Postingan

Menampilkan postingan dari Juni, 2017

Resepi Mee Kari Tanpa Santan Mudah Sedap Simple

Gambar
Resepi Mee Kari Tanpa Santan Mudah Sedap Simple. Selesai makan mi kari tanpa santan yang mudah dan sedap bersama ahli rumah. Semua puji sampai terseyum sendiri saya. Ada yang suka mee kari x ? Kalau ada, ini dia cara buat mee kari dan resepi mee kari sedap dan mudah : Resepi Mee Kari Tanpa Santan Resepi Mee Kari Ayam Simple Sedap Mudah Ringkas Bahan untuk resepi mee kari mudah : Mee kuning( Celur sekejap ) Resepi Kuah Mee Kari Tanpa Santan Bahan untuk resepi kuah mee kari sedap : Lima belas tangkai lada kering (rendam air panas kemudian blender) Satu biji bawang besar (blender) Tiga biji bawang  putih (blender) Satu batang serai (ketuk) Lima sudu besar serbuk kari daging (saya guna babas hijau) Dua ketul dada ayam (potong kecil) Fishcake atau fishball Satu jug kecil air Minyak bagi menumis Garam dan ajinomoto sikit Cara Masak Mee Kari Tanpa Santan Cara cara membuat mee kari tanpa santan : Tumis lada kering hingga naik minyak  Masukkan serbuk kari serta serai Tumis lagi hingga garing  M

Resepi Biskut Susu Tepung Mudah Sedap Guna 2Bahan

Gambar
Resepi Biskut Susu Tepung Mudah Sedap Guna 2Bahan. Biskut susu mudah dan paling sedap. Budak-budak bukan main suka sangat biskut susu. Yang sebelum sudah habis sebalang diaorang makan. Alhamdulillah ada sedikit masa, kita sambung buat biskut susu untuk raya yang tak lama lagi kunjung tiba. Sesiapa yang mahu buat, resepi biskut susu mudah ada saya kongsikan dibawah : Resepi Biskut Susu Resepi Biskut Susu Tepung Paling Mudah Paling Sedap Bahan untuk resepi biskut susu tepung simple : 500 gram tepung jagung 500gram susu pekat manis (satu tin tinggi) Cara Buat Biskut Susu Cara cara membuat biskut susu : Gaul sampai jadi doh semua bahan guna tangan pun boleh. Gentel bulat-bulat, simpan dalam cawan kertas.  Akhir sekali, bakar pada suhu 180 api atas bawah selama sepuluh minit. Siap

Resepi Sirap Bandung Soda Sedap Mudah Simple Kaw

Gambar
Resepi Air Sirap Bandung Soda Sedap Mudah Simple Kaw. Sirap bandung yang paling sedap sudah siap untuk kami sekeluarga berbuka puasa. Hari yang panas di sulami dengan air sirap bandung soda yang sedap memang terbaik untuk membasahkan anak tengkuk yang kering. Saya kongsikan resepi air sirap bandung kaw yang telah menjadi warisan kami sekeluarga :  Resepi Sirap Bandung Soda Resepi Air Sirap Bandung Soda Kaw Lemak Ketagih Bahan untuk air sirap bandung soda kaw : Ais kiub Setengah cawan sirap Satu botol ais krim soda Garam sikit Satu sudu teh esen vanilla Satu tin susu cair Cara Buat Air Sirap Bandung Soda Cara cara membuat sirap bandung soda : Masukkan ais kiub atau air batu Tuang setengah cawan sirap ( jika suka manis, boleh lebihkan sirap ) Masukkan satu botol ais krim soda Masukkan Satu sudu teh esen vanilla Masukkan garam sikit Masukkan satu tin susu cair Akhir sekali, kacau dengan laju sampai sebati untuk elak susu jadi tairu. Sekarang, siap sirap bandung paling sedap di dunia. >

