Postingan

Menampilkan postingan dari Mei, 2017

Resepi Takoyaki Sedap Dan Mudah

Gambar
Resepi Takoyaki Sedap Dan Mudah. Melayan selera anak anak yang suka makan takoyaki. Apabila makanan paling mereka gemar makan susah nak dapat, makanya terpaksalah maknya turun padang untuk sediakan takoyaki homemade. Resepi Takoyaki Mudah Resepi Takoyaki Simple Senang Ringkas Special Jepun Bahan untuk resepi takoyaki mudah : Satu cawan tepung gandum Satu sudu besar tepung jagung Satu setengah cawan air Dua biji telur Serbuk pati ayam sikit Garam sikit Masukkan semua bahan dan kacau hngga sebati Bahan inti takoyaki : Isