Postingan

Menampilkan postingan dengan label TEKNOLOGI PROTIN

JELI KELAPA BERKRIM ALA RESTORAN THAI

Gambar
Jeli kelapa berkrim ala Restoran Thai Pertama kali Nurulsham bertemu hidangan yang sedap ini adalah sewaktu kami sekeluarga pergi ke Hadnyai kira-kita 13 tahun yang lalu.  Jeli kelapa ini sangat special kerana diletakkan dalam buah kelapa, dan dijual dengan harga RM5.00 sebiji. Di bahagian atasnya, diletakkan krim dari santan kelapa yang sangat lemak dan sedap. Balik dari sana, Nurulsham cuba buat tapi tak pernah jadi. Kemudiannya, adik Nurulsham pula berkecimpung dalam pembuatan jeli kelapa lalu memberitahu, Nurulsham harus gunakan jeli Konnyaku jika mahu jeli kelapa ini jadi bergedik-gedik teksturnya. Jika menggunakan agar-agar biasa, teksturnya lebih brittle , atau mudah pecah dan rapuh. Jeli Konnyaku lebih kenyal teksturnya. Bagi anda yang menjaga  pengambilan makanan secara halalan toyyiba, bolehlah selidik lagi ya. Apa yang Nurulsham tahu, Jeli konnyaku bukanlah gelatin, sebaliknya ia berasal juga dari keluarga jagung atau rumput yang dikenali sebagai konjak  (sila...

HOMEMADE FISHBALL/BEBOLA IKAN ALA NURULSHAM

Gambar
Inilah sup sayur dengan homemade fishball Nurulsham. Sedap sangat walaupun rupanya tak cantik. Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat Nurulsham. Pagi ni Nurulsham beli ikan kembung sekati (600 gram). Kebetulan nak buat asam pedas... lepas tu tengok dalam peti ais ada sayur sawi putih. Nurulsham fikir-fikir, sedap juga kalau ambil sawi putih buat sayur air, tapi nak kawan dengan apa ya sawi ni. Ikan bilis tak ada, udang pun tak ada. Akhirnya Nurulsham dapat idea nak buat fishball untuk digandingkan dengan sayur air ni.  Sedap juga kan? Nurulsham pernah buat fishball pakai berbagai jenis ikan. Dari ikan kembung, tenggiri, kerapu, gelama, talapia hinggalah ke ikan sepat. Haha.... mengapalah agaknya boleh jadi begitu ya? Sebabnya, ada kalanya suami Nurulsham pergi mengail dan bawa balik banyak sangat ikan-ikan ni. Bila terlalu banyak, ada yang Nurulsham buat ikan kering, dan ada juga yang jadi fillet dan fishball . Ada ikan yang kurang sesuai juga untuk dijadikan fishball. Cont...

AGAR-AGAR KEMENYAN RESEPI ZAMAN DULU-DULU

Gambar
Ini adalah gambar hiasan diambil dari blog azian collection. Pernah tak dengar nama kuih agar-agar kemenyan?  Orang-orang muda tentu tak pernah dengar kan? Kuih ni terkenal betul zaman Nurulsham kanak-kanak dahulu. Orang-orang tua suka buat, sebab rasanya sedap sangat.  Nak buat agar-agar ni pun tak sukar. Barang-barangnya pun tak mahal. Masa Nurulsham bertunang dulu, kuih inilah yang jadi hantaran dari kami kepada pihak lelaki. Orang zaman dahulu bertunang simple je. Hantaran kuih-muih letak dalam pinggan sahaja. Tak perlu hias itu ini. Yang kelakar tu, hari kenduri kahwin pun, pengantin bajunya warna lain-lain. Maklumlah zaman tu belum ada telefon.  Tak dapat nak bincang warna baju. Haha! Seperti biasa... sukalah sangat terkeluar tajuk... ☺ Ok lah, jom tengok bahan-bahan ye. Bahan-bahan A: agar-agar 1/3 bungkus (kira-kira 5-7 g bagi bungkus 20 g) secawan  santan pekat secawan air Secubit dua garam Dari kiri-  Agar-agar yang telah dibasuh, santan, agar-agar ke...

BUAT ROTI BURGER DAN PATTY SENDIRI (BAHAGIAN 2)

Gambar
Jom kita sambung semula, resepi buat burger sendiri... dari roti hinggalah daging atau patty nya. Sebenarnya, boleh sahaja beli roti burger dan daging yang sudah siap dijual di pasaraya. Tapi, kali ini anggaplah kita nak adventure sedikit... buat sesuatu yang lain sedikit dari selalu....he he... . Kalau jadi, memang seronok kan? Kalau tak jadi, jangan lemah semangat. Cuba lagi. Sebenarnya, ada banyak resepi patty yang anda boleh cari melalui blog dan sebagainya. Nurulsham pun belajar dari blog dan you tube. Tetapi, sebab Nurulsham buat untuk berniaga... dan kerja ini  menjadi rutin, maka lama kelamaan Nurulsham diberi ilham oleh Allah tentang cara yang paling cepat dan paling sesuai dengan permintaan. Yang penting bahan asasnya, yang selalu Nurulsham guna waktu berniaga, iaitu daging atau ayam, sedikit tepung jagung atau tepung gandum sebagai pelekat, sedikit telur sebagai pelembut dan pelembap, sedikit garam, bawang besar... untuk rasa dan juga untuk pelembap. Pandai-pandailah ...