KEROPOK LOBAK MERAH DAN KEISTIMEWAAN TEPUNG UBI KAYU
Assalamualaikum wrt wbt dan salam Ramadhan buat semua pembaca blog Nurulsham. Nurulsham mengalu-alukan anda mengikuti blog ini tidak kira di mana anda berada. Terharunya kerana ada juga kunjungan dari pelbagai negara seperti dari Jepun, Nigeria, Arab Saudi, Indonesia, Brunei dan sebagainya. Ini menunjukkan betapa ramainya orang kita di negara luar dan amat memerlukan resepi-resepi makanan tradisi sebagai rujukan. Antara tujuan asal Nurulsham wujudkan blog ini adalah untuk menghimpun seni lama dari nusantara dan luar. Antaranya resepi-resepi tradisi, teknik mengawet cara lama tanpa bahan kmia, teknik perubatan tradisional yang banyak melibatkan perubahan tekanan, haba dan pelbagai lagi. Sesuai sebagai seorang saintis juga, biasanya Nurulsham akan cuba buat semula perkara-perkara yang Nurulsham pelajari atau dengar dari orang-orang tua. Sesetengah resepi yang Nurulsham pernah buat di sini, adalah sebagai satu eksperimen. Ada kalanya Nurulsham dah ulang buat berkali-kali kerana tak m...