RESEPI KUAH KICAP, KUAH CILI, SUP UTK NASI AYAM
Sambungan dari nasi-ayam-cara-orang-berniaga.
Assalamualaikum, baru sempat update resepi yang lain-lain untuk nasi ayam ni. Kalau tak ada semua kuah ni, tak sedaplah nasi ayam kita ni, kan?
Ini adalah cara yang Nurulsham selalu gunakan. Mungkin tak sama dengan yang biasa anda gunakan. Boleh cuba kalau berminat, ya.
Mula-mula resepi untuk sos cili.😊
Bahan-bahan.
Cara-caranya.
Seterusnya untuk resepi kuah kicap.😊
Cara-caranya.
Assalamualaikum, baru sempat update resepi yang lain-lain untuk nasi ayam ni. Kalau tak ada semua kuah ni, tak sedaplah nasi ayam kita ni, kan?
Ini adalah cara yang Nurulsham selalu gunakan. Mungkin tak sama dengan yang biasa anda gunakan. Boleh cuba kalau berminat, ya.
Mula-mula resepi untuk sos cili.😊
Bahan-bahan.
- Bawang besar 1 biji
- Bawang putih 5 ulas
- Cabai hidup merah 8 biji, dibuang bijinya untuk kurangkan pedas. Boleh juga guna cabai kering yang di potong direndam dalam 10 biji.
- Air perahan asam jawa
- Sedikit air rebusan ayam.
- Garam dan gula.
Cara-caranya.
- Kisar bawang besar, bawang putih, dan cabai. Panaskan kuali dan masukkan 2 senduk minyak. Setelah minyak cukup panas, masukkan campuran yang telah anda kisar tadi.
- Masak hingga naik minyak. Kemudian masukkan air perahan asam jawa dan air rebusan ayam (sedikit sahaja).
- Masukkan garam secukup rasa dan dua senduk gula.
- Kacau lagi sehingga naik minyak.
Seterusnya untuk resepi kuah kicap.😊
- Sos bekas perapan ayam
- Kicap 1 cawan
- Air rebusan ayam 1 cawan
- Garam secukup rasa.
Masukkan kicap dan air rebusan ayam. |
- Gunakan kuali bekas kuah cabai tadi. Masukkan sedikit minyak.
- Dengan cepat, masukkan sos bekas perapan ayam. Sos ini mempunyai banyak rasa dan sangat sedap.
- Nota: untuk sos perap ayam cara Nurulsham, sila rujuk cara sediakan lauk nasi ayam.
- Kacau sedikit dan masukkan kicap.
- Masukkan air rebusan ayam dan garam secukup rasa.
- Masak hingga mendidih.
Seterusnya lagi untuk sup😊
Bahan-bahan.
- Halia 1 ibu jari
- Bawang putih 3 ulas
- Bawang besar sebiji
- Rempah sup sebungkus
- Garam secukup rasa
- Daun sup dan daun bawang untuk ditabur
Cara-cara.
- Halia, bawang besar dan bawang putih dihiris nipis.
- Tumis bahan tadi dalam minyak.
- Masukkan air rebusan ayam dan rempah sup.
- Masak hingga menggelegak.
Untuk resepi lauk nasi ayam, sila klik resepi-ayam-bakar-untuk-nasi-ayam.
Komentar
Posting Komentar