Postingan

Menampilkan postingan dengan label KARYA NURULSHAM

SENI URAT DAN TITIK NURULSHAM SAIDIN- LUKISAN WARNA AIR

Gambar
Sejak kecil lagi, Nurulsham sangat minat melukis. Waktu kecil, tapak lukisan Nurulsham adalah di atas tanah. Habis penuhlah tanah berpasir di halaman rumah kami jadi tempat melukis.  Masih Nurulsham ingat, ada seorang kawan abang Nurulsham pernah geleng kepala sambil berkata pada abang, "Tiap-tiap kali aku datang, dia ni kerjanya melukis sahaja atas tanah ni." Haha! Sampai ada orang tegur begitu. Tapi, walaupun suka, Nurulsham bukanlah gifted dalam bidang ini. Allah anugerahkan Nurulsham bakat menulis sejak kecil. Sewaktu berumur 11 tahun, Nurulsham dah hasilkan novel kanank-kanak namun tidaklah diterbitkan. Maklumlah... orang kampung yang hidup sekadaran... apalah yang orang tua-tua waktu itu faham tentang bakat anak-anak... . Kerja melukis ini hanyalah hobi sampingan sahaja. Dan minat ini terkubur 6 tahun pula bila Nurulsham mengalami masalah saraf neuron dan sentiasa kejang tangan. Alhamdulillah, selepas mengikuti rawatan dengan pakar, kekejangan ini makin sembuh dan bol...

TEKNIK MELUKIS PEMANDANGAN MENGGUNAKAN WARNA MINYAK.

Gambar
lukisan asal ANUGERAH diambil dari majalah COUNTRY USA Nurulsham suka melukis, tapi kurang talented dan kurang memerhati. Seorang pelukis yang baik harus menjadi pemerhati yang baik, pekerja yang teliti lagi sabar, dan tangan yang tidak menggeletar. Itulah yang tiada pada Nurulsham. Nurulsham sukakan seni dan lukisan tapi Nurulsham suka mengubah-ubah apa yang hendak dibuat, lalu hasil lukisan jarang konsisten. Suatu masa Nurulsham pernah cuba melukis untuk seorang adik, iaitu novelis Rahimi Saidin. Selepas 2 minggu bertungkus-lumus, akhirnya Nurulsham angkat bendera putih... lukisan ini amat sukar dibuat. Inilah hasilnya, teruk sangat-sangat. Lukisan Nurulsham ni dah lari ukuran dari lukisan asalnya. Sudahlah begitu, Nurulsham pandai-pandai tambah gambar bangunan dan kuda serta pagar di ruang belakang lukisan tersebut. Itulah, Nurulsham orang kreatif, jadi cepat sangat jadi bosan bila mengulang buat benda yang sama. =O Lalu lukisan ini Nurulsham tinggalkan selama empat tahun. Waktu i...

A GIFT OF NATURE BY ROSLAN AHMAD

Gambar
A GIFT FROM NATURE  A painting which inspired the meaning of life Whatsapps +6011-39461480 Nurulsham to deal the price         Never had I imagined, the ups and downs in the journey of my life. My life had turned out to be so different from what I imagined it would be when I was much younger. My dream life, as sweet as it was, remains just a dream, from which I had to wake up from.           Childhood is the most wonderful stage of life. It was a time when I still have the love and care from my mother and my father. There was never a need to worry or fear anything, because my parents were always there to protect and guide me.      As a child, I had loved nature. The rich greeneries had captivated me. The sounds of birds in the forest cheered me. I was free to bask in the wonder of nature. Regretfully, my love for nature was manifested in a misguided manner. As a naive young child lacking ...

IDEA ASAL ANDAI BAVARIA TAKDIRKU, NURULSHAM SAIDIN NOVELIS

Gambar
Sewaktu Nurulsham belajar di Indiana University, Bloomington USA, Nurulsham belajar Bahasa German selama dua tahun.  Bahasa German mempunyai kosa kata yang kedengaran hampir sama dengan Bahasa Inggeris. Contohnya,  I have = Ich Habe, Mother = Mutter, I love you = Ich lieber dich, Thank you = Danke dsbnya. Bagus belajar bahasa asing ini, Namun bila Nurulsham pulang ke Malaysia, bahasa ini langsung tidak digunakan. Rasa sayang sangat kerana lama-kelamaan, kemahiran yang baru berputik itu layu perlahan-lahan, sehingga hampir dilupakan. Sebagai pelajar jurusan Fizik, Nurulsham memang digalakkan tahu Bahasa German kerana ramai saintis fizik yang hebat-hebat datang dari sana. Antara yang paling terkenal ialah Albert Einstein.  Malahan, Makmal Cyclotron terkenal dunia juga berada di Austria. Itu antara sebab pelajar Fizik digalakkkan tahu bahasa ini, kerana jika berpeluang ke sana, kami sudah ada kemahiran berhubung. Nurulsham juga ada kawan yang baik sehingga hari ini, namanya ...

TEGUH BERDIRI

Gambar
TEGUH BERDIRI sedikit lakaran dari penulis Wahai pohon nyiur... Kau lihatlah awan yang berarak Kau rasalah angin yang menggoncang Kau tadahlah hujan yang membasah Sesungguhnya semua itu mainan hidupmu Tidak mungkin bebas kau darinya Sehingga ke hujung nyawamu... . Akarmu itulah yang harus kuat Kerana semilir itu tidak pernah lupa Berpagi-pagi melawatmu Datangnya memeluk alam dan dirimu Sesekali membuatmu terbuai Batangmu itulah yang harus mampu melentuk Kerana ribut itu ada kalanya menjengukmu Memukul lalu menyedarkan lenamu Membasah dan mencucimu dari alpa Lalu kau pun terbiasa... Daun halusmu itulah yg harus mampu melerai Kerana bayu itu tidak pernah jemu memuputmu Membisik kalimat-kalimat indah Namun sesekali merubah gayanya Lalu menamparmu tanpa kasihan Membentuk jati dirimu yang baharu Tandanmu itulah yang harus kukuh Memegang buah yang berkerayut Kerana taufan itu sesekali membadaimu Menggugurkan zuriat didikmu Tersebar memeriahkan alam Lalu berkesinambunglah keturunanmu Maka unt...