Postingan

Menampilkan postingan dengan label Resepi Kuih

Resepi Biskut Susu Tepung Mudah Sedap Guna 2Bahan

Gambar
Resepi Biskut Susu Tepung Mudah Sedap Guna 2Bahan. Biskut susu mudah dan paling sedap. Budak-budak bukan main suka sangat biskut susu. Yang sebelum sudah habis sebalang diaorang makan. Alhamdulillah ada sedikit masa, kita sambung buat biskut susu untuk raya yang tak lama lagi kunjung tiba. Sesiapa yang mahu buat, resepi biskut susu mudah ada saya kongsikan dibawah : Resepi Biskut Susu Resepi Biskut Susu Tepung Paling Mudah Paling Sedap Bahan untuk resepi biskut susu tepung simple : 500 gram tepung jagung 500gram susu pekat manis (satu tin tinggi) Cara Buat Biskut Susu Cara cara membuat biskut susu : Gaul sampai jadi doh semua bahan guna tangan pun boleh. Gentel bulat-bulat, simpan dalam cawan kertas.  Akhir sekali, bakar pada suhu 180 api atas bawah selama sepuluh minit. Siap

Resepi Biskut Buah Kana Sedap Mudah Sukatan Cawan

Gambar
Resepi Biskut Buah Kana Sedap Mudah Sukatan Cawan. Siapa yang pernah makan biskut buah kana tradisional dan lagenda ini ? Memang banyak nostalgia biskut buah kana ini kepada saya. Nak cerita empat hari tak habis lagi.  Antara koleksi resepi kuih raya yang mudah dan ringkas yang saya simpan untuk rujukan. Jom saya kongsikan kepada kawan-kawan resepi biskut buah kana mudah dan sedap : Resepi Biskut Buah Kana Resepi Biskut Buah Kana Sukatan Cawan Lembut Gebu  Bahan untuk resepi buah kana sukatan cawan : 250 gram Butter Tiga cawan tepung gandum Satu cawan tepung kastard Satu sudu kecil baking powder Dua cawan gula castor Satu  biji telur Esen vanilla sikit Jem ikut selera masing-masing  ( saya guna blackcurrent ) Cara Buat Biskut Buah Kana Cara cara membuat biskut buah kana : Pukul butter bersama gula sampai sebati Selepas itu, masukkan telur dan pukul sebati Masukkan esen vanilla. Masukkan tepung dan pukul lagi bagi sebati. Ambil acuan sapu tepung kemudian ketuk Akhir, ...

Resepi Biskut Suji Susu Sukatan Cawan Guna 3Bahan

Gambar
Resepi Biskut Suji Susu Sukatan Cawan Guna Tiga Bahan . Taraaa siap sudah kuih raya yang mudah dan sedap serta menjadi tradisi kami sekeluarga. Kalau tiada biskut suji, tak rayalah jawabnya. Ada juga orang panggil biskut suji sebagai biskut arab, tapi apa-apa sahajalah asalkan sedap dimakan. Jom saya kongsikan resepi biskut suji yang paling mudah dan paling sedap : Resepi Biskut Suji Susu Sukatan Cawan Resepi Biskut Suji Sedap Mudah Simple Ringkas Lembut Gebu Bahan untuk resepi biskut suji susu simple : Dua cawan Tepung Gandum Satu cawan gula kastor Satu tin kecil minyak sapi Cara Buat Biskut Suji Susu Cara cara membuat biskut suji susu : Masukkn semua dalam bekas dan adun guna tangan hingga tidak melekat pada tangan Gentel bulat bulat, tekan sikit dan susun dalam loyang. Kalau ada ceri, potong kecil dan letak macam saya buat ( tengok gambar ) kalau tak nak letak pun takpe. Atas selera masing-masing. Akhir sekali, bakar pada suhu 150 selama setengah jam atau sampai masak mengikut kapas...