Resepi Biskut Buah Kana Sedap Mudah Sukatan Cawan

Gambar
Resepi Biskut Buah Kana Sedap Mudah Sukatan Cawan. Siapa yang pernah makan biskut buah kana tradisional dan lagenda ini ? Memang banyak nostalgia biskut buah kana ini kepada saya. Nak cerita empat hari tak habis lagi.  Antara koleksi resepi kuih raya yang mudah dan ringkas yang saya simpan untuk rujukan. Jom saya kongsikan kepada kawan-kawan resepi biskut buah kana mudah dan sedap : Resepi Biskut Buah Kana Resepi Biskut Buah Kana Sukatan Cawan Lembut Gebu  Bahan untuk resepi buah kana sukatan cawan : 250 gram Butter Tiga cawan tepung gandum Satu cawan tepung kastard Satu sudu kecil baking powder Dua cawan gula castor Satu  biji telur Esen vanilla sikit Jem ikut selera masing-masing  ( saya guna blackcurrent ) Cara Buat Biskut Buah Kana Cara cara membuat biskut buah kana : Pukul butter bersama gula sampai sebati Selepas itu, masukkan telur dan pukul sebati Masukkan esen vanilla. Masukkan tepung dan pukul lagi bagi sebati. Ambil acuan sapu tepung kemudian ketuk Akhir, susun dalam tray at

Resepi Biskut Suji Susu Sukatan Cawan Guna 3Bahan

Gambar
Resepi Biskut Suji Susu Sukatan Cawan Guna Tiga Bahan . Taraaa siap sudah kuih raya yang mudah dan sedap serta menjadi tradisi kami sekeluarga. Kalau tiada biskut suji, tak rayalah jawabnya. Ada juga orang panggil biskut suji sebagai biskut arab, tapi apa-apa sahajalah asalkan sedap dimakan. Jom saya kongsikan resepi biskut suji yang paling mudah dan paling sedap : Resepi Biskut Suji Susu Sukatan Cawan Resepi Biskut Suji Sedap Mudah Simple Ringkas Lembut Gebu Bahan untuk resepi biskut suji susu simple : Dua cawan Tepung Gandum Satu cawan gula kastor Satu tin kecil minyak sapi Cara Buat Biskut Suji Susu Cara cara membuat biskut suji susu : Masukkn semua dalam bekas dan adun guna tangan hingga tidak melekat pada tangan Gentel bulat bulat, tekan sikit dan susun dalam loyang. Kalau ada ceri, potong kecil dan letak macam saya buat ( tengok gambar ) kalau tak nak letak pun takpe. Atas selera masing-masing. Akhir sekali, bakar pada suhu 150 selama setengah jam atau sampai masak mengikut kapas

Resepi Biskut Semperit Nutella Sukatan Cawan Sedap Simple

Gambar
Resepi Biskut Semperit Nutella Sukatan Cawan Sedap Simple . Assalamualaikum semua. Saya ingin kongsikan satu lagi resepi kuih raya yang mudah dan ringkas. Saya sudah empat hari mengadap semperit nutella. Ini adalah tahun kedua saya ambil tempahan dari pelanggan. Suami dan anak-anak pun suka sangat makan biskut semperit nutella. Semalam habis setengah balang diaorang bedal lepas berbuka puasa. Resepi semperit nutella mudah dan senang sangat. Rasanya macam biasa lembut diluar dan cair dimulut. Sesiapa yang nak cuba boleh ambil resepi semperit nutella berikut : Resepi Biskut Semperit Nutella Resepi Biskut Semperit Nutella Mudah Sedap Ringkas Gebu Bahan untuk resepi biskut semperit nutella simple : 130 gram butter Satu per empat cawan susu pekat Esen Gaul sebati guna senduk Dua cawan tepung jagung Satu sudu besar tepung custard Campur dalam adunan butter serta uli sampai sebati Chocholate chip  Untuk hiasan. Cara Buat Biskut Semperit Nutella Cara cara membuat biskut semperit nutella : Baha

Resepi Biskut Nestum Coklat Rangup Sedap Mudah Simple

Gambar
Resepi Biskut Nestum Coklat Rangup Sedap Mudah Simple. Resepi kuih raya mudah dan ringkas datang lagi. Kali ini, kita buat kuih nestum coklat yang paling sedap dan paling mudah.Sebalang siap petang, malam lepas berbuka sudah tinggal setengah. Kerana sambutan menggalakkan, kita buat sekali lagi malam ini. Jom saya kongsikan resepi biskut nestum coklat tanpa bakar : Resepi Biskut Nestum Coklat Resepi Biskut Nestum Coklat Mudah Sedap Ringkas Crunchy Bahan untuk resepi biskut nestum coklat simple : Satu bar coklat masakkan Dua sudu butter Nestum secukupnya Cawan/ Cup Cara Buat Biskut Nestum Simple Cara cara membuat biskut nestum coklat : Cairkan coklat bersama butter Tunggu suam Masukkan nestum sikit demi sikit dan gaul Gaul sampai rata dan sebati Isi ke dalam  paper cup Akhir sekali, masukkan ke dalam peti sejuk. Siap untuk di makan bersama ahli keluarga. Selamat mencuba.

KEROPOK LOBAK MERAH DAN KEISTIMEWAAN TEPUNG UBI KAYU

Gambar
Assalamualaikum wrt wbt dan salam Ramadhan buat semua pembaca blog Nurulsham. Nurulsham mengalu-alukan anda mengikuti blog ini tidak kira di mana anda berada. Terharunya kerana ada juga kunjungan dari pelbagai negara seperti dari Jepun, Nigeria, Arab Saudi, Indonesia, Brunei dan sebagainya. Ini menunjukkan betapa ramainya orang kita di negara luar dan amat memerlukan resepi-resepi makanan tradisi sebagai rujukan.  Antara tujuan asal Nurulsham wujudkan blog ini adalah untuk menghimpun seni lama dari nusantara dan luar. Antaranya resepi-resepi tradisi, teknik mengawet cara lama tanpa bahan kmia, teknik perubatan tradisional yang banyak melibatkan perubahan tekanan, haba dan pelbagai lagi. Sesuai sebagai seorang saintis juga, biasanya Nurulsham akan cuba buat semula perkara-perkara yang Nurulsham pelajari atau dengar dari orang-orang tua. Sesetengah resepi yang Nurulsham pernah buat di sini, adalah sebagai satu eksperimen. Ada kalanya Nurulsham dah ulang buat berkali-kali kerana tak menja

Resepi Murtabak Kucai Orang Banjar Asli Original Tradisional

Gambar
Resepi Murtabak Kucai Orang Banjar Asli Original Tradisional. Murtabak Kucai versi orang banjar. Ada yang pernah makan murtabak kucai tak ? Sedap dan mudah sangat cara nak buat murtabak kucai. Selain murtabak kucai, orang banjar juga suka makan murtabak durian dan murtabak pisang . Resepi Murtabak Kucai Resepi Murtabak Kucai Kulit Popia Empat biji telur ayam Satu ikat kucai ( potong kecik kecik ) Bawang merah besar ( sagat atau hiris nipis ) Garam sesedap rasa Cara Buat Murtabak Kucai Cara cara membuat murtabak kucai : Gaul dan kacau sampai sebati guna garfu. Sediakan sekeping kulit popia letak atas pinggan Masukkan inti dan lipat secara segi empat  Akhir sekali, letak atas pan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Siap. Selamat mencuba semua.

Resepi Biskut Arab Pelangi Sukatan Cawan

Gambar
Resepi Biskut Arab Sukatan Cawan aka Biskut Bola Kristal Sukatan Cawan.  Tugasan akhir semalam sebelum masuk tidur, biskut arab yang mudah dan sedap. Satu keluarga saya suka sangat biskut arab, setiap kali raya wajib ada kuih arab pelangi. Jom saya kongsikan resepi biskut arab simple : Resepi Biskut Arab Pelangi Resepi Biskut Arab Pelangi Sedap Mudah Lembut Gebu Bahan untuk resepi biskut arab mudah : Dua cawan tepung gandum Satu cawan gula aising ( kalau tak suka manis, boleh  kurangkan setengah cawan ) Dua sudu besar susu tepung Satu cawan minyak sapi ( cairkan ) Mangkuk kertas Gula caster Cara Buat Biskut Arab Pelangi Cara cara membuat biskut arab pelangi : Masukkan semua bahan Gaul hingga jadi doh Bentukkan bulat,susun atas dulang Akhir sekali, bakar suhu 160c selama dua puluh minit. Bergantung oven masing-masing. Bila dah suam, golekkan atas gula caster dan masukkan dalam mangkuk kertas. Siap. > Resepi Biskut Arab Susu Sukatan Cawan

Resepi Semperit Susu Sukatan Cawan Guna Tiga Bahan

Gambar
Resepi Semperit Susu Sukatan Cawan Guna Tiga Bahan . Assalamualaikum dan selamat pagi semua kepada cheff sendirian berhad seluruh negara. Sihat ? Harap baik- baiklah semua ya. Pagi  ini kita akan buat kuih raya iaitu biskut semperit susu paling sedap dan paling mudah, semperit susu guna 3 bahan sahaja. Jom saya kongsikan resepi semperit susu 3 bahan yang mudah dan sedap : Semperit Susu Sukatan Cawan Resepi Semperit Susu Gebu Lembut Sedap Mudah Ringkas Bahan untuk resepi semperit susu simple : Satu ketul butter (250gram) Satu cawan susu coklat saji Empat ratus gram tepung jagung Cara Buat Semperit Susu Cara cara membuat semperit susu : Kacau butterbersama susu hingga sebati ( saya pakai senduk kayu) Masukkan tepung sedikit demi sedikit.  Uli hingga sebati dan tidak melekat pada tangan. Masukkan dalam acuan semperit dan tekan. Akhir sekali, bakar suhu 160'c selama dua puluh minit atau sampai masak. Bergantung kepada kapasiti oven masing-masing. Cara nak buat semperit susu tiga bahan

Resepi Kerabu Kuey Teow Sedap Mudah Simple Special

Gambar
Resepi Kerabu Kuey Teow Sedap Mudah Simple Special.  Saya dan famili memang suka sangat makan kuey teow baik goreng ataupun sup. Tapi kali ini saya olah sikit jadi kerabu kuey teow yang sedap terangkat.Ala thai gitu. Sesiapa peminat kerabu dan kuey teow macam saya, boleh cuba resepi kerabu kuey teow yang mudah dan sedap : Resepi Kerabu Kuey Teow Resepi Kerabu Kuey Teow Mudah Sedap  Bahan untuk resepi Resepi Kerabu Kuey Teow  Simple : Bahan A Kueh teow sebungkus ( celur dulu tapi jangan sampai lembut sangat sebab nanti kurang sedap ) Bahan B Isi ayam Udang Sotong Rebus sampai masak.Bila dah masak, masukk fish cake yang telah dihiris nipis.Toskan Bahan C Tiga biji cili api. ( Kalau suka pedas sila tambah dan sebaliknya ) Hirisan daun sup atau ketumbar Satu kiub pati ayam maggie Satu kiub tomyam maggie Sedikit serbuk perasa Satu biji kecil limau nipis. ( ambil jus sahaja ) Bahan D Dua biji telur digoreng hancur Cara Buat Kerabu Kuey Teow Cara cara membuat kerabu Kuey Teow : Masukkan kesem

Resepi Air Katira Sedap Mudah Simple Senang Asli

Gambar
Resepi Air Katira Johor Sedap Mudah Simple Senang Asli Original. Apabila air katira yang dibeli tak kena dengan tekak sendiri.Makanya nak tak nak kita turun dapur dan buat sendiri air katira untuk kenikmatan serta kepuasan diri. Bagi yang belum tahu, air katira adalah salah satu minuman yang paling diminati oleh masyarakat Johor ( yang paling popular air katira abu bakar ) dan yang penting campuran bahan yang terkandung mengandungi pelbagai khasiat kepada kesihatan seperti mampu menyejukkan tubuh dan lain-lain. Jom saya kongsikan resepi air katira johor : Resepi Air Katira Resepi Air Katira Asli Original Mudah Sedap Ringkas Bahan untuk resepi air katira simple : 1. Air soda 2. Pewarna hijau 3. Perisa pandan 4. Biji selasih - Rendam terlebih dahulu kasi kembang 5. Cincau 6. Susu pekat 7. Gula dan garam Cara Buat Air Katira Johor Cara cara membuat air katira johor : 1. Masukkan perisa pandan dan pewarna hijau dalam bekas yg berisi air. Lebihkan pewarna hijau 2. Masukkan susu pekat ser

