Postingan

Menampilkan postingan dengan label Resepi Air

Resepi Sirap Bandung Soda Sedap Mudah Simple Kaw

Gambar
Resepi Air Sirap Bandung Soda Sedap Mudah Simple Kaw. Sirap bandung yang paling sedap sudah siap untuk kami sekeluarga berbuka puasa. Hari yang panas di sulami dengan air sirap bandung soda yang sedap memang terbaik untuk membasahkan anak tengkuk yang kering. Saya kongsikan resepi air sirap bandung kaw yang telah menjadi warisan kami sekeluarga :  Resepi Sirap Bandung Soda Resepi Air Sirap Bandung Soda Kaw Lemak Ketagih Bahan untuk air sirap bandung soda kaw : Ais kiub Setengah cawan sirap Satu botol ais krim soda Garam sikit Satu sudu teh esen vanilla Satu tin susu cair Cara Buat Air Sirap Bandung Soda Cara cara membuat sirap bandung soda : Masukkan ais kiub atau air batu Tuang setengah cawan sirap ( jika suka manis, boleh lebihkan sirap ) Masukkan satu botol ais krim soda Masukkan Satu sudu teh esen vanilla Masukkan garam sikit Masukkan satu tin susu cair Akhir sekali, kacau dengan laju sampai sebati untuk elak susu jadi tairu. Sekarang, siap sirap bandung paling sedap di dunia....

Resepi Air Katira Sedap Mudah Simple Senang Asli

Gambar
Resepi Air Katira Johor Sedap Mudah Simple Senang Asli Original. Apabila air katira yang dibeli tak kena dengan tekak sendiri.Makanya nak tak nak kita turun dapur dan buat sendiri air katira untuk kenikmatan serta kepuasan diri. Bagi yang belum tahu, air katira adalah salah satu minuman yang paling diminati oleh masyarakat Johor ( yang paling popular air katira abu bakar ) dan yang penting campuran bahan yang terkandung mengandungi pelbagai khasiat kepada kesihatan seperti mampu menyejukkan tubuh dan lain-lain. Jom saya kongsikan resepi air katira johor : Resepi Air Katira Resepi Air Katira Asli Original Mudah Sedap Ringkas Bahan untuk resepi air katira simple : 1. Air soda 2. Pewarna hijau 3. Perisa pandan 4. Biji selasih - Rendam terlebih dahulu kasi kembang 5. Cincau 6. Susu pekat 7. Gula dan garam Cara Buat Air Katira Johor Cara cara membuat air katira johor : 1. Masukkan perisa pandan dan pewarna hijau dalam bekas yg berisi air. Lebihkan pewarna hijau 2. Masukkan susu pekat ser...

Resepi Jelly Kelapa Sedap Mudah Simple Ringkas Senang

Gambar
 Resepi Jelly Kelapa Sedap Mudah Simple Ringkas Senang. Hari panas kalau dapat bertemu dengan jelly kelapa memang sangat nikmat. Jarang-jarang saya dapat kelapa muda, ini pun dapat dari sedekah jiran. Semoga jiran tersebut terus dimurahkan rezeki. Jom saya kongsikan resepi jeli kelapa yang mudah dan sedap. Resepi Jelly Kelapa Resepi Jeli Kelapa Paling Sedap Simple Tahan Lama Bahan untuk resepi jelly kelapa simple : Sembilan cawan air kelapa muda / Tiga bji kelapa muda serta isinya Sepuluh cawan air Gula secukup rasa Serbuk jelly satu paket ( 10gram ) Cara Buat Jelly Kelapa Cara cara membuat jelly kelapa : Masak sepuluh  cawan air biasa bersama serbuk jelly serta gula sampai hancur Masukkan air kelapa muda serta isinya. Kacau sampai sebati dan matikan api. Tuang jelly kelapa ke dalam bekas Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Siap.