Resepi Biskut Semperit Nutella Sukatan Cawan Sedap Simple

Gambar
Resepi Biskut Semperit Nutella Sukatan Cawan Sedap Simple . Assalamualaikum semua. Saya ingin kongsikan satu lagi resepi kuih raya yang mudah dan ringkas. Saya sudah empat hari mengadap semperit nutella. Ini adalah tahun kedua saya ambil tempahan dari pelanggan. Suami dan anak-anak pun suka sangat makan biskut semperit nutella. Semalam habis setengah balang diaorang bedal lepas berbuka puasa. Resepi semperit nutella mudah dan senang sangat. Rasanya macam biasa lembut diluar dan cair dimulut. Sesiapa yang nak cuba boleh ambil resepi semperit nutella berikut : Resepi Biskut Semperit Nutella Resepi Biskut Semperit Nutella Mudah Sedap Ringkas Gebu Bahan untuk resepi biskut semperit nutella simple : 130 gram butter Satu per empat cawan susu pekat Esen Gaul sebati guna senduk Dua cawan tepung jagung Satu sudu besar tepung custard Campur dalam adunan butter serta uli sampai sebati Chocholate chip  Untuk hiasan. Cara Buat Biskut Semperit Nutella Cara cara membuat biskut semperit nutella : ...

Resepi Biskut Nestum Coklat Rangup Sedap Mudah Simple

Gambar
Resepi Biskut Nestum Coklat Rangup Sedap Mudah Simple. Resepi kuih raya mudah dan ringkas datang lagi. Kali ini, kita buat kuih nestum coklat yang paling sedap dan paling mudah.Sebalang siap petang, malam lepas berbuka sudah tinggal setengah. Kerana sambutan menggalakkan, kita buat sekali lagi malam ini. Jom saya kongsikan resepi biskut nestum coklat tanpa bakar : Resepi Biskut Nestum Coklat Resepi Biskut Nestum Coklat Mudah Sedap Ringkas Crunchy Bahan untuk resepi biskut nestum coklat simple : Satu bar coklat masakkan Dua sudu butter Nestum secukupnya Cawan/ Cup Cara Buat Biskut Nestum Simple Cara cara membuat biskut nestum coklat : Cairkan coklat bersama butter Tunggu suam Masukkan nestum sikit demi sikit dan gaul Gaul sampai rata dan sebati Isi ke dalam  paper cup Akhir sekali, masukkan ke dalam peti sejuk. Siap untuk di makan bersama ahli keluarga. Selamat mencuba.

Resepi Murtabak Kucai Orang Banjar Asli Original Tradisional

Gambar
Resepi Murtabak Kucai Orang Banjar Asli Original Tradisional. Murtabak Kucai versi orang banjar. Ada yang pernah makan murtabak kucai tak ? Sedap dan mudah sangat cara nak buat murtabak kucai. Selain murtabak kucai, orang banjar juga suka makan murtabak durian dan murtabak pisang . Resepi Murtabak Kucai Resepi Murtabak Kucai Kulit Popia Empat biji telur ayam Satu ikat kucai ( potong kecik kecik ) Bawang merah besar ( sagat atau hiris nipis ) Garam sesedap rasa Cara Buat Murtabak Kucai Cara cara membuat murtabak kucai : Gaul dan kacau sampai sebati guna garfu. Sediakan sekeping kulit popia letak atas pinggan Masukkan inti dan lipat secara segi empat  Akhir sekali, letak atas pan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Siap. Selamat mencuba semua.

Resepi Biskut Arab Pelangi Sukatan Cawan

Gambar
Resepi Biskut Arab Sukatan Cawan aka Biskut Bola Kristal Sukatan Cawan.  Tugasan akhir semalam sebelum masuk tidur, biskut arab yang mudah dan sedap. Satu keluarga saya suka sangat biskut arab, setiap kali raya wajib ada kuih arab pelangi. Jom saya kongsikan resepi biskut arab simple : Resepi Biskut Arab Pelangi Resepi Biskut Arab Pelangi Sedap Mudah Lembut Gebu Bahan untuk resepi biskut arab mudah : Dua cawan tepung gandum Satu cawan gula aising ( kalau tak suka manis, boleh  kurangkan setengah cawan ) Dua sudu besar susu tepung Satu cawan minyak sapi ( cairkan ) Mangkuk kertas Gula caster Cara Buat Biskut Arab Pelangi Cara cara membuat biskut arab pelangi : Masukkan semua bahan Gaul hingga jadi doh Bentukkan bulat,susun atas dulang Akhir sekali, bakar suhu 160c selama dua puluh minit. Bergantung oven masing-masing. Bila dah suam, golekkan atas gula caster dan masukkan dalam mangkuk kertas. Siap. > Resepi Biskut Arab Susu Sukatan Cawan

