KUIH BANGKIT (GULA DAN SANTAN DISIRA) TANPA BAKING POWDER
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat Nurulsham semua. Hari ini Nurulsham nak kongsikan satu lagi resepi turun temurun yang telah diubah sedikit sebanyak sekarang ini. Inilah resepi kuih bangkit tradisi yang lain sedikit dari yang anda pernah lihat dalam resepi biasa. Sebenarnya, emak Nurulsham... iaitu Tok Anum pun tak pernah buat cara ini. Seingat Nurulsham, sewaktu Nurulsham kecil, Tok Anum pernah buat kuih bangkit, tapi menurut Tok Anum... ada cara lain lagi yang lebih baik dan biasa dibuat orang dahulu kala. Itu pun Tok Anum sendiri dengar dari percakapan orang-orang tua yang lain dan tak pernah belajar buat. Kata Tok Anum, beliau pernah dengar orang-orang dahulu akan masak gula dengan air, dan air sira tadi akan disejukkan, kemudian barulah dimasukkan ke dalam tepung. Lagi satu, kata Tok Anum, orang lama tak pakai pun baking powder untuk naikkan dan kembangkan doh. Sebaliknya, mereka akan simpan doh selama berjam-jam sehingga doh kembang sendiri! Pelik ta...