Postingan

Menampilkan postingan dengan label Cara

Cara Cuci Kuali Yang Hitam Legam Dengan Berkesan

Gambar
Cara Cuci Kuali Yang Hitam Legam Dengan Berkesan. Malam ini saya ingin kongsikan satu petua atau tips untuk membersihkan kuali yang hangus dan hitam legam dengan mudah dan berkesan. Saya dapat cara bersihkan periuk yang hangus ini daripada seorang kawan, semoga perkongsian kuali yang hitam legam dengan mudah dibawah mampu memberi sedikit manfaat kepada semua. Cara Kilatkan Yang Hitam Legam Cara Bersihkan Kuali Yang Hangus Dan Hitam Legam Dengan Betul Tengok dan nilai sendiri betapa hitam dan legam nya kuali saya. Dari mula kahwin duduk rumah mak mertua sampai beranak pinak dan mampu sewa rumah sendiri, inilah rupa kuali kesayangan saya. Umur kuali ini saya sendiri sudah lupa berapa puluh tahun. Bukan apa, saya sayang sangat dengan kuali ni. Kuali ini mempunyai kenangan, nostalgia dan yang paling utama adalah ianya hadiah daripada mak mertua saya. Cara Bersihkan Kuali Guna Soda Bikarbonat Jadi kebetulan ada sedikit masa, saya ambil keputusan untuk kilatkan kuali ini balik. Bahan da...

Hasil Tenaga Elektrik Dari Pokok Kedondong

Gambar
Hasil Tenaga Elektrik Dari Pokok Kedondong . Naufal Raziq, 15 tahun, adalah seorang remaja lelaki yang berasal daripada Langsa Lama, Aceh. Beliau lahir daripada keluarga yang sederhana dan tinggal di kawasan pendalaman. Naufal Raziq Jana Tenaga Elektrik Dari Pokok Kedondong Berkat kesungguhan dalam menuntut ilmu serta keinginan yang tinggi bagi membantu masyarakat kampungnya, maka Allah SWT telah menganugerahkan satu ilham yang tidak ternilai kepadanya bagi menghasilkan elektrik melalui pokok kedondong. Selepas melakukan banyak eksperimen pada pelbagai jenis pokok dan menghabiskan berjuta rupiah, akhirnya beliau boleh tersenyum bangga kerana telah berjaya menjadikan pokok kedondong sebagai salah satu sumber alternatif dalam menghasilkan tenaga elektrik yang mampu memberi manfaat kepada orang lain terutama kepada masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman yang masih tidak mendapat bekalan elektrik. Ini terbukti apabila bukan sahaja rumahnya yang menggunakan elektrik daripada pokok ke...

Khasiat Daun Serai Kayu Dan Cara Buat Air

Gambar
Khasiat Kebaikan Manfaat Daun Serai Kayu Dan Cara Buat Air. Assalamualaikum. Hari ini saya sambil sediakan brekfast,sambil rebus air herba daun serai kayu untuk encik suami tercinta.ini  Orang putih panggil Bay Leaf dan sesetengah orang panggil daun salam. Kalau di sebelah kelantan orang makan sebagai ulam dan turut digunakan dalam proses membuat kerabu dan laksam. Khasiat daun serai kayu untuk kesihatan memang banyak antara salah satunya adalah mampu menurunkan darah tinggi. Alhamdulillah sejak suami amalkan minum air rebusan daun serai kayu, bila pergi cek klinik kami mendapat maklum balas positif. Tekanan darah jadi elok, gout pun bertambah baik. Rasa air daun serai kayu pula sedap kelat kelat pahit gitu, nama lagi ubatkan. Jom saya kongsikan cara nak buat air daun serai kayu : Khasiat Daun Serai Kayu Resepi Air Daun Serai Kayu Yang Mudah Banyak Khasiat Bahan untuk resepi air jus daun serai kayu : Satu periuk air Sepuluh hingga sebelas helai daun serai kayu Cara Buat Air Daun S...

Cara Simpan Bunga Kantan Tahan Lama Kekal Segar

Gambar
Cara Simpan Bunga Kantan Tahan Lama Kekal Segar. Salam kawan-kawan semua, ada tak kat sini yang selalu guna bunga kantan atau terdapat lebihan bunga kantan selepas menyediakan masakan ?  Saya tanya sebab saya ingin kongsikan tentang tips atau cara simpan bunga kantan kekal segar dan tahan lama. Sudah ramai yang mencuba dan menggunapakai cara simpan bunga kantan yang mudah dan simple sangat ini. Semoga bermanfaat. Cara Simpan Bunga Kantan Tahan Lama Petua Simpan Bunga Kantan Tahan Lama Tips simpan bunga kantan tahan lama kekal segar : Balut bunga kantan dengan beberapa keping kertas surat khabar Simpan dalam peti ais di bahagian atas ( sejuk beku ) Bila nak guna, keluarkan dan basuh. Siap. Cara nak simpan bunga kantan tahan lama dan kekal segar mudah sahaja kan. Selamat mencuba. Oh ya, kalau kawan-kawan ada cara simpan bunga kantan tahan lama yang lain, mungkin boleh kongsikannya diruangan komen untuk dijadikan rujukan kepada semua. Terima kasih.

Cara Buat Baja Roti Dengan Mudah Booster Organik

Gambar
Cara Buat Baja Roti Dengan Mudah Booster Organik. Salam semua. Ada tak kat sini yang suka berkebun ? Kalau ada, saya nak kongsikan satu cara buat baja organik guna roti. Memang ramai sudah mencuba dan guna baja roti dan hasilnya sangatlah positif. Pokok menjadi sihat dan buah bertambah besar. Cara Buat Baja Roti Cara Buat Baja Roti Yang Mudah Simple Ringkas Bahan untuk buat baja roti : Beberapa keping roti Botol air mineral Cara Membuat Baja Roti Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam botol mineral Isi air paip ke dalam botol ( air tanpa klorin atau air beras lagi baik ). Air jangan sampai penuh untuk memberi ruang kepada gas yang akan terhasil. Tutup rapat dan simpan tiga empat hari. Dah siap, sembur pada daun atau siram  pada pangkal pokok yang anda tanam dalam dua kali seminggu dan lihat hasil sendiri hasilnya. Selamat mencuba.

Cara Lembutkan Ayam Pencen Dengan Mudah Dan Cepat

Gambar
Cara Lembutkan Ayam Pencen Aka Ayam Tua Dengan Mudah Dan Cepat. Salam semua, kali ini saya hendak kongsikan satu petua lembutkan isi ayam kampung tua dengan cepat dan mudah. Cara lembutkan daging ayam pencen yang saya gunakan ini tersangatlah simple tanpa perlu sudu dan masa merebus pun tidak lama. Cara Lembutkan Ayam Pencen Petua Lembutkan Isi Ayam Pencen Mudah Rebus Sekejap Cara melembutkan ayam kampung tua : Basuh ayam sampai bersih Masukkan dalam periuk dan tutup guna tudung periuk Letak atas dapur nanti air ayam akan keluar sendiri dan biar sampai kering. Dah siap, masaklah ayam kampung tua tersebut mengikut citarasa anda. Kenapa saya tidak meletakkan air semasa proses rebus ayam pencen adalah kerana bagi mengelakkan isi ayam menjadi tawar. Sekian sahaja tips melembutkan ayam kampung yang tidak seberapa daripada saya. Terima kasih.