Resepi Kuih Sawallah Asli Original Tradisional Bugis

Gambar
Resepi Kuih Sawallah Asli Original Tradisional Bugis. Hari ini kita buat kuih tradisional iaitu kuih sawallah. Yang berdarah bugis mesti tahu ini kuih..Ada tak yang suka makan kuih sawallah?  Kita geng. Resepi Kuih Sawallah Resepi Kuih Sawallah Sedap Mudah Simple Ringkas Senang Bahan untuk resepi kuih sawallah simple : Satu mangkuk tepung pulut Dua sudu nasi tepung gandum Dua sudu nasi kelapa parut (kelapa muda) Sedikit garam Dua sudu makan gula Air secukup nya Gula merah Cara Buat Kuih Sawallah Cara cara membuat kuih sawalllah : . Maasukkan semua bahan d atas kecuali gula merah. Uli hingga sebati. Apabila sudah sebati, bentukkan adunan  macam dalam gambar atas. Goreng sampai kekuningan Dah siap goreng bole lah di masak kan gula merah.Caranya, gula merah masak smpai tua.Nak tahu macam mana dah tua, ambl gula merah letak kat air kalau tidak cair maknanya gula merah sudah masak.Kemudian terus masuk kan kuih tadi dan pdam kan api dapur. Gaul hingga gula menjadi kering. Siap, selamat menc

Resepi Biskut Putu Kacang Hijau Yang Sedap Mudah

Gambar
Resepi Biskut Putu Kacang Hijau Yang Sedap Dan Mudah. Mak sibuk menyiapkan biskut putu kacang hijau di dapur. Walaupun sudah mencapai usia warga emas namun mak tetap rajin buat kuih raya tradisional. Al maklumlah lagi dua minggu kita semua akan bertemu raya. Saya pula seperti biasa, hanya bantu tengok mak buat sampai siap untuk dimakan. Jom saya kongsikan resepi dan sukatan biskut putu kacang : Resepi Biskut Putu Kacang Hijau Resepi Biskut Putu Kacang Hijau Tradisional Bahan untuk resepi kuih putu kacang : Satu kilogram kacang hijau ( buang kulit ) Satu kilogram gula halus (ayak) Cara Buat Kuih Putu Kacang Hijau Cara cara membuat biskut putu kacang hijau : Goreng kacang hijau tanpa minyak. Biarkan kacang sejuk. Basuh bersih dan toskan sampai kering Kisar halus kacang tadi. Ayak. Tambahkan gula halus yang sudah diayak. Gaul sebati. Biar semalaman. Untuk adunan jadi sebati serta lembab. Tekan dalam acuan. Akhir sekali, susun dalam talam dan jemur. Setel. Selamat mencuba.

Resepi Lepat Liat Utara Asli Original Tradisional

Gambar
Resepi Lepat Liat Utara Asli Original Tradisional Sukatan Cawan. Dah siap lepat liat utara. Ada yang suka tak ? Ke tak pernah rasa lagi lepat liat utara ? Kepada kawan-kawan yang nak mencuba buat lepat liat, saya sertakan sekali resepi lepat liat mudah dan sedap : Resepi Lepat Liat Utara Resepi Lepat Liat Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple Bahan untuk resepi lepat liat sedap : Dua cawan tepung pulut Untuk dimasak : Satu cawan gula merah Tiga per empat cawan santan Satu per empat cawan air Jadikan satu cawan Dua sudu gula Satu per empat sudu teh garam Bahan untuk resepi inti lepat liat : Kelapa parut bersama sedikit garam ( gaul sebati ) Daun pisang Minyak untuk sapuan Cara Buat Lepat Liat Utara Cara cara membuat lepat liat : Masak air gula dan tapis. Masukkan ke dalam bekas tepung dan kacau sampai rata dan sebati Ambil daun pisang dan sapu guna sedikit minyak  Letak adunan dalam satu atau dua sudu serta ratakan.  Sapu minyak sikit pada jari dan tekan adunan. Letak inti kelapa yang tel

