Resepi Biskut Denmark Sedap Mudah Simple Sukatan Cawan

Resepi Biskut Denmark Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple. Jangan sesiapa ada yang bertanya kenapa orang Malaysia yang nak raya tapi Denmark yang dapat nama kerana sejujurnya saya pun tidak pernah tahu akan jawapannya dan tak akan membuang masa untuk memikir jawapan tersebut. Bagi saya asal sedap dimakan sudah. Jom saya kongsikan resepi biskut denmark gebu lembut sukatan cawan :

Resepi Biskut Denmark Sukatan Cawan
Resepi Biskut Denmark


Resepi Biskut Denmark Mudah Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi biskut denmark simple :
  1. Satu setengah cawan butter
  2. Satu setengah cawan gula
  3. Tiga cawan tepung jagung
  4. Dua setengah cawan tepung gandum
  5. Esen Vanilla
  6. Dua biji kuning telur


Aising :

  1. Dua kati kacang tanah ( sangai dan tumbuk )
  2. Cairkan cooking chocolate bersama shortening, celup biskut dalam coklat dan golek atas kacang tumbuk.


Cara Buat Biskut Denmark

Cara cara membuat biskut denmark :

  1. Adunkan butter bersama gula sampai berkrim
  2. Masukkan telur dan kacau sampai sebati
  3. Masukkan esen vanilla dan kacau lagi bagi sebati
  4. Ayak semua tepung, masukkan sikit demi sikit
  5. Gentel bulat bulat sebesar hujung jari manis
  6. Bakar dan sejukkan.
  7. Celup dalam coklat dan golek atas kacang tanah.
Saya suka makan selepas  disejukkan, paling terbaik rasanya. Mudah je kan cara nak buat biskut denmark, selamat mencuba semua.

Komentar

Posting Komentar

Postingan populer dari blog ini

Resepi Biskut Buah Kana Sedap Mudah Sukatan Cawan

Resepi Biskut Kacang Hijau Sukatan Cawan Sedap Mudah

Resepi Biskut Arab Pelangi Sukatan Cawan