CUCUR AIR MENDIDIH
Assalamualaikum sahabat Nurulsham semua...
Hari ni Nurulsham nak kongsi satu lagi resepi yang sangat menarik.... apalah agak-agaknya, ya.
Sebenarnya Nurulsham paling suka cari resepi orang-orang lama, kerana bahannya sangat ringkas. Kalau boleh, Nurulsham nak cari resepi yang guna tiga bahan sahaja, seperti bahulu (tepung, telur gula), cucur air mendidih dan cucur manis (tepung, garam, gula)... kemudian Nurulsham suka sangat belajar teknik-teknik membuatnya, supaya dengan bahan yang sama, jadi pula makanan yang berbeza, in shaa Allah...
Oklah... jomlah kita lihat resepinya ππ
Bahan-bahan:

Masukkan air mendidih dan aduk rata |
Bahan-bahan:
- Tepung gandum 3 cawan
- Gula satu senduk
- Garam secukup rasa
- Air mendidih (pastikan betul-betul baru mendidih)
Cara-caranya:
- Campurkan tepung, garam dan gula di dalam besen kecil. Kacau sehingga rata bahan-bahan tadi.
- Tuang anggaran secawan air mendidih. Kacau menggunakan senduk atau spatula. Waktu ini anda akan lihat campuran yang terkena air panas tadi akan kelihatan berketul-kecul dan sedikit jernih.
- Masukkan lagi sedikit demi sedikit air mendidih dan kacau lagi. Pastikan tiada tepung yang tertinggal tidak bercampur air.
- Kacau lagi sehingga adunan antara liat dan lembut. Pastikan jangan terlalu liat, kerana ia akan keras bila digoreng. Pastikan jangan terlalu lembut pula, kerana ia akan hancur bila digoreng.
- Minyakkan tangan anda. Ambil setengah sudu adunan tadi dan bulat-bulatkan menggunakan tapak tangan anda.
- Susun adunan yang telah dibulatkan tadi di atas pinggan. Ulang sehingga habis semua adunan anda.
- Panaskan minyak. Goreng adunan cucur anda sehingga kekuningan.
- Angkat cucur anda dan hidangkan. Cucur ini boleh dimakan begitu sahaja, atau dicicah dengan sos atau mayonis.
Cucur air mendidih ini mempunyai tekstur yang sangat lembut di dalam dan rangup di luar. Sangat sedap dan wangi. Tidak sukar membuatnya dan sangat jimat.
Add caption |
Nurulsham ada satu kisah, tentang bagaimana Nurulsham boleh dapat resepi ini. Jom kita kongsi cerita ini....
Masa tu, Nurulsham masih bersekolah... kira-kira 30 tahun dahulu. Satu hari Nurulsham mengikut rombongan satu bas, melawat sebuah kampung. Kampung ini baru dibuka, dan tanahnya berbukit. Kami dapat melihat banyak kawasan yang ditarah dan diratakan. Di sini sana kelihatan tanah yang masih merah lagi.
Rumah-rumahnya kecil-kecil, dibuat dari papan. Apa yang kami tahu, mereka ini memang orang-orang susah yang diberi peluang memulakan hidup di situ.
Nurulsham dan kawan-kawan diberi peluang berkenalan
dengan penduduk di situ. Kami membuat kumpulan lalu berjalanlah kami, memilih mana-mana rumah yang kami rasa sesuai.
dengan penduduk di situ. Kami membuat kumpulan lalu berjalanlah kami, memilih mana-mana rumah yang kami rasa sesuai.
Sampai di sebuah rumah kecil, kami disambut oleh seorang wanita bertudung labuh dan berwajah manis. Kami, waktu itu lebih kurang enam orang dipelawa masuk ke dapurnya yang sederhana. Anak-anak kecilnya ramai.
Dia menghidangkan air teh. Kemudian mencari tepung sambil mulutnya ramah bertanya tentang kami.
Waktu itu kami rasa bersalah kerana telah menyusahkan wanita
itu, sehinggakan dia terpaksa menyediakan juadah untuk kami. Pada zaman itu, orang-orang melayu memang akan sediakan juadah bila ada tetamu, tidak kira betapa susahnya hidup mereka.
itu, sehinggakan dia terpaksa menyediakan juadah untuk kami. Pada zaman itu, orang-orang melayu memang akan sediakan juadah bila ada tetamu, tidak kira betapa susahnya hidup mereka.
Lalu dari sinilah, Nurulsham belajar resepi cucur air mendidih yang sangat unik ini. Kami semua waktu itu amat teruja, kerana dengan bahan yang sangat simple ini, terhasilah kuih yang sangat sedap dan bertekstur ini.
Itulah ilmu kecil namun penuh kehidupan... yang Nurulsham pelajari. Nurulsham rasa insaf... rupa-rupanya, kita tidak perlu ada semuanya sempurna, jika kita ikhlas mahu meraikan tetamu.
Sekian dulu dari Nurulsham. Selamat mencuba! ππ
Komentar
Posting Komentar