Resepi Kek Coklat Karamel Kukus Sukatan Cawan
Resepi Kek Coklat Karamel Kukus Sukatan Cawan. Setel makanan untuk petang ini iaitu kek coklat karamel yang mudah dan sedap. Memang sedap, lembut dan gebu. Sesiapa yang nak cuba buat saya kongsikan resepi kek coklat karamel kukus mudah step by step : Resepi Kek Coklat Karamel Kukus Sukatan Cawan Resepi Puding Caramel Kukus Sukatan Cawan Bahan A ( Gula Karamel ) : Dua sudu besar gula Cairkan dalam loyang guna api perlahan sampai jadi warna perang. Ratakan serta sejukkan Bahan B : Setengah cawan susu pekat Satu cawan susu cair Tiga biji kuning telur Sedikit esen vanila Cara Buat Puding Karamel Mudah Cara cara membuat puding karamel sukatan cawan : Kisar semua bahan diatas sampai sebati. Kemudian, tuang adunan ke dalam loyang karamel tadi Kukus selama lima belas minit hingga dua puluh minit. Cara nak tahu puding kukus sudah masak adalah apabila kita goyang loyang dia macam padat. Resepi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan Bahan untuk resepi kek coklat simple : Empat biji telur Satu ...