Postingan

Menampilkan postingan dengan label Resepi Ayam

Resepi Mee Kari Tanpa Santan Mudah Sedap Simple

Gambar
Resepi Mee Kari Tanpa Santan Mudah Sedap Simple. Selesai makan mi kari tanpa santan yang mudah dan sedap bersama ahli rumah. Semua puji sampai terseyum sendiri saya. Ada yang suka mee kari x ? Kalau ada, ini dia cara buat mee kari dan resepi mee kari sedap dan mudah : Resepi Mee Kari Tanpa Santan Resepi Mee Kari Ayam Simple Sedap Mudah Ringkas Bahan untuk resepi mee kari mudah : Mee kuning( Celur sekejap ) Resepi Kuah Mee Kari Tanpa Santan Bahan untuk resepi kuah mee kari sedap : Lima belas tangkai lada kering (rendam air panas kemudian blender) Satu biji bawang besar (blender) Tiga biji bawang  putih (blender) Satu batang serai (ketuk) Lima sudu besar serbuk kari daging (saya guna babas hijau) Dua ketul dada ayam (potong kecil) Fishcake atau fishball Satu jug kecil air Minyak bagi menumis Garam dan ajinomoto sikit Cara Masak Mee Kari Tanpa Santan Cara cara membuat mee kari tanpa santan : Tumis lada kering hingga naik minyak  Masukkan serbuk kari serta serai Tumis lagi hingga ...

Resepi Popcorn Ayam Simple Sedap Rangup Spicy Homemade

Gambar
Resepi Popcorn Ayam Mudah Simple Sedap Rangup Spicy Homemade. Tetiba tadi teringin nak makan ayam popcorn.. Kebetulan semalam ada beli ayam yang isi banyak. Jadi, kita buatlah popcorn ayam ala kfc gitu. Jom saya kongsikan resepi popcorn ayam sedap. Resepi Popcorn Ayam Simple Resepi Popcorn Ayam Simple Crunchy Pedas Ringkas Cepat Bahan untuk resepi popcorn ayam mudah : Isi ayam ( banyak mana pun boleh ) Tepung goreng ayam  (jenama apa-apa pun boleh perisa) Oat Sedikit air Minyak masak Cara Buat Popcorn Ayam Cara cara membuat popcorn ayam : Potong dadu isi ayam Tepung goreng ayam dicampur dengan sedikit air Masukkan isi ayam dan gaul sampai rata Salutkan isi ayam dengan oat Akhir sekali, sila panaskan minyak dan goreng sampai masak. Selamat mencuba.

Resepi Asam Pedas Ayam Simple Sedap Mudah Ringkas

Gambar
Resepi Asam Pedas Ayam Simple Sedap Mudah Ringkas.   Lauk tengahari saya dan keluarga, ayam masak asam pedas simple. Encik suami memang suka sangat kalau ada kuah ayam masak aasam pedas. Sampai dua tiga pinggan tambah nasi. Jom saya kongsikan resepi asam pedas mudah dan sedap :  Asam Pedas Ayam Simple Resepi Asam Pedas Ayam Simple Dan Sedap Nyonya Bahan untuk resepi asam pedas ayam mudah : Ayam Daun kesum Bunga kantan Air asam jawa Air Bahan kisar Sepuluh tangkai cili kering Dua labu bawang besar Dua ulas bawang putih Halia besar ibu jari Belacan besar ibu jari Cara Buat Asam Pedas Ayam Cara cara masak ayam masak asam pedas : Tumiskan bahan kisar hingga naik minyak dan garing. Masukkan ayam, bunga kantan, daun kesum, air asam jawa, dan air agak-agak sahaja. Masukkan garam secukup rasa. Biarkan kuah sampai pekat dan ayam nya empuk baru tutup api. Cara nak buat asam pedas ayam mudah je kan, selamat mencuba semua. > Resepi Asam Pedas Ikan Pari Johor Asli Original Tradisional