Resepi Semperit Susu Sukatan Cawan Guna Tiga Bahan

Gambar
Resepi Semperit Susu Sukatan Cawan Guna Tiga Bahan . Assalamualaikum dan selamat pagi semua kepada cheff sendirian berhad seluruh negara. Sihat ? Harap baik- baiklah semua ya. Pagi  ini kita akan buat kuih raya iaitu biskut semperit susu paling sedap dan paling mudah, semperit susu guna 3 bahan sahaja. Jom saya kongsikan resepi semperit susu 3 bahan yang mudah dan sedap : Semperit Susu Sukatan Cawan Resepi Semperit Susu Gebu Lembut Sedap Mudah Ringkas Bahan untuk resepi semperit susu simple : Satu ketul butter (250gram) Satu cawan susu coklat saji Empat ratus gram tepung jagung Cara Buat Semperit Susu Cara cara membuat semperit susu : Kacau butterbersama susu hingga sebati ( saya pakai senduk kayu) Masukkan tepung sedikit demi sedikit.  Uli hingga sebati dan tidak melekat pada tangan. Masukkan dalam acuan semperit dan tekan. Akhir sekali, bakar suhu 160'c selama dua puluh minit atau sampai masak. Bergantung kepada kapasiti oven masing-masing. Cara nak buat semperit susu tiga b...

Resepi Kuih Sawallah Asli Original Tradisional Bugis

Gambar
Resepi Kuih Sawallah Asli Original Tradisional Bugis. Hari ini kita buat kuih tradisional iaitu kuih sawallah. Yang berdarah bugis mesti tahu ini kuih..Ada tak yang suka makan kuih sawallah?  Kita geng. Resepi Kuih Sawallah Resepi Kuih Sawallah Sedap Mudah Simple Ringkas Senang Bahan untuk resepi kuih sawallah simple : Satu mangkuk tepung pulut Dua sudu nasi tepung gandum Dua sudu nasi kelapa parut (kelapa muda) Sedikit garam Dua sudu makan gula Air secukup nya Gula merah Cara Buat Kuih Sawallah Cara cara membuat kuih sawalllah : . Maasukkan semua bahan d atas kecuali gula merah. Uli hingga sebati. Apabila sudah sebati, bentukkan adunan  macam dalam gambar atas. Goreng sampai kekuningan Dah siap goreng bole lah di masak kan gula merah.Caranya, gula merah masak smpai tua.Nak tahu macam mana dah tua, ambl gula merah letak kat air kalau tidak cair maknanya gula merah sudah masak.Kemudian terus masuk kan kuih tadi dan pdam kan api dapur. Gaul hingga gula menjadi kering. Siap, sel...

Resepi Biskut Putu Kacang Hijau Yang Sedap Mudah

Gambar
Resepi Biskut Putu Kacang Hijau Yang Sedap Dan Mudah. Mak sibuk menyiapkan biskut putu kacang hijau di dapur. Walaupun sudah mencapai usia warga emas namun mak tetap rajin buat kuih raya tradisional. Al maklumlah lagi dua minggu kita semua akan bertemu raya. Saya pula seperti biasa, hanya bantu tengok mak buat sampai siap untuk dimakan. Jom saya kongsikan resepi dan sukatan biskut putu kacang : Resepi Biskut Putu Kacang Hijau Resepi Biskut Putu Kacang Hijau Tradisional Bahan untuk resepi kuih putu kacang : Satu kilogram kacang hijau ( buang kulit ) Satu kilogram gula halus (ayak) Cara Buat Kuih Putu Kacang Hijau Cara cara membuat biskut putu kacang hijau : Goreng kacang hijau tanpa minyak. Biarkan kacang sejuk. Basuh bersih dan toskan sampai kering Kisar halus kacang tadi. Ayak. Tambahkan gula halus yang sudah diayak. Gaul sebati. Biar semalaman. Untuk adunan jadi sebati serta lembab. Tekan dalam acuan. Akhir sekali, susun dalam talam dan jemur. Setel. Selamat mencuba.

