BUAT PEANUT BUTTER SENDIRI
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat Nurulsham semua..
Pernah tak anda terfikir yang anda boleh buat peanut butter sendiri?
Nurulsham dapat idea nak buat peanut butter ni selepas rajin menonton ASIAN FOOD CHANNEL. Seronok tengok Jamie Oliver buat Walnut Butter sendiri untuk makan dengan roti homemade. Wah! Terujanya Nurulsham... cepat je pergi beli kacang tanah dan cuba buat juga.
Sebenarnya Nurulsham ni memang seorang yang cepat teruja bila dapat tahu, makanan yang selama ini kita kena beli... sebenarnya boleh buat sendiri di rumah. Memandangkan makanan beli ini biasanya ada additive, dan Nurulsham pula memang tak tahan makan makanan begini, jadi Nurulsham sentiasa cari cara nak buat sendiri dan makan masa masih fresh. Kalau dah cuba buat dan jadi, Nurulsham akan rasa lega sangat dan puas hati. Haha!Oklah, dah habis berceloteh. Jomlah kita tengok resepi peanut butter ni. Kawan-kawan nanti bila dah buat dan menjadi, sharelah dengan Nurulsham di ruang komen ye. Atau share di Facebook Nurolshamshi Saidin. Seronok sebenarnya kalau resepi kita orang boleh buat, apa lagi kalau boleh buat berniaga. Nurulsham dulu pernah berniaga Donat Peanut Butter, menggunakan peanut butter sendiri ni. Pembeli memang suka lah, sebab sangat sedap!
Bahan-bahannya:
- Kacang tanah mentah 300 gram
- gula 1 senduk (boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera anda)
- garam secukup rasa
- sedikit minyak jagung atau minyak sawit
Cara-caranya:
Kacang tanah dibasuh selawat dan ditoskan sehingga betul-betul kering. Panaskan kuali, dan gorengkan kacang tanah tanpa minyak. Ingat, jangan letak minyak kerana kacang tanah mudah hangit. Lagipun kacang tanah ini, kita pun tahu ia ada minyaknya sendiri.
Maaf, harini tak ada gambar Nurulsham sedang goreng kacang ni, sebab awal tadi kamera tablet Nurulsham rosak. |
Sewaktu menggoreng, anda digalakkan menekan kacang tersebut dengan dasar sudip. Tujuannya adalah untuk memisahkan kacang dari kulit nipisnya. Apabila kacang tanah anda sudah hampir masak, kerja memisahkan kulit menjadi semakin mudah.
Untuk memastikan kacang telah betul-betul masak, anda ambil sebiji dan gigit. Rasanya akan sama seperti kacang goreng tanpa minyak yang dijual di kedai, namun kacang itu tidak keras kerana minyak dalam kacang sedang cair disebabkan haba panas.
Kulit yang telah terpisah tadi, boleh sahaja dihembus perlahan. Ia akan terbang keluar dari kuali. Ini cara orang lama, sesuai untuk makan sendiri di rumah sahaja. Kalau anda hendak buat berniaga, cara lain yang boleh digunakan ialah dengan memasukkan kacang yang telah masak tadi ke dalam talam lalu ditampi untuk memisahkan kulitnya yang ringan dan kacangnya yang lebih berat.
Setelah itu, masukkan kacang yang masih suam itu (jangan terlalu panas), garam dan gula ke dalam blender. Masukkan semua kacang tadi dan tuangkan 1 atau 2 senduk minyak untuk memudahkan anda mengisar kacang tadi.
Perhatikan kacang anda telah dikisar sederhana halus dan nampak basah |
Peanut butter anda mula kelihatan cair. |
Peanut butter yang telah siap dimasukkan dalam bekas bolehlah disimpan dalam peti ais. Nurulsham tak pasti berapa lama ia boleh disimpan kerana selama ini, Nurulsham tak sempat simpan pun peanut butter homemade ini sebab sekejap sahaja licin dimakan anak-anak! ;)
Sedapnya anak bongsu Nurulsham ni makan roti disapu peanut butter homemade ni. Siap bawa bekal ke sekolah lagi.. |
Komentar
Posting Komentar