Resepi Chicken Chop Mudah Goreng Sedap Rangup Simple

Gambar
Resepi Ayam Chicken Chop Mudah Goreng Sedap Rangup Simple . Malam ini saya hidangkan kepada ahli rumah dengan makanan barat iaitu ayam chicken chop. Saya, suami dan anak-anak suka sangat makan chicken chop. Kalau buat mesti kena buat lebih sebab takut tak cukup nanti susah. Meh saya kongsikan resepi ayam chicken chop black paper : Resepi Chicken Chop Resepi Chicken Chop Simple Sedap Mudah Ringkas Special Bahan untuk resepi chicken chop mudah : Isi ayam (fillet) Tepung beras Serbuk roti Sebiji telur Lada putih Cara Buat Chicken Chop Mudah Cara buat chicken chop rangup : Ketuk isi ayam (fillet) guna lesung batu. Perap pakai tepung beras Satukan telur bersama sedikit lada putih.  Kemudian celup isi ayam yang telah diperap sebentar tadi. Gaulkan isi ayam dengan serbuk roti. Panaskan minyak dan goreng sampai masak. Resepi Sos Black Peper Chicken Chop Mudah Bahan untuk sos blackpepper sedap : Minyak atau butter Bawang putih Krim cendawan  ( saya guna jenama Campbells ) Kicap manis S...

Resepi Ayam Bakar Berempah Simple Sedap Mudah Ringkas

Gambar
Resepi Ayam Bakar Berempah Simple Sedap Mudah Ringkas. Malam ini kita jamu ayam bakar berempah yang sedap dan mudah untuk santapan keluarga. Dah lama rasanya tak buat kerana terdapat perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Saya kongsikan resepi ayam bakar berempah paling sedap dan paling mudah untuk kawan-kawan semua. Resepi Ayam Bakar Berempah Simple Resepi Ayam Bakar Berempah Sedap Special Senang Best Bahan untuk resepi ayam bakar berempah mudah : Seekor ayam saiz kecil Tiga batang serai Satu inchi halia Dua biji bawang besar Empat ulas bawang putih, Satu inchi kunyit hidup Satu sudu besar jintan manis Satu sudu besar ketumbar Satu sudu besar lada hitam  Garam Gula Air sikit Kisar semua bahan diatas kecuali ayam Resepi Sos Ayam Bakar Berempah Rempah ayam (  selepas bakar ayam ) Satu cawan susu cair Limau nipis Cara Buat Ayam Bakar Berempah Potong ayam dan gaul bersama bahan kisar atau rempah tadi sampai rata dan sebati Kemudian bakar sampai masak dalam periuk ajaib samp...

Resepi Ayam Pandan Frozen Simple Thai Original Asli

Gambar
Resepi Ayam Pandan Frozen Simple Thai Original Asli. Masih ingat suatu ketika dahulu di bulan puasa yang mulia telah viral resepi ayam pandan thai. Saya pun tidak ketinggalan buat sebagai juadah kepada ahli keluarga tersayang. Nak goreng boleh, nak bakar pun boleh. Jom saya kongsikan resepi ayam pandan simple : Resepi Ayam Pandan Resepi Ayam Pandan Mudah Sedap Senang Bahan untuk resepi ayam pandan sedap : Satu kilogram ekor ayam Dua sudu besar santan pekat (optional) Satu sudu besar madu Garam Gula Ajinamoto Daun pandan Lidi Bahan tumbuk : Setengah biji bawang merah Tiga ulas bawang putih Setengah inci halia Setengah inci kunyit Setengah inci lengkuas Dua batang serai Satu sudu kecil ketumbar Satu sudu kecil jintan manis Cili padi ( ikut suka, saya letak lima belas biji ) Cara Buat Ayam Pandan Cara cara membuat ayam pandan : Cuci ayam dan potong kecil-kecil Gaul bahan tumbuk dengan ayam, madu, santan, garam, gula serta ajinamoto. Cara membungkus ayam padan, lipat poket daun pandan dan...