Resepi Biskut Kacang Hijau Sukatan Cawan Sedap Mudah

Gambar
Resepi Biskut Kacang Hijau Sukatan Cawan Sedap Mudah. Uhhh ini bukan cobaan ini betul betul saya bersilat di dapur sehari suntuk untuk sediakan kuih raya, lepas buat biskut Tart nenas tadi saya sambung terus buat biskut kacang hijau peas. Saya guna resepi biskut kacang hijau mudah sahaja, resepi biskut kacang peas sukatan cawan : Resepi Biskut Kacang Hijau Resepi Biskut Kacang Hijau Cina Sukatan Cawan Bahan untuk resepi biskut kacang hijau simple ( sukatan dalam 50 biji ) : Satu cawan tepung kacang peas ( jika tiada boleh diganti dengan kacang peas dalam paket ) Satu cawan tepung gandum Setengah cawan gula aising ( saya kurangkan  sesudu besar, tak nak rasa dia manis sangat nanti ) Setengah sudu teh baking powder Setengah sudu teh garam Minyak Mazola ( anggaran dalam setengah cawan ) Satu biji telur kuning Cara Buat Biskut Kacang Hijau Cara cara membuat biskut kacang hijau : Masukkan kesemua bahan kering dan gaul sampai sebati.  Tuangkan minyak mazola sikit demi sikit sampai terbentu

Resepi Rendang Udang Sedap Simple Mudah Ringkas Special

Gambar
Resepi Rendang Udang Sedap Simple Mudah Ringkas Special.   Kerana malam ini isomia melanda, saya masuk ke dapur untuk sediakan rendang udang buat sahur sekejap lagi. Meh saya ajarkan kepada kawn-kawan resepi udang masak rendang pedas cili api yang mudah dan sedap. Semoga bermanfaat. Resepi Rendang Udang Sedap Resepi Rendang Udang Pedas Cili Api Bahan untuk resepi rendang udang simple : Setengah kilogram Udang 200ml Santan Pekat (santan kotak kecil) Dua sudu besar kerisik Satu helai Daun kunyit (dihiris halus) Tiga helai Daun limau purut (disiat2) Bahan Kisar : Enam ulas Bawang Merah Tiga ulas Bawang Putih Dua cm Lengkuas Dua cm Kunyit Hidup Dua cm Halia Tiga batang Serai Lima belas biji Cili Api ( boleh kurangkan kalau tak suka pedas ) Cara Masak Rendang Udang  Cara cara memasak rendang udang : Tumis Semua  bahan yang telah dikisar sampai sebati Masukkan Udang, Santan serta sedikit air. Didihkan guna api perlahan Masukkan kerisik dan garam secukup rasa Masukkan hirisan daun kunyit sert

Resepi Kek Oren Sukatan Cawan Gebu Lembut Sedap

Gambar
Resepi Kek Oren Sukatan Cawan Gebu Lembut Sedap . Semenjak oven rosak,pemanggang ajaib lah menjadi tempat hamba untuk berkarya. Hari ini saya buat kek oren yang mudah dan sedap. Anak dan suami suka sangat. Kepada kawan-kawan yang nak cuba, jom saya kongsikan resepi kek oren pemanggang ajaib yang mudah, sedap, lembut serta gebu : Resepi Kek Oren Sukatan Cawan Resepi Kek Oren Simple Mudah Ringkas Senang Bahan untuk resepi kek oren mudah : Satu biji limau (buang urat putih) Satu sudu sunquick Setengah cawan minyak Setengah cawan majerin Dua cawan gula halus Tiga biji telur ayam Blender semua bahan diatas Cara Buat Kek Oren Cara cara membuat kek oren : Bila sudah siap blender, masuk kan ke dalam mangkuk bersama dua cawan tepung gandum dan satu sudu kecil serbuk penaik. Gaul rata pakai senduk. Akhir sekali, panaskan pemanggang ajaib dan bakar guna api paling kecik selama dua puluh minit. Siap. Selamat mencuba semua.

Resepi Jelly Kelapa Sedap Mudah Simple Ringkas Senang

Gambar
 Resepi Jelly Kelapa Sedap Mudah Simple Ringkas Senang. Hari panas kalau dapat bertemu dengan jelly kelapa memang sangat nikmat. Jarang-jarang saya dapat kelapa muda, ini pun dapat dari sedekah jiran. Semoga jiran tersebut terus dimurahkan rezeki. Jom saya kongsikan resepi jeli kelapa yang mudah dan sedap. Resepi Jelly Kelapa Resepi Jeli Kelapa Paling Sedap Simple Tahan Lama Bahan untuk resepi jelly kelapa simple : Sembilan cawan air kelapa muda / Tiga bji kelapa muda serta isinya Sepuluh cawan air Gula secukup rasa Serbuk jelly satu paket ( 10gram ) Cara Buat Jelly Kelapa Cara cara membuat jelly kelapa : Masak sepuluh  cawan air biasa bersama serbuk jelly serta gula sampai hancur Masukkan air kelapa muda serta isinya. Kacau sampai sebati dan matikan api. Tuang jelly kelapa ke dalam bekas Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Siap.

