Resepi Ketupat Sotong Terengganu Asli Original Tradisional
Resepi Ketupat Sotong Terengganu Asli Original Tradisional . Minggu ini adalah minggu ketupat sotong bagi saya kerana sudah kali kedua buat ketupat sotong. Anak suka sangat makan. Saya kongsikan resepi ketupat sotong versi terengganu disini untuk rujukan semua. Ketupat Sotong Terengganu Resepi Ketupat Sotong Terengganu Original Sedap Simple Mudah Bahan untuk resepi ketupat sotong terengganu mudah : Satu kilogram sotong ( bersihkan, kalau nak kuah yang putih boleh buang kulitnya tapi saya tida buang sebab nak bagi kuah jadi warna pink pink gitu ) Dua ratus gram beras pulut ( cuci, tos dan rendam bersama secawan santan pekat dan sedikit air selama satu jam ) Tiga cawan santan pekat ( untuk kuah ) Sedikit halba Dua sentimeter halia ( mayang halus ) Satu biji bawang merah ( mayang halus ) Lidi Cara Buat Ketupat Sotong Terengganu Cara cara membuat ketupat sotong terengganu : Masak beras pulut yang telah direndam santan sehingga separuh masak sahaja guna api sederhana. Tutup dan biarkan...