Postingan

Menampilkan postingan dengan label KONGSI CERITA

MINGGU HIJAU NURULSHAM... Jom tengok perkara baru

Gambar
Semenjak menjadi salah seorang ahli group terbuka MASAK APA HARI NI.. Nurulsham banyak dapat ilmu baru. Sebagai seorang Saintis, penulis dan ahli Matematik, yang sukakan alam pula,  post  yang dihantar oleh ahli MAHN.. banyak sangat yang baru... dan mengujakan! Hari ini Nurulsham sebagai seorang blogger ingin kongsikan perkara baru ini dengan anda. Jom tengok! Pertama kali Nurulsham tengok lesung batu ala batu giling ini adalah di Asian Food Channel. Ini digunakan di Indonesia.  Mulanya Nurulsham hairan juga, bagaimanalah caranya hendak menumbuk sambal di lesung yang terlalu cetek ini. Tak masuk cabai ke mata ka???  Rupa-rupanya, cara menggunakannnya bukanlah dengan cara menumbuk, sebaliknya menenyeh dan seperti batu giling! Cerdik sungguh... pada pandangan Nurulsham...orang yang mencipta 'lesung giling' ini...hehe, sempat pula Nurulsham cipta nama baru. Kalau batu giling rata permukaannya, lesung giling ini pula  seperti kawah. Jadi bagi orang yang tak pandai m...

SIPUT LALA/RETAK SERIBU MASAK CABAI SERAI KUNYIT ORANG BAGI.

Gambar
Assalamualaikum sahabat semua. Jangan terkejut dengan tajuk resepi hari ini. Nurulsham tulis begini sebab hampir semua bahan memang orang bagi hari ni. Tak sangka, rezeki banyak, syukur Alhamdulillah. Sekarang ini musim siput lala di utara ni. Siput ini terlalu banyak. Kata jiran Nurulsham, dia pergi ke Bukit Tambun baru-baru ini untuk sama-sama mengutip siput lala ini. Ramainya orang di gigi air, dari pagi sampai ke malam. Inilah yang dikatakan rezeki. Allah beri pada hamba-hambanya. Ramai yang mengutip lala ini, akan dijual pada pemborong dengan harga sekitar RM1.50 hingga  RM2.00. Pemborong pula kumpul-kumpul, bersihkan kotoran dan buang serpihan kulit kerang, kayu dan sebagainya. Mereka berkerja hingga jam 2 pagi. Kemudian peniaga-peniaga datang sekitar jam 3 pagi untuk beli siput lala ini dengan harga RM3.00 sekilo. Peniaga pula akan ke pasar atau jual dari rumah ke rumah dengan harga RM5.00 hingga RM6.00 sekilo. Demikianlah yang diceritakan oleh adik bongsu Nurulsham, namanya...

SATU KISAH SEDIH DI PAGI SABTU

Gambar
       Rasa macam nak menangis hari ni. Baru tersedar ada orang mesej Nurulsham.  Allahu Akbar, kalau kita kata kita susah... ada orang yang lagi susah dari kita, kan               Mesej ni dapat dari hari sabtu tapi Nurulsham tak perasan. Harini dah masuk sabtu semula... kesian pada hamba Allah yang hantar ni.                  Mohon sama-sama doakan Puan ini diberi kemudahan meneruskan kelangsungan hidupnya. Siapa-siapa boleh bantu sila pm.. Nurulsham akan beri nama fbnya pada anda.   Sedih juga bila ceritanya dia nak belajar tapi belum ada cikgunya.                 Nurulsham sendiri hanya mampu offer padanya untuk buka blog Nurulsham    https://nurulshamsaidin.blogspot.my/   untuk dapatkan resepi-resepi yang Nurulsham pernah gunakan masa berniaga makan dulu.  Nurulsham juga offer dia datang rumah untuk belajar kalau...

AKU, MASYARAKAT INDIA DAN CINA

Gambar
Si comel Wiskurni Qubaa, anak ke 5 Nurulsham yang berwajaan kecinaan, mengikut keturunan cina sebelah aruah bapa Nurulsham. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua sahabat Nurulsham.... Kali ini Nurulsham nak kongsi satu lagi cerita yang menarik, yang berjaya mengubah tanggapan Nurulsham pada kepelbagaian bangsa di Malaysia yang damai lagi permai ini. Untuk mengambil mood ala-ala novel, Nurulsham akan gunakan perkataan aku...😀😁😁😁. Baru la ada unsur suspens dan thriller nya. Ok... selamat membaca! Tengahari  itu matahari begitu galak memancarkan cahayanya. Panasnya Tuhan sahaja yang tahu. Terasa seperti ada haba yang keluar dari atas kepala. Peluh renek mula menjengok di celah-celah tudung. Kereta kancil biru  yang kupandu, kini berada di simpang. Aku masih menunggu peluang untuk keluar dan membelok ke kiri. Kereta kepunyaan adik ini sudah agak uzur, namun amat berjasa pada kami. Apa yang tidak kami buat dengan kereta kecil comel itu? Sekecil-kecil hingga sebesar-b...

AKU DAN MASYARAKAT INDIA

Gambar
Si comel Tamlikho yang hilang dan dijumpai wanita India. Kawasan kejiranan Nurulsham ini dahulunya, sebelum dijadikan taman perumahan, ianya adalah kawasan estet getah, koko dan kelapa sawit. Kawasan ini dihuni oleh orang-orang india. Apabila dinaikkan taman perumahan, mereka ditawarkan membeli rumah-rumah di sini dengan harga murah. Jadi, telah menjadi kebiasaan kami bertemu dan berinteraksi dengan masyarakat India di sini. Malahan rumah Nurulsham sendiri sering dikunjungi jiran-jiran berbangsa India, kerana suami Nurulsham boleh berubat. Biasanya mereka datang meminta bantuan suami apabila ada masalah anak tidak mendengar kata, ponteng sekolah, isteri lari dan sebagainya. Ada kalanya, mereka datang ke rumah untuk hantar ikan keli, biskut kering dan sebagainya sebagai menghargai bantuan suami Nurulsham. Memang harmonilah... memang seronok tinggal di sini. Namun, Nurulsham ada kisah zaman jahil...hehe.... yang hendak dikongsikan di sini. Dalam cerita ini, Nurulsham akan menggunakan per...