Resepi Aiskrim Milo Homemade Sedap Mudah Gebu Simple

Gambar
Resepi Aiskrim Milo Homemade Sedap Mudah Gebu Simple . Petang tadi kami sekeluarga pekena aiskrim milo homemade yang rasanya sama sebiji dengan aiskrim milo yang jual di kedai. Resepi aiskrim milo mudah sahaja, saya guna resepi aiskrim milo tanpa telur : Resepi Aiskrim Milo Homemade Resepi Ice Cream Milo Mudah Ringkas Senang Best Bahan untuk resepi aiskrim milo simple : Satu tin susu cair Satu sudu besar ovalette Dua sudu besar susu pekat manis ( kalau rasa kurang manis sila tambah hingga secukup rasa) Satu sudu kecil esen vanila Milo secukupnya ( tak kisah nak letak banyak mana, kalau takde milo pakai serbuk koko pun boleh ) Cara Buat Aiskirm Milo Malaysia Cara cara membuat aiskrim milo mudah : Campurkan semua bahan kemudian pukul guna mixer or blender sampai sebati serta pekat ( tempoh masa dalam sepuluh hingga lima belas minit ) Kemudian, tuang ke dalam bekas dan sejukkan semalaman. Sedikit nota resepi, kalau tak suka milo boleh sahaja tukar perisa lain misalnya strawberi, keladi, j...

Khasiat Daun Serai Kayu Dan Cara Buat Air

Gambar
Khasiat Kebaikan Manfaat Daun Serai Kayu Dan Cara Buat Air. Assalamualaikum. Hari ini saya sambil sediakan brekfast,sambil rebus air herba daun serai kayu untuk encik suami tercinta.ini  Orang putih panggil Bay Leaf dan sesetengah orang panggil daun salam. Kalau di sebelah kelantan orang makan sebagai ulam dan turut digunakan dalam proses membuat kerabu dan laksam. Khasiat daun serai kayu untuk kesihatan memang banyak antara salah satunya adalah mampu menurunkan darah tinggi. Alhamdulillah sejak suami amalkan minum air rebusan daun serai kayu, bila pergi cek klinik kami mendapat maklum balas positif. Tekanan darah jadi elok, gout pun bertambah baik. Rasa air daun serai kayu pula sedap kelat kelat pahit gitu, nama lagi ubatkan. Jom saya kongsikan cara nak buat air daun serai kayu : Khasiat Daun Serai Kayu Resepi Air Daun Serai Kayu Yang Mudah Banyak Khasiat Bahan untuk resepi air jus daun serai kayu : Satu periuk air Sepuluh hingga sebelas helai daun serai kayu Cara Buat Air Daun S...

Resepi Air Yogurt Strawberry Simple Sedap Mudah Ringkas

Gambar
Resepi Air Yogurt Strawberry Simple Sedap Mudah Ringkas. Kalau melancong ke Cameron Highlands tidak lengkap jika tidak pekena strawberry yogurt. Kemudian, beli buah strawberi banyak-banyak dan balik rumah buat sendiri air strawberry yogurt. Boleh minum sampai puas. Resepi Air Yogurt Strawberry Resepi Air  Yogurt   Strawberry Mudah Bahan untuk resepi air yogurt strawberry ringkas : Lima belas biji strawberry Setengah botol farm fresh original yogurt Satu mug ice kiub Dua sudu gula atau susu pekat Manis Cara Buat Air Yogurt Strawberry Cara-cara membuat air yogurt strawberry : Masukkan semua bahan dalam pengisar Kisar sampai halus Siap Masukkan dalam bekas dan minum sampai puas. Jangan lupa kongsi dengan ahli keluarga yang lain juga. Selamat mencuba.

Resepi Jamu Kunyit Asam Jawa

Gambar
Resepi Jamu Kunyit Asam Jawa. Salam semua, saya hendak kongsikan resepit jamu kunyit asam untuk kessihatan dalaman dan luaran tubuh badan kita. Untuk makluman, saya sudah dua kali bersalin dan dua kali bentan. Tapi sejak amal kan minum jamu air kunyit asam, Alhamdulillah badan semakin sihat.Rasa jamu kunyit asam pun sedap.Sangat sesuai untuk mereka yang tengah diet dan melancarkan haid.Resepi jamu kunyit asam mudah dan simple sahaja : Jamu Kunyit Asam Jawa Resepi Jamu Kunyit Asam Jawa Mudah Sedap Simple Bahan untuk buat jamu kunyit asam jawa : Ibu kunyit Asam jawa Halia Habatussauda Gula batu Gula melaka Lemon (habis stok, biasa saya akan letak) Cara Buat Jamu Kunyit Asam Jawa Cara-cara membuat jamu kunyit asam jawa : Rebus dengan empat cawan air sampai jadi satu cawan Bila nak minum letak madu satu sudu. Hampas rebusan jangan buang.Buang biji asam sahaja kemudian kisar kasar dan masukkan setengah cawan beras untuk buat lulur mandi.. Saya amalkan jus jamu kunyit asam seminggu sebelum ...