Resepi Biskut Y Sukatan Cawan Sedap Mudah Simple

Gambar
Resepi Biskut Y Sukatan Cawan Sedap Mudah Simple. Ini dia satu lagi resepi biskut raya sukatan cawan yang sedap. Dari kecil sampai sudah berumur saya biskut y menjadi kegemaran saya. Jom saya kongsikan resepi biskut y  gebu dan lembut untuk rujukan kawan-kawan semua. Resepi Biskut Y Sukatan Cawan Resepi Biskut Y Sedap Sukatan Cawan Ringkas Senang Bahan untuk resepi biskut y mudah : Lima cawan tepung gandum 250 gram Buttercup Satu cawan gula pasir Sedikit colour ball ( rujuk gambar dibawah kepada yang belum kenal colour ball ) Colour ball Cara Buat Biskut Y Cara cara membuat biskut y : Gaul semua ( tak perlu putar, tak perlu taruk air ) kecuali colour ball Dah jadi serbuk roti, baru masukkan colour ball  Tekan dalam acuan Y Akhir sekali bakar pada suhu 170 selama 20 minit atau bergantung kepada oven masing-masing. Apabila sudah siap bakar biskut y akan lekang sendiri. Satu lagi, tepung saya tidak goreng tapi saya tambah emplex. Cara nak buat biskut y mudah je kan, selamat mencuba.

Cara Cuci Kuali Yang Hitam Legam Dengan Berkesan

Gambar
Cara Cuci Kuali Yang Hitam Legam Dengan Berkesan. Malam ini saya ingin kongsikan satu petua atau tips untuk membersihkan kuali yang hangus dan hitam legam dengan mudah dan berkesan. Saya dapat cara bersihkan periuk yang hangus ini daripada seorang kawan, semoga perkongsian kuali yang hitam legam dengan mudah dibawah mampu memberi sedikit manfaat kepada semua. Cara Kilatkan Yang Hitam Legam Cara Bersihkan Kuali Yang Hangus Dan Hitam Legam Dengan Betul Tengok dan nilai sendiri betapa hitam dan legam nya kuali saya. Dari mula kahwin duduk rumah mak mertua sampai beranak pinak dan mampu sewa rumah sendiri, inilah rupa kuali kesayangan saya. Umur kuali ini saya sendiri sudah lupa berapa puluh tahun. Bukan apa, saya sayang sangat dengan kuali ni. Kuali ini mempunyai kenangan, nostalgia dan yang paling utama adalah ianya hadiah daripada mak mertua saya. Cara Bersihkan Kuali Guna Soda Bikarbonat Jadi kebetulan ada sedikit masa, saya ambil keputusan untuk kilatkan kuali ini balik. Bahan dan ca

KEREPEK UBI KELEDEK

Gambar
Entah mengapa, sambil kupas kulit ubu keledek masa hendak buat cucur keria, teringat pula nak buat kerepek ubu keledek untuk kudapan Raya. Kebetulan dapat keledek murah di C Mart tadi. Lagipun, tak susah nak buat kerepek ubi keledek. Tak banyak yang perlu ditambah. Hanya kena sabar waktu menggoreng sahaja. Ubi yang telah dikopek tadi, Nurulsham sagat nipis-nipis. Jomlah tengok langkah seterusnya di bawah ni, ya! 1. Ubi yang telah disagat nipis 2. Panaskan minyak. Masukkan ubi yang telah  disagat tadi. Biar seketika. Bila teksturnya  sudah agak keras barulah dikacau dan  diterbalikkan. 3. Anda akan lihat warnanya bertukar oren yang sangat cantik bila ia hampir garing. 4. Angkat dan toskan minyaknya. Letakkan atas kertas tisu atau kertas surat khabar untuk menyerap baki minyak. Sejukkan sebelum  disimpan dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba! Tak rugi buat. Kerepek ini sangat garing, rapuh dan ada rasa manis dari ubi keledek.

