7 LANGKAH SEDIAKAN BAHULU KEMBOJA YANG LEMAK DAN MANIS.
Assalamualaikum wrt wbt dan selamat sejahtera semua sahabat Nurulsham,
Hari ni Nurulsham nak share satu lagi resepi orang lama yang jarang-jarang kita jumpa, iaitu bahulu kemboja. Oleh kerana Nurulsham pernah berniaga bahulu, ada juga sesekali pembeli meminta Nurulsham buatkan bahulu kemboja ni.
Tok Anum, emak Nurulsham suka sangat makan bahulu ni. Sebab teksturnya sangat lembut dan berkerak di luar, manis dan lemak-lemak pula.
Oklah, habis dah bercerita... Jom kita sediakan bahan-bahannya;

- 2 cawan santan
- 1 cawan gula
- 1 cawan telur
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar tepung beras
- 5 helai daun pandan
- Sedikit garam
- Bijan secukupnya
Cara-caranya;-
1. Ikat daun pandan dan tumbuk sehingga lumat. Daun pandan ini jangan dipotong sebelum ditumbuk kerana ini akan menyebabkan ia berkecai sewaktu diperah. Kemudian rendam daun pandan yang telah lumat tadi dalam santan. Gaul-gaulkan sehingga santan bertukar menjadi warna hijau. Tapis keluar hampas daun pandan sehingga kita mendapat cecair santan yang berwarna hijau.
2. Masukkan santan hijau, tepung beras dan tepung gandum, gula, telur dan garam ke dalam besen dan kacau perlahan-lahan sehingga adunan sebati.
3. Tapis adunan anda supaya tidak berketul.
4. Panaskan acuan bahulu kemboja dan oles minyak supaya bahulu kemboja tidak lekat di acuan dan supaya bahulu itu garing di bahagian bawah.
5. Apabila minyak dan acuan cukup panas, tuangkan adunan tadi sehingga separuh atau tiga suku acuan. Perhatikan bahagian tepi adunan menggelegak terkena minyak dan berbau harum.
6. Taburkan bijan secukupnya. Perhatikan Nurulsham dan terlebih pula masukkan adunan tadi. Anda tolong kurangkan ya, setakat tiga suku acuan sudah memadai.
7. Bakar adunan dalam oven pada suhu 250 darjah celsius selama 30 hingga 40 minit atau hingga bahulu nampak perang di bahagian atas.
Sejukkan, potong dan hidang.
Selamat mencuba!

Komentar
Posting Komentar