ANXIETY DISORDER, UBATAN DAN TERAPI

Assalamualaikum wrt wbt,

Maaf sebab Nurulsham dah lama tak update post tentang anxiety ini. Kebelakangan ini Nurulsham kerap pula sakit tulang belakang sehingga terpaksa banyak berbaring. Tulisan ini adalah sambungan dari  .temujanji-doktor-psikiatri-kali pertama

Oh ya... Nurulsham sebenarnya seorang yang tak suka makan ubat hospital atau ubat farmasi. Sebelum ini, kalau demam pun, Nurulsham tak ambil paracetamol. Dalam setahun, boleh dikatakan dalam dua kali sahaja Nurulsham ambil ubat demam tu. Itupun sebab migrain dan tak tahan sangat.

Bila mengenangkan yang Nurulsham nanti perlu ambil ubat dalam bentuk drugs pula dari klinik psikiatri... hm... tak tahulah bagaimana perasaan ini. Kalau boleh memang nak elak lah. Kalau boleh, nak cari alternatif lain, mungkin ada terapi atau senaman tertentu untuk sembuhkan penyakit ini.

Inilah yang membuatkan Nurulsham bertangguh untuk pergi ke klinik psikiatri ini.

Nurulsham ada ceritakan sebelum ini, bukan... tentang seorang sahabat yang mempunyai abang yang menderita depression selepas kematian isterinya? Ingat tak lagi... dalam tulisan Nurulsham sebelum ini. Klik  psikiatri-dan-kesihatan-mental-2-suatu kesedaran

Dialah yang bersungguh-sungguh menyuruh Nurulsham pergi ke psikiatri. Dan dialah yang membuka fikiran Nurulsham tentang ubat-ubatan psikiatri ini. Sahabat Nurulsham ini, Encik Roslan namanya, memang amat mengambil berat tentang kesihatan. Beliau pernah menjaga aruah bapanya yang sakit. Beliau mempunyai ijazah dalam biochemistry dan juga pernah bekerja dengan Pfitzer, jadi beliau arif dengan kebanyakan ubat yang dikeluarkan syarikat.

Ini antara Q & A Nurulsham dengan Encik Roslan.

N :  Adakah ubat untuk anxiety ini menyembuhkan (dgn izin Allah) atau bertujuan menahan sahaja.

R :  Penyakit-penyakit psikiatri ini disebabkan oleh kurangnya serotonin di dalam otak, jadi perjalanan saraf neuron dalam badan menjadi tidak stabil.

Ubat untuk anxiety ini adalah ubat penenang dalam kategori SSRI (Selective Serotonine Reuptake Inhibitor). Inhibitor bermaksud memperlahankan. Tujuan ubat penenang ini diambil adalah untuk membantu pesakit bertahan sementara otak menghasilkan Serotonine ini semula. Penghasilan Serotonine ini mengambil masa yang lama. Biasanya ubatan anxiety perlu diambil lebih kurang 3 tahun.

N :  Adakah zikir dan ayat-ayat syifa dapat membantu menyembuhkan pesakit.

R :  Apa yang saya dengar dari Dr. Lazli, memang elok diamalkan zikir-zikir, namun pengambilan ubat ini membantu mempercepatkan penyembuhan. Ada orang mengalami masalah psikiatri yang sangat teruk seperti severe depression (beliau merujuk pada abang beliau), waktu ini bantuan ubatan amat perlu (dengan izin Allah).

Abang saya lulusan agama dari Jordan, tahu banyak tentang agama melebihi kita yang biasa ini, tapi masih terkena depression setelah mengalami trauma isteri meninggal dalam kemalangan.

N :  Saya ada mendengar, ubatan-ubatan ini tidak berkesan, malahan ada side effect. Ini saya dengar dari seorang sahabat yang mempunyai saudara yang mengalami depression.

R :  Contoh side effect?

N :  Saudara kawan saya itu jadi kuat tidur, kuat mengamuk, dan jadi gemuk.

R :  Memang ada ubat yang tidak sesuai. Kita sebagai pengguna mempunyai hak untuk berbincang dan meminta dari doktor untuk bertukar ubat. Jangan kerana rasa tidak sesuai, kita berhenti berubat.

N :  Bagaimana dengan pesakit psikiatri yang tidak faham tentang hak dirinya, seperti pesakit yang terpaksa bergantung pada orang lain.

R :  Waktu inilah sokongan keluarga amat penting. Ahli keluarga harus sama bertemu doktor sewaktu rawatan. Kita ada hak berbincang dan mendapat yang terbaik.

N :  Bagaimana pula dengan side effect?

R :  Kita harus menimbang, adakah kesan sampingan melebihi kesan penyembuhan. Jika ya, hentikan ubat tersebut. Jika sebaliknya... boleh teruskan pengambilan ubatan tersebut. Contoh, jika kesan sampingannya sering terjaga malam, mengantuk di siang hari, tapi dalam masa yang sama, debaran jantung dan kekejangan hilang, maka eloklah diteruskan berubat.

N :   Bagaimana jika seseorang pesakit itu tidak mendapat sokongan keluarga?

R :  Jika  pesakit masih berkesedaran (waras) dan sungguh-sungguh mahu berubat, dia harus mencari kawan yang memahami, atau cari kaunselor dan sebagainya. Jika tidak dapat mencari semua itu, diri sendirilah yang harus kuat semangat. Fikirlah, anda berubat untuk kebaikan diri sendiri. Yang lainnya, harus banyak berserah pada Allah dan berdoa sungguh-sungguh.

Baiklah, setakat ini yang dapat Nurulsham kongsikan untuk kali ini. Inshaa Allah nanti ada sambungannya. Nurulsham ingin share bagaimana keadaan Nurulsham pada minggu pertama mengambil fluvoxamine. Kalau tiada sokongan, rasanya sekarang ini Nurulsham dah berhenti berubat. Kesan awal pengambilan sangat teruk. Syukurlah, dengan sokongan yang cukup, Nurulsham berjaya melaluinya... In shaa Allah.


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Resepi Biskut Buah Kana Sedap Mudah Sukatan Cawan

Resepi Biskut Kacang Hijau Sukatan Cawan Sedap Mudah

Resepi Biskut Arab Pelangi Sukatan Cawan