisional

Gambar
Resepi Ketupat Sotong Terengganu Asli Original Tradisional . Minggu ini adalah minggu ketupat sotong bagi saya kerana sudah kali kedua buat ketupat sotong. Anak suka sangat makan. Saya kongsikan resepi ketupat sotong versi terengganu disini untuk rujukan semua. Ketupat Sotong Terengganu Resepi Ketupat Sotong Terengganu Original Sedap Simple Mudah Bahan untuk resepi ketupat sotong terengganu mudah : Satu kilogram sotong ( bersihkan, kalau nak kuah yang putih boleh buang kulitnya tapi saya tida buang sebab nak bagi kuah jadi warna pink pink gitu ) Dua ratus gram beras pulut  ( cuci, tos dan rendam bersama secawan santan pekat dan sedikit air selama satu jam ) Tiga cawan santan pekat ( untuk kuah ) Sedikit halba Dua sentimeter halia ( mayang halus ) Satu biji bawang merah ( mayang halus ) Lidi Cara Buat Ketupat Sotong Terengganu Cara cara membuat ketupat sotong terengganu : Masak beras pulut yang telah direndam santan sehingga separuh masak sahaja guna api sederhana. Tutup dan biarkan...

Resepi Ikan Patin Tempoyak Bakar Sedap Mudah Simple

Gambar
Resepi Ikan Patin Tempoyak Bakar Sedap Mudah Simple. Sebelum ini saya pernah kongsikan resepi ikan patin tempoyak temerloh pahang . Hari ini saya mahu kongsikan satu lagi resepi ikan patin yang mudah dan sedap iaitu resepi ikan patin tempoyak bakar pais. Resepi ikan patin masak tempoyak bakar ada saya kongsikan di bawah. Resepi Ikan Patin Bakar Tempoyak Resepi Ikan Patin Tempoyak Bakar Simple Bahan untuk resepi ikan patin bakar tempoyak temerloh : Ikan patin Tempoyak Kunyit hidup Cili hijau Cili merah Cili besar merah Garam Gula Bawang merah Bahan untuk buat ikan patin bakar tempoyak boleh agak mengikut kuantiti atau saiz ikan patin yang digunakan. Cara Masak Ikan Patin Bakar Tempoyak Cara cara membuat ikan patin bakar tempoyak : Tumbuk semua bahan,masuk kan ke dalam aluminum foil yang telah dilapik dengan daun kunyit Kemudian, bakar sampai masak. Saya bakar guna pemanggng ajaib. Dalam setengah jam dah siap tapi kena tengok selalu lah takut hangit Selamat mencuba.

Resepi Ketam Masin Cara Cina

Gambar
Resepi Ketam Masin Cara Cina Sedap Simple Mudah.  Saya sekarang berada di Tanjung Lumpur. Semalam saya baru balik bercuti dari Limbang, Sarawak. Daerah Limbang memang sangat terkenal dengan ketam kalok atau ketam nipah. Harga di sini memang murah jika dibandingkan dengan kawasan lain di Sarawak. Harga semasa ketam nipah antara rm14 hingga 20 bergantung kepada saiz dan jantina. Yang pastinya masih segar sebab hidup lagi ketam yang dijual. Jika ketam dah di hantar  ke Miri harganya sudah naik satu kali ganda. Jadi, tengah hari ini saya ingin kongsikan resepi ketam masin simple : Resepi Ketam Masin Cara Cina Resepi Ketam Telur Masin Sedap Bahan untuk resepi ketam masak telur masin mudah : Bahan goreng : 5 ekor Ketam Garam Serbuk lada hitam Tepung jagung Bahan rebus : Dua biji telur masin Bahan Tumis Dua hingga sudu butter Bawang putih Cili padi Daun kari Susu Cair Garam Gula Cara Masak Ketam Telur Masin . Cara cara masak ketam telur masin mudah : Goreng ketam bersama bahan-bahan ...

Resepi Ikan Singgang Terengganu Asli Original Tradisional

Gambar
Resepi Ikan Singgang Terengganu Asli Original Tradisional.  Nasi dengan kuah singgang memang tidak dapat dipisahkan dalam semua lapisan masyarakat  Terengganu. Inilah dia menu kebanggaan, warisan turun temurun zaman berzaman rakyat Terengganu Darul Iman. Dan, kuah ikan singgang jugalah menjadi masakan pertama saya ketika mula-mula belajar masak dahulu dengan mak. Resepi ikan singgang tradisional paling sedap dan paling mudah, guna empat bahan dan main-main agak-agak sahaja. Resepi Singgang Ikan Tongkol Terengganu Resepi Singgang Ikan Terengganu Asli Original Tradisional Bahan untuk resepi singgang ikan aye : Ikan Aye aka Ikan Tongkol ( Ikan lain pun boleh juga ) Lengkuas Kunyit hidup Bawang putih Asam keping Garam dan gula secukup rasa Cara Masak Ikan Singgang Terengganu Cara cara buat ikan singgang terengganu : Panaskan air sampai mendidih Campakkan kesemua bahan diatas Masukkan ikan sampai masak Tutup api dapur Dah siap masukkan dalam pinggan dan hidangkan atas meja. Makan d...

Resepi Asam Pedas Johor Asli Original Tradisional

Gambar
Resepi Asam Pedas Johor Asli Original Tradisional. Semenjak dua menjak berkawan dengan orang johor, kami satu keluarga kalau ada lauk asam pedas johor kompem tak pandang dah lauk lain. Memang asam pedas johor sedap dan mabeles. Terima kasih kawan johor ku atas perkongsian resepi asam pedas johor yang sedap ini, jasa mu akan ku kenang sampai ke akhir hayat hidup ku di dunia. Mungkin ramai di antara kita yang sudah pakar dalam masakan asam pedas tapi saya nak kongsikan juga resepi asam pedas johor yang mudah dan sedap untuk kawan-kawan semua. Resepi Asam Pedas Johor Asli Resepi Asam Pedas Johor Original Warisan Turun Temurun Bahan untuk resepi asam pedas johor ikan Pari : Lima potong ikan pari Empat sudu cili kisar Seikat daun kesum Kacang bendi  Asam Jawa Gula  Garam Bahan tumbuk : Satu inchi kunyit hidup TIga  biji bawang kecil atau satu biji bawang besar Tiga biji bawang putih Sedikit belacan Cara Masak Asam Pedas Johor Cara-cara membuat asam pedas johor : Tumis bahan t...