Resepi Agar Agar Santan Gula Merah Sedap Mudah

Gambar
Resepi Agar Agar Santan Gula Merah Sedap Mudah. Bulan ramadhan jika dapat berbuka dengan agar agar memang paling sedap. Tambah cuaca panas bawa keluar dari peti ais pula, memang tanpa berselindung nikmat tak terkata. Jom saya kongsikan resepi agar agar santan gula melaka sukatan cawan :  Resepi Agar Agar Santan Gula Merah  Resepi Agar agar Gula Merah Mudah Sedap Gebu Bahan untuk resepi agar agar gula merah simple : Sepuluh gram agar agar tali Satu cawan gula Setengah cawan gula merah Satu keping gula melaka Setengah kotak santan Sebiji telur ayam Cara Buat Agar Agar Gula Merah Cara cara membuat agar agar gula merah : Masak gula merah,gula putih,gula melaka bersama satu cawan air Masukkan sehelai daun pandan Apabila sudah mendidih serta hancur kesemuanya, Letakkan ke  tepi dahulu Pukul telur bersama santan.. Dalam periuk lain,masak agar dengan dua cawan air. Dah mendidih dan hancur,masuk air gula merah tadi. Tunggu sampai mendidih dan kecikkan api dapur. Masukan santan dengan telur tad

Resepi Biskut Denmark Sedap Mudah Simple Sukatan Cawan

Gambar
Resepi Biskut Denmark Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple.  Jangan sesiapa ada yang bertanya kenapa orang Malaysia yang nak raya tapi Denmark yang dapat nama kerana sejujurnya saya pun tidak pernah tahu akan jawapannya dan tak akan membuang masa untuk memikir jawapan tersebut. Bagi saya asal sedap dimakan sudah. Jom saya kongsikan resepi biskut denmark gebu lembut sukatan cawan : Resepi Biskut Denmark Resepi Biskut Denmark Mudah Sukatan Cawan Bahan untuk resepi biskut denmark simple : Satu setengah cawan butter Satu setengah cawan gula Tiga cawan tepung jagung Dua setengah cawan tepung gandum Esen Vanilla Dua biji kuning telur Aising : Dua kati kacang tanah ( sangai dan tumbuk ) Cairkan cooking chocolate bersama shortening, celup biskut dalam coklat dan golek atas kacang tumbuk. Cara Buat Biskut Denmark Cara cara membuat biskut denmark : Adunkan butter bersama gula sampai berkrim Masukkan telur dan kacau sampai sebati Masukkan esen vanilla dan kacau lagi bagi sebati Ayak semua tepung, mas

SENI URAT DAN TITIK NURULSHAM SAIDIN- LUKISAN WARNA AIR

Gambar
Sejak kecil lagi, Nurulsham sangat minat melukis. Waktu kecil, tapak lukisan Nurulsham adalah di atas tanah. Habis penuhlah tanah berpasir di halaman rumah kami jadi tempat melukis.  Masih Nurulsham ingat, ada seorang kawan abang Nurulsham pernah geleng kepala sambil berkata pada abang, "Tiap-tiap kali aku datang, dia ni kerjanya melukis sahaja atas tanah ni." Haha! Sampai ada orang tegur begitu. Tapi, walaupun suka, Nurulsham bukanlah gifted dalam bidang ini. Allah anugerahkan Nurulsham bakat menulis sejak kecil. Sewaktu berumur 11 tahun, Nurulsham dah hasilkan novel kanank-kanak namun tidaklah diterbitkan. Maklumlah... orang kampung yang hidup sekadaran... apalah yang orang tua-tua waktu itu faham tentang bakat anak-anak... . Kerja melukis ini hanyalah hobi sampingan sahaja. Dan minat ini terkubur 6 tahun pula bila Nurulsham mengalami masalah saraf neuron dan sentiasa kejang tangan. Alhamdulillah, selepas mengikuti rawatan dengan pakar, kekejangan ini makin sembuh dan bol