RESEPI ASAS BUN MANIS

Best kan kalau dapat buat roti sendiri.  Nurulsham pernah buka gerai roti pada tahun 2014. Memang seronok berniaga roti macam-macam jenis. Bila buat, selalu roti sold out, jiran-jiran yang beli. Masa tu, harga roti ni seringgit je sebiji. Memang murah, kan?  Bila gst dilancarkan, harga bahan roti naik hampir separuh. Terpaksalah tutup gerai sebab tak sampai hati nak jual mahal-mahal dalam kampung.

Sebenarnya, untuk permulaan, kita hanya perlu tahu resepi bun manis sahaja... kemudian barulah kita ubah-ubah ikut sesedap rasa.

Di bawah ini Nurulsham lampirkan resepi asas roti bun. Kena cuba buat dua tiga kali dahulu, baru boleh jadi elok.


Bahan-bahan:
  • 500 gram tepung roti / high protein flour
  • 75 gram gula kastor (boleh guna gula kasar tapi kena blender dulu)
  • 1 sudu teh bread improver (tak wajib)
  • 1 sudu teh bread softener (tak wajib)
  • satu biji telur
  • 60 gram butter
  • 100 gram ais
  • 150 gram air biasa
  • 11 gram yeast kering
  • secubit garam

Sebenarnya, adunan roti ni agak melekit, ya. Memang akan melekat bertepek di tangan masa kita menguli. Jangan risau...
anda sebenarnya dah betul. Memang begitu caranya... anda harus uli sehingga doh anda tidak lagi lekat di tangan. Cara nak tahu doh dah elok atau belum, anda tampar doh anda, jika masih ada yang melekat di tangan, doh belum cantik. Paling cantik, kalau anda  tampar, dan ada selapis macam kulit roti melekat di tangan. Itu maksudnya doh anda dah sedia. Lagi satu, doh yang elok, anda boleh tarik sehingga panjang dan tak putus. Itu maksudnya glutennya telah cukup kuat, bila roti dibakar, urat-urat roti anda tak mudah putus, jadi roti anda akan naik tinggi.

Kalau betul caranya, anda tidak perlu lagi menggunakan bread softener dan bread improver. Nurulsham sendiri memang tidak boleh gunakan kedua-dua bahan tersebuat kerana ia mengganggu kesihatan Nurulsham.

Untuk cara membentuk roti, boleh sahaja tengok di you tube. Anda boleh saja cuba buat roti dandan, roti sosej, roti pizza, roti kacang hitam, roti bawang putih dan sebagainya mengikut kreativiti anda.

Lagi satu waktu hendak membakarnya, untuk mendapat warna yang cantik seperti dalam gambar, Nurulsham ambil susu tepung, dan campurkan dengan sedikit air suam, kacau sehingga dapat kepekatannya cair sedikit dari susu pekat manis. Boleh bayangkan tak? Kemudian Nurulsham sapukan di kulit roti. Boleh juga tambahkan putih telur, supaya kulit roti anda nampak berkilat. Kemudian barulah Nurulsham taburkan sedikit bijan, gula, cheese atau apa-apa yang anda suka mengikut resepi yang anda mahu buat.

Setelah selesai, barulah Nurulsham bakar roti tersebut dalam oven elektrik, pada suhu 250 darjah atas dan bawah. Maksud atas dan bawah ialah, oven tersebut mempunyai besi pemanas dia kedua-dua bahagian supaya roti masak sekata. Biasanya Nurulsham bakar dalam 45 minit.

Selamat mencuba!

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Resepi Biskut Buah Kana Sedap Mudah Sukatan Cawan

Resepi Biskut Kacang Hijau Sukatan Cawan Sedap Mudah

Resepi Biskut Arab Pelangi Sukatan Cawan