Resepi Lepat Liat Utara Asli Original Tradisional

Gambar
Resepi Lepat Liat Utara Asli Original Tradisional Sukatan Cawan. Dah siap lepat liat utara. Ada yang suka tak ? Ke tak pernah rasa lagi lepat liat utara ? Kepada kawan-kawan yang nak mencuba buat lepat liat, saya sertakan sekali resepi lepat liat mudah dan sedap : Resepi Lepat Liat Utara Resepi Lepat Liat Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple Bahan untuk resepi lepat liat sedap : Dua cawan tepung pulut Untuk dimasak : Satu cawan gula merah Tiga per empat cawan santan Satu per empat cawan air Jadikan satu cawan Dua sudu gula Satu per empat sudu teh garam Bahan untuk resepi inti lepat liat : Kelapa parut bersama sedikit garam ( gaul sebati ) Daun pisang Minyak untuk sapuan Cara Buat Lepat Liat Utara Cara cara membuat lepat liat : Masak air gula dan tapis. Masukkan ke dalam bekas tepung dan kacau sampai rata dan sebati Ambil daun pisang dan sapu guna sedikit minyak  Letak adunan dalam satu atau dua sudu serta ratakan.  Sapu minyak sikit pada jari dan tekan adunan. Letak inti kelapa...

Resepi Biskut Kacang Hijau Sukatan Cawan Sedap Mudah

Gambar
Resepi Biskut Kacang Hijau Sukatan Cawan Sedap Mudah. Uhhh ini bukan cobaan ini betul betul saya bersilat di dapur sehari suntuk untuk sediakan kuih raya, lepas buat biskut Tart nenas tadi saya sambung terus buat biskut kacang hijau peas. Saya guna resepi biskut kacang hijau mudah sahaja, resepi biskut kacang peas sukatan cawan : Resepi Biskut Kacang Hijau Resepi Biskut Kacang Hijau Cina Sukatan Cawan Bahan untuk resepi biskut kacang hijau simple ( sukatan dalam 50 biji ) : Satu cawan tepung kacang peas ( jika tiada boleh diganti dengan kacang peas dalam paket ) Satu cawan tepung gandum Setengah cawan gula aising ( saya kurangkan  sesudu besar, tak nak rasa dia manis sangat nanti ) Setengah sudu teh baking powder Setengah sudu teh garam Minyak Mazola ( anggaran dalam setengah cawan ) Satu biji telur kuning Cara Buat Biskut Kacang Hijau Cara cara membuat biskut kacang hijau : Masukkan kesemua bahan kering dan gaul sampai sebati.  Tuangkan minyak mazola sikit demi sikit sampai...

Resepi Biskut Y Sukatan Cawan Sedap Mudah Simple

Gambar
Resepi Biskut Y Sukatan Cawan Sedap Mudah Simple. Ini dia satu lagi resepi biskut raya sukatan cawan yang sedap. Dari kecil sampai sudah berumur saya biskut y menjadi kegemaran saya. Jom saya kongsikan resepi biskut y  gebu dan lembut untuk rujukan kawan-kawan semua. Resepi Biskut Y Sukatan Cawan Resepi Biskut Y Sedap Sukatan Cawan Ringkas Senang Bahan untuk resepi biskut y mudah : Lima cawan tepung gandum 250 gram Buttercup Satu cawan gula pasir Sedikit colour ball ( rujuk gambar dibawah kepada yang belum kenal colour ball ) Colour ball Cara Buat Biskut Y Cara cara membuat biskut y : Gaul semua ( tak perlu putar, tak perlu taruk air ) kecuali colour ball Dah jadi serbuk roti, baru masukkan colour ball  Tekan dalam acuan Y Akhir sekali bakar pada suhu 170 selama 20 minit atau bergantung kepada oven masing-masing. Apabila sudah siap bakar biskut y akan lekang sendiri. Satu lagi, tepung saya tidak goreng tapi saya tambah emplex. Cara nak buat biskut y mudah je kan, selamat mencu...