Resepi Ayam Masak Serai Simple Sedap Mudah Ringkas

Gambar
Resepi Ayam Masak Serai Simple Sedap Mudah Ringkas. Inilah untungnya kalau kita berbudi pada tanah. Jangan biarkan ruang lapang di kawasan rumah anda begitu sahaja. Tanam pokok yang boleh membantu kita didapur. Macam saya ada tanam pokok serai, pokok lengkuas dan beberapa pokok lain. Cara tanam pokok serai mudah je, tanam dan sedar-sedar dah boleh buat lauk ayam masak serai untuk ahli keluarga. Resepi Ayam Masak Serai Resepi Ayam Masak Serai Sedap Dan Mudah Bahan untuk resepi ayam masak serai mudah : Ayam Sepuluh batang serai ( ketuk ) Air secukupnya Air asam jawa pekat Garam dan gula Bahan Kisar : Bawang besar Bawang putih Halia Cili api ( Kalau nak pedas, lebihkan ) Kunyit Cara Masak Ayam Masak Serai Kisar semua bahan kisar Kemudian tumis bersama serai sampai garing Masukkan ayam Masukkan air sikit Masukkan air asam jawa Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula. Siap dan selamat mencuba.

Cara Lembutkan Ayam Pencen Dengan Mudah Dan Cepat

Gambar
Cara Lembutkan Ayam Pencen Aka Ayam Tua Dengan Mudah Dan Cepat. Salam semua, kali ini saya hendak kongsikan satu petua lembutkan isi ayam kampung tua dengan cepat dan mudah. Cara lembutkan daging ayam pencen yang saya gunakan ini tersangatlah simple tanpa perlu sudu dan masa merebus pun tidak lama. Cara Lembutkan Ayam Pencen Petua Lembutkan Isi Ayam Pencen Mudah Rebus Sekejap Cara melembutkan ayam kampung tua : Basuh ayam sampai bersih Masukkan dalam periuk dan tutup guna tudung periuk Letak atas dapur nanti air ayam akan keluar sendiri dan biar sampai kering. Dah siap, masaklah ayam kampung tua tersebut mengikut citarasa anda. Kenapa saya tidak meletakkan air semasa proses rebus ayam pencen adalah kerana bagi mengelakkan isi ayam menjadi tawar. Sekian sahaja tips melembutkan ayam kampung yang tidak seberapa daripada saya. Terima kasih.

Resepi Ayam Madu Bakar Pasar Malam Merah Simple

Gambar
Resepi Ayam Madu Bakar Pasar Malam Merah Simple. Nyum nyum nyum, ayam madu merah bakar menyala-nyala yang sedap dan mudah sampai jilat jari gitu. Selepas ini, tak perlu lagi nak beli ayam madu madu pasar malam sebab dah pandai buat sendiri. Nak makan banyak mana pun boleh. Saya sertakan sekali resepi ayam madu bakar sedap : Resepi Ayam Madu Bakar Pasar Malam Resepi Ayam Bakar Madu Mudah Sedap Ringkas Special Bahan untuk resepi ayam madu bakar simple : Seekor Ayam Enam ulas bawang putih Tiga sudu besar madu Dua sudu besar kicap pekat Dua sudu besar sos tiram Dua susu besar serbuk cili Satu sudu kecil serbuk lada sulah Minyak untuk panggang Cara Buat Ayam Bakar Madu Cara cara membuat ayam bakar madu : Masukkan semua bahan dan gaul bersama ayam Perap satu malam dan simpan dalam peti ais Akhir sekali, bakar ayam madu atas bara sampai masak. Jangan lupa masa proses panggang, renjis-renjiskan minyak dan lebihan rempah perapan ayam madu untuk mendapatkan ayam bakar madu yang enak. Kalau ada ...

Resepi Ayam Kicap Pedas Simple Mudah Sedap Ringkas

Gambar
Resepi Ayam Kicap Pedas Simple Mudah Sedap Ringkas. Ayam kicap pedas menjadi pilihan si ibu untuk makan malam ini buat keluarga tersayang. Sesiapa yang nak tahu cara nak buat ayam kicap pedas, boleh ambil resepi ayam masak kicap pedas simple berikut :  Resepi Ayam Kicap Pedas Simple Resepi Ayam Masak Kicap Pedas Mudah Dan Sedap Bahan untuk resepi ayam kicap pedas pekat : Ayam Rempah kari daging Daun limau purut ( carik ) Cili padi ( ketuk ) Bawang besar Kicap Garam Bahan Kisar : Bawang merah Bawang putih Halia Cara Masak Ayam Kicap Pedas Cara cara memasak ayam kicap simple : Ayam disalut dengan garam dan kunyit. Kemudian, goreng tak terlalu garing. Asingkan seketika. Tumis bahan kisar sampai naik bau. Masukkan dua sudu besar rempah kari (Untuk lima hingga enam ketul ayam ) Biar sampai pecah minyak. Masukkan kicap , garam , daun limau purut dan cili padi yang telah diketuk. Masukkan ayam dan gaul sebati. Siap, selamat mencuba.

Resepi Wantan Goreng Simple Sedap Mudah Kulit Popia

Gambar
Resepi Wantan Goreng Simple Sedap Mudah Guna Kulit Popia. Rasanya ramai sudah tahu resepi wantan goreng mudah dan sedap ini. Resepi wantan goreng guna kulit popia saya belajar dengan kawan sepejabat. Saya kongsikan resepi wantan goreng sedap : Resepi Wantan Goreng Resepi Wantan Goreng Mudah Ringkas Senang Special Bahan untuk resepi wantan goreng ayam : Kulit popia Ayam kisar ( Satu keping dada ayam yang dikisar) Isi udang ( kisar ) Setengah batang lobak merah ( cincang ) Empat biji cendawan butang dalam tin ( cincang ) Satu setengah sudu besar tepung jagung Setengah sudu besar serbuk lada hitam Setengah atau satu sudu besar chicken stock Sedikit daun sup Garam sesedap rasa Dapat dalam tiga puluh hingga empat puluh biji Cara Buat Wantan Goreng Cara cara membuat wantan goreng : Masukkan ayam, isi udang, tepung jagung, lobak, cendawan, serbuk lada hitam, daun sup, chicken stock dan garam. Garam jangan banyak sangat sebab chicken stock dah masin. Gaul sebati. Simpankan dalam chiller seben...

Resepi Ayam Ungkep Jawa Sedap Simple Asli Original

Gambar
Resepi Ayam Ungkep Johor Jawa Sedap Simple Asli Original . Salam tengahari semua, oleh kerana encik suami tiada maka keluar lah menu jawa iaitu ayam masak ungkep asli tradisional orang jawa. Suami tak makan sangat lauk ayam ungkep sebab dia tekak melayu. Tapi anak-anak suka ada yang sampai makan tambah tiga kali. Saya kongsikan resepi ayam ungkep mudah wong jowo kot-kot ada yang nak cuba buat : Resepi Ayam Ungkep Jawa Resepi Ayam Ungkep Jawa  Asli Original Tradisional Bahan untuk resepi ayam ungkep ringkas : A) Bahan kisar halus Enam tangkai lada kering Lapan ulas bawang kecil Lima ulas bawang putih Dua inchi kunyit hidup Tiga sudu besar ketumbar  Dua sudu besar jintan putih Satu sudu besar jintan manis B) Bahan Rempah Ayam Ungkep Jawa Rempah tumis ( kayumanis, bunga lawang  dan bunga cengkih) Tiga batang Serai ( ketuk ) Air asam jawa Tiga biji kentang ( potong ikut suka ) Cara Masak Ayam Ungkep Cara cara membuat ayam ungkep jawa : Panaskan minyak, masukkan rempah.Tumis s...