Resepi Agar Agar Santan Gula Merah Sedap Mudah

Resepi Agar Agar Santan Gula Merah Sedap Mudah. Bulan ramadhan jika dapat berbuka dengan agar agar memang paling sedap. Tambah cuaca panas bawa keluar dari peti ais pula, memang tanpa berselindung nikmat tak terkata. Jom saya kongsikan resepi agar agar santan gula melaka sukatan cawan : 

Agar Agar Santan Gula Merah
Resepi Agar Agar Santan Gula Merah



 Resepi Agar agar Gula Merah Mudah Sedap Gebu

Bahan untuk resepi agar agar gula merah simple :

  1. Sepuluh gram agar agar tali
  2. Satu cawan gula
  3. Setengah cawan gula merah
  4. Satu keping gula melaka
  5. Setengah kotak santan
  6. Sebiji telur ayam


Cara Buat Agar Agar Gula Merah

Cara cara membuat agar agar gula merah :

  1. Masak gula merah,gula putih,gula melaka bersama satu cawan air
  2. Masukkan sehelai daun pandan
  3. Apabila sudah mendidih serta hancur kesemuanya, Letakkan ke  tepi dahulu
  4. Pukul telur bersama santan..
  5. Dalam periuk lain,masak agar dengan dua cawan air. Dah mendidih dan hancur,masuk air gula merah tadi. Tunggu sampai mendidih dan kecikkan api dapur.
  6. Masukan santan dengan telur tadi.Kuatkan semula api dapur.
  7. Sentiasa kcau jangan sampai meruap.Apabila sudah mendidih dalam lima kemudian sila tutup api.


Akhir sekali, tuangkan ke dalam bekas. Simpan dalam peti ais. Setel.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Resepi Biskut Buah Kana Sedap Mudah Sukatan Cawan

Resepi Biskut Kacang Hijau Sukatan Cawan Sedap Mudah

Resepi Biskut Arab Pelangi Sukatan Cawan