Resepi Agar Agar Santan Gula Merah Sedap Mudah

Gambar
Resepi Agar Agar Santan Gula Merah Sedap Mudah. Bulan ramadhan jika dapat berbuka dengan agar agar memang paling sedap. Tambah cuaca panas bawa keluar dari peti ais pula, memang tanpa berselindung nikmat tak terkata. Jom saya kongsikan resepi agar agar santan gula melaka sukatan cawan :  Resepi Agar Agar Santan Gula Merah  Resepi Agar agar Gula Merah Mudah Sedap Gebu Bahan untuk resepi agar agar gula merah simple : Sepuluh gram agar agar tali Satu cawan gula Setengah cawan gula merah Satu keping gula melaka Setengah kotak santan Sebiji telur ayam Cara Buat Agar Agar Gula Merah Cara cara membuat agar agar gula merah : Masak gula merah,gula putih,gula melaka bersama satu cawan air Masukkan sehelai daun pandan Apabila sudah mendidih serta hancur kesemuanya, Letakkan ke  tepi dahulu Pukul telur bersama santan.. Dalam periuk lain,masak agar dengan dua cawan air. Dah mendidih dan hancur,masuk air gula merah tadi. Tunggu sampai mendidih dan kecikkan api dapur. Masukan santan de...

Resepi Biskut Denmark Sedap Mudah Simple Sukatan Cawan

Gambar
Resepi Biskut Denmark Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple.  Jangan sesiapa ada yang bertanya kenapa orang Malaysia yang nak raya tapi Denmark yang dapat nama kerana sejujurnya saya pun tidak pernah tahu akan jawapannya dan tak akan membuang masa untuk memikir jawapan tersebut. Bagi saya asal sedap dimakan sudah. Jom saya kongsikan resepi biskut denmark gebu lembut sukatan cawan : Resepi Biskut Denmark Resepi Biskut Denmark Mudah Sukatan Cawan Bahan untuk resepi biskut denmark simple : Satu setengah cawan butter Satu setengah cawan gula Tiga cawan tepung jagung Dua setengah cawan tepung gandum Esen Vanilla Dua biji kuning telur Aising : Dua kati kacang tanah ( sangai dan tumbuk ) Cairkan cooking chocolate bersama shortening, celup biskut dalam coklat dan golek atas kacang tumbuk. Cara Buat Biskut Denmark Cara cara membuat biskut denmark : Adunkan butter bersama gula sampai berkrim Masukkan telur dan kacau sampai sebati Masukkan esen vanilla dan kacau lagi bagi sebati Ayak semua tepung,...

Resepi Takoyaki Sedap Dan Mudah

Gambar
Resepi Takoyaki Sedap Dan Mudah. Melayan selera anak anak yang suka makan takoyaki. Apabila makanan paling mereka gemar makan susah nak dapat, makanya terpaksalah maknya turun padang untuk sediakan takoyaki homemade. Resepi Takoyaki Mudah Resepi Takoyaki Simple Senang Ringkas Special Jepun Bahan untuk resepi takoyaki mudah : Satu cawan tepung gandum Satu sudu besar tepung jagung Satu setengah cawan air Dua biji telur Serbuk pati ayam sikit Garam sikit Masukkan semua bahan dan kacau hngga sebati Bahan inti takoyaki : Isi ayam ( rebus dan potong kecil ) Sotong ( rebus dan potong kecil ) Udang ( rebus dan potong kecil ) Sosej ( rebus dan potong kecil ) Kobis ( hiris halus ) Daun bawang ( hiris halus ) Cara Buat Takoyaki Simple Cara cara membuat takoyaki dengan mudah : Panaskan acuan takoyaki Jika tiada acuan takoyaki boleh pakai acuan kuih cara Masukkan adunan tepung ke dalam acuan sampai penuh semua permukaan. Letakjan inti serta sayur.. Pakai lidi sate bagi pusing takoyaki tersebut. Bu...

Resepi Sambal Ikan Nasi Impit Terengganu Asli Original

Gambar
Resepi Sambal Ikan Nasi Impit Terengganu Asli Original Tradisional.   Selamat pagi semua. Hari ini saya ingin kongsikan resepi kuih muih tradisional mudah dan sedap orang terengganu iaitu resepi sambal nyior kata orang ganu. Resepi sambal ikan terengganu saya dapat dari seorang kawan yang menetap disana. Jom saya kongsikan resepi sambal ikan terengganu simple dan sedap : Sambal Ikan Nasi Impit Terengganu Resepi Sambal Ikan Nasi Impit Terengganu Original Asli Bahan untuk resepi sambal ikan terengganu : Setengah biji kelapa Tiga ekor ikan kembung ( rebus bersama asam keping dan garam ) Garam Gula Bahan tumbuk : Tiga ulas bawang merah Satu batang besar serai Sehiris nipis halia sehiris Cara Buat Sambal Ikan Nasi Impit Terengganu Cara cara membuat sambal ikan nasi impit terengganu : Sangai kelapa hingga bertukar warna sikit ( jangan macam kerisik tu pulak ye ) Kemudian angkat dan tumbuk separa hancur (  kalau tak nak tumbuk pun boleh) Asingkan isi ikan yang telah direbus tadi Tumb...

Resepi Biskut Cornflakes Madu Sukatan Cawan Rangup Mudah

Gambar
Resepi Biskut Cornflakes Madu Sukatan Cawan Rangup Mudah. Salam semua. Sempena kita sudah hampir menuju ke bulan puasa yang penuh keberkatan, saya tanpa ragu ragu ingin kongsikan satu resepi kuih raya mudah untuk dibuat iaitu kuih cornflakes madu yang rangup dan sedap. Resepi biskut cornflakes madu mudah sahaja, saya guna resepi biskut cornflakes madu sukatan cawan ( 50-60 biji ) : Resepi Biskut Cornflakes Madu Resepi Biskut Cornflakes Madu Rangup Sukatan Cawan Bahan untuk resepi biskut cornflakes madu simple : Empat cawan Cornflakes Satu per empat cawan madu Satu per empat cawan mentega Papercup Sprinkles untuk hiasan Ceri (untuk hiasan - ikut suka) Cara Buat Biskut Cornflakes Madu Rangup Cara cara membuat biskut cornflakes madu : Cairkan mentega bersama madu  guna api kecil. Kacau sampai mentega cair. Hancurkan cornflakes dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuang adunan mentega dan madu ke dalam mangkuk berisi Cornflakes yang telah siap dihancurkan. Gaul rata sampai rata. Akhir sekali...

Resepi Apam Betawi Gebu Sukatan Cawan

Gambar
Resepi Apam Betawi Gebu Sukatan Cawan. Alhamdulillah, menjadi juga Apam Betawi aka apam telur. gebu gebas. Teringin sangat nak makan punya pasal. Sanggup tunggu anak-anak tidur terus masuk dapur dan buat apam betawi. Kalau mereka ada terganggu sikit. Resepi apam betawi mudah sahaja, saya guna resepi apam betawi sukatan cawan dan yang paling istimewa hanya guna empat bahan sahaja. Apam betawi wangi sangat tau. Resepi Apam Betawi Resepi Apam Betawi Sukatan Cawan Sedap Mudah Ringkas Bahan untuk resepi apam betawi lembut : Satu cawan gula ( boleh kurang atau tambah ) Empat biji telur Dua cawan tepung gandum Esen vanilla atau esen rose Cara Buat Apam Betawi Cara membuat apam betawi : Pukul telur bersama gula hingga kembang (putih) Masukkan esen rose Masukkan tepung sedikit demi sedikit Griskan loyang dengan minyak masak atau majerin Tuang adunan kuih apam betawi ke dalamnya Akhir sekali, ambil adunan apam betawi kukus sampai masak. Siap. Cara nak buat apam betawi mudah je kan. Selamat menc...

Resepi Biskut Butter Cookies Sukatan Cawan Sedap Simple

Gambar
Resepi Biskut Butter Cookies Sukatan Cawan Sedap Simple. Semalam semangat raya kembali, jadi saya buat Butter Cookies yang harum semerbak satu rumah. Resepi biskut butter cookies paling mudah tapi sedap, hanya guna empat bahan sahaja. Resepi Biskut Butter Cookies Resepi Butter Cookies Mudah Sedap Simple Sukatan Cawan Bahan untuk resepi butter cookies simple : 250g butter ( guna pure butter lagi sedap ) Setengah cawan gula ( kisar halus ) 1 tsp vanilla extract Dua  cawan tepung gandum Cara Buat Biskut Butter Cookies Cara cara membuat biskut butter cookies : Mix butter hingga creamy,  Masukkan gula, vanilla, pukul lagi hingga kembang serta ringan selama dua belas minit. Masukkan tepung dalam tiga kali tuang dan gaul sebati guna spatula.  Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan star tip, buatlah bentuk yang anda suka Akhir sekali, bakar dalam oven selama sepuluh hingga dua belas minit pada suhu 180 atau sampai base biskut nampak warna keperangan. Bergantung kepada oven m...