Postingan

Menampilkan postingan dengan label M.U.R.A.D 007

BAB 9

Gambar
Penawar “Betul kamu tak mahu ikut?” Pertanyaan yang sama dilontar keluar dari mulut Haji Salleh. Setelah beberapa hari tinggal di dusun, dia berhasrat untuk pulang melihat anak dan isterinya. Umar terdiam. Wajahnya pucat tanpa semangat. Di dalam dirinya, dia khuatir juga tinggal bersendirian. Khuatir kepalanya berdenyut seperti beberapa hari lalu. Tapi, untuk keluar menonjolkan dirinya? “Umar?” panggil Haji Salleh. Tergambar riak kehairanan di wajah tua itu. Wajah yang selama ini tenang kini berkerut. Bibir anak muda itu bergerak-gerak. Namun tiada kata-kata yang terungkap. Haji Salleh mengerut dahi untuk yang ke dua kalinya. Umar tunduk meneliti lantai. Fikirannya menggali lebih jauh. Tidak tahu bagaimana hendak memulakannya. Dia lemah dan pasrah. “Sebetulnya, boleh kamu ceritakan apa yang membuatkan kamu boleh sampai ke pondok buruk ini... .” Akhirnya, setelah lebih dua minggu, barulah Haji Salleh bertanya perihal dirinya! Umar menggenggam kejap kedua belah penumbuknya. Menggeletar b...

BAB 8

Gambar
Terapi jiwa “Pak Haji tak ke dusun hari ini?” sapa Umar tatkala melihat orang tua itu duduk lapang di tepi jenang pintu. Biasanya, pagi-pagi lagi orang tua itu sudah keluar bersama golok dan cangkulnya. “Tak...,” balas orang tua itu, tenang. Anak muda itu mengerut dahi. Hatinya diketuk pelbagai persoalan. Sesekali, dia merasakan ada keanehan pada Haji Salleh. Hendak dikatakan dia ke dusun itu untuk mencerahkan tanah di sekitar dusun tiga ekar itu, tidak juga. Dusun itu tidaklah sebersih dusun orang lain yang memang mengusahakannya dengan bersungguh-sungguh. Apa yang diperhatikannya, orang tua itu hanya bekerja sekadaran, sehingga lewat pagi. Kemudian, dia akan pulang menanak nasi dan menggoreng telur atau ikan kering. Selesai menikmati juadah yang sederhana itu, dia akan duduk di jenang pintu sambil memegang tasbihnya. Ada kalanya, dia duduk diam tanpa berbuat apa-apa. Bila tiba waktu solat, dia akan bersolat fardhu dan sunat sekaligus. Lalu dia akan berlama di tikar sembahyang. Apa ya...

BAB 7

Gambar
Bekalan dengan amaran Umar menetak-netak semak samun berhampiran dengan pondok. Kayu-kayuan dan ranting setebal ibu jari itu dikumpulkan di bawah pokok durian yang paling hampir dengan pondok. Sejak kelmarin, itulah kerjanya. Namun, dia hanya menggunakan tangan kanannya. Lengan kirinya kini berbalut kain. Luka dirobek pisau tempohari masih terasa cekang dan ngilu. Sesekali otaknya bagai direnjat tatkala menerima signal dari urat saraf lengannya yang berdenyut-denyut. Namun, dia tidak boleh berehat lama. Semakin dia membanyakkan tidur, semakin berhaba badannya. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk membanting tulang agar haba lebihan itu keluar melalui keringat mudanya. Tatkala matahari mula miring ke hujung barat, anak muda itu kembali menyangkutkan golok tajam Haji Salleh di tepi tangga. Dia berlabuh seketika di anak tangga paling bawah. Nafasnya ditarik dalam. Udara petang yang segar mengalir tenang melalui rongga hidung. Masih ada satu jam sebelum malam melebarkan tirainya. Kala i...

BAB 6

Gambar
Cip Umar meloncat tangkas di antara akar kayu yang melintangi perjalanannya. Dia sempat nampak beberapa buah kereta datang dengan laju, lalu memarkir di sisi jalan di atas tebing sana. Sah! Dia pasti benar. Mereka telah dapat mengesannya! Namun, sementara mereka turun melalui tebing curam, dia telah terlebih dahulu meninggalkan tempat itu. Sah! Cip inilah yang dapat dikesan mereka. Umar memegang lengannya yang berparut sambil mengetap bibirnya. Harus kembali ke dusun! Kawasan itu sukar dikesan. Namun, dia khuatir juga jika orang-orang itu dapat mengesan jejaknya hingga ke situ. Khuatir Haji Salleh akan terlibat sama di dalam masalah ini nanti! Lalu, dia harus cari jalan lain supaya mereka tidak dapat mengesan jejaknya melalui cip di lengannya. Ah! Bagaimana? Dengan cepat dia mencari sebuah banir besar untuk menyembunyikan diri. Harus pantas! Dia tidak boleh berlama di situ. Mereka akan dapat mencarinya selagi dia tidak sampai ke dusun! Cip di lengannya harus dibuang! Anak muda itu dudu...

BAB 5

Gambar
Jejak Orang tua itu mengikat tali golok ke pinggangnya. Beg plastik biru berisi beberapa helai pakaian lama dipegangnya kejap. Dia berdiri di kaki tangga sambil memandang Umar yang duduk di atas anak tangga. “Betul kamu tak mahu ikut, Umar?” tanya Haji Salleh untuk ke dua kalinya. Umar menggeleng sekilas. Sambil tersenyum, dia membalas, “Tak apalah. Saya ingin bersendirian... .” Haji Salleh mengangguk, faham. Dia memang bukan jenis orang yang suka memaksa. Dia juga percaya anak muda itu ikhlas dan boleh menjaga diri sendiri. Sambil menarik nafas dalam, dia berkata, “Barang-barang kering, telur... ikan kering... ada di dapur. Kamu masaklah kalau lapar.” Umar mengangguk, akur. Yalah, apa pilihannya lagi. Buat sementara waktu, dia berasa selamat di situ. Alat pengesan signal seolah-olah tidak mampu menjangkau hingga ke daerah itu. Mungkin kerana kawasannya yang terletak terlalu dalam, di antara tebing tinggi, di kelilingi pula bukit bukau, membuatkan signalnya tidak mampu sampai ke sini. ...

BAB 4

Gambar
Bab 4          Dusun tua Hampir seminggu menumpang kasih di pondok tua yang amat sederhana itu, Umar sudah mampu bangun dan mengatur langkah. Untuk menguatkan urat tubuhnya yang baru kebah dari demam, Haji Salleh mengajar dia supaya jalan berkaki ayam memijak rumput yang masih berembun. Lalu, selepas solat subuh semampunya,  dia menapak turun ke tanah,  di kala mentari belum sempat menjenguk wajahnya. Sambil menapak penuh waspada, anak muda itu sempat menggagah senyum. Begitulah selalunya. Memandang orang tua yang tidak banyak bertanya tentang asal usulnya itu, dari kejauhan cuma, sudah cukup untuk membuatkan hatinya berasa lega. Entah mengapa dia boleh tercampak hingga ke dusun tua ini. Tidak pernah terfikir dek akalnya. Tidak ada di fikirannya seminggu yang lalu, akan dirinya yang berada di tempat yang mengembalikan ingatan ke zaman kanak-kanaknya. Matanya lekat pada kok berlumut yang dibuat takungan. Entah dari manalah datangnya ...