NASI AYAM CARA ORANG BERNIAGA



Assalamualaikum sahabat Nurulsham,

Hari ni Nurulsham nak share cara buat nasi ayam macam orang berniaga. Mana Nurulsham dapat resepi ini? Sebab Nurulsham pernah berniaga nasi ayam di sekolah-sekolah dan untuk catering-catering kecil untuk  sekitar 50 hingga 100 orang makan.

Nota : Inilah resepi rahsia Nurulsham yang disimpan dalam peti rahsia, tapi hari ni rahsia dah terbongkar😄😄

Masalah nasi ayam ni, kalau silap buat, ia akan melekit-lekit, atau tak seroi. Jadi memang tak bestlah kan kalau nak jual nasi ayam yang begitu rupanya.

Cara yang Nurulsham buat ni, Nurulsham belajar dari orang cina yang buat nasi ayam hainan. Memang baguslah resepi ni, hinggakan Nurulsham tak risau nak buat catering. Kalau tidak memang risau jugak lah.

Ok... habis dah bersembang, jom kita tengok resepinya😊😊

Bahan-bahan


  1. Beras 6 cawan dibasuh dan ditoskan
  2. Air rebusan ayam 11  1/2 cawan yang telah sejuk atau suam (gunakan cawan yg sama ukuran dgn beras. Sila perhatikan, ada jenis beras yang lebih lembut, jadi eloklah dikurangkan airnya)
  3. Bawang besar 1 biji
  4. Bawang putih 3 ulas
  5. Halia 1 ibu jari (bawang besar, bawang putih dan halia dihiris nipis)
  6. Sehelai daun pandan untuk mewangikan nasi (tidak wajib)
Cara-cara.

1.    Panaskan dua senduk minyak.  Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia dalam periuk nasi.

Kerja memasak hari ini dibantu oleh
anak Nurulsham yang ambil kursus
pastri dan bakery di Kolej Vokasional
Sungai Petani

2.   Setelah bawang dan halia nampak garing dan berbau wangi, masukkan beras yang telah ditoskan tadi.


3.   Kacau beras supaya sebati dengan minyak dan bahan tumis tadi. Jangan terlebih kacau, nanti beras mudah patah.



4. Perlahankan api. Tudung periuk berisi beras tadi. Sesekali buka untuk kacau supaya bahagian bawahnya tidak hangit. Biarkan lebih kurang lima belas minit atau sehingga beras kelihatan sedikit jernih.

5. Kemudian, masukkan air rebusan ayam, daun pandan dan garam secukup rasa.  Pastikan air rebusan ayam sejuk atau suam. Jika air ini panas, nasi ayam anda akan benyal atau lembik dan jemu bila dimakan.

Perhatikan warna beras telah bertukar sedikit perang dan jernih, kemudian
masukkan air rebusan ayam.


5. Kuatkan api semula. Tanak nasi anda sehingga air rebusan tadi kering. Kacau seketika, perlahankan api, kemudian tudung semula periuk anda sehingga nasi betul-betul masak.




Anda akan lihat nasi ayam anda sangat peroi @ seroi, berbau wangi dan sedap dimakan. Bau wangi itu datang dari beras yang digoreng dengan minyak, sementara peroi itu datang dari minyak yang meliputi antara beras sewaktu digoreng tadi.

Hidangkan nasi ayam anda bersama ayam bakar atau goreng kicap, kuah kicap, kuah cabai, sup, timun dan tomato.

Selamat mencuba....  Inshaa Allah boleh menjadi jalan untuk anda menambah pendapatan dengan memulakan perniagaan catering kecil nasi ayam untuk majlis-majlis. Jika sudah cekap, boleh juga ambil majlis kenduri.

Nurulsham sedekahkan ilmu ini pada anda semua. Sila share. Di zaman gawat ini, apa salahnya cuba berniaga, kan? Untuk makan di rumah pun, boleh juga.

Bye semua, wassalam.

Untuk resepi sos dan sup sila klik resepi-kuah-kicap-kuah-cili-sup-untuk-nasiayam

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Resepi Biskut Buah Kana Sedap Mudah Sukatan Cawan

Resepi Biskut Kacang Hijau Sukatan Cawan Sedap Mudah

Resepi Biskut Arab Pelangi Sukatan Cawan