Cara Cuci Kuali Yang Hitam Legam Dengan Berkesan
Cara Cuci Kuali Yang Hitam Legam Dengan Berkesan. Malam ini saya ingin kongsikan satu petua atau tips untuk membersihkan kuali yang hangus dan hitam legam dengan mudah dan berkesan. Saya dapat cara bersihkan periuk yang hangus ini daripada seorang kawan, semoga perkongsian kuali yang hitam legam dengan mudah dibawah mampu memberi sedikit manfaat kepada semua.
Cara Kilatkan Yang Hitam Legam |
Cara Bersihkan Kuali Yang Hangus Dan Hitam Legam Dengan Betul
Tengok dan nilai sendiri betapa hitam dan legam nya kuali saya. Dari mula kahwin duduk rumah mak mertua sampai beranak pinak dan mampu sewa rumah sendiri, inilah rupa kuali kesayangan saya. Umur kuali ini saya sendiri sudah lupa berapa puluh tahun. Bukan apa, saya sayang sangat dengan kuali ni. Kuali ini mempunyai kenangan, nostalgia dan yang paling utama adalah ianya hadiah daripada mak mertua saya.
Cara Bersihkan Kuali Guna Soda Bikarbonat
Jadi kebetulan ada sedikit masa, saya ambil keputusan untuk kilatkan kuali ini balik. Bahan dan cara kilatkan kuali legam adalah seperti berikut :
- Basahkan kuali
- Tabur soda bikarbonat
- Bubuh air sikit ( jangan banyak sangat, agak-agak basah sahaja )
- Kemudian, gosok guna berus dawai sampai berkilat
- Dah kilat baru bilas.
Kalau ada lebihan cuka di dapur, boleh gantikan dengan air untuk kesan yang lebih baik. Dah berbuih, terus sental dan lihat sendiri hasilnya. Selamat mencuba semua.
Komentar
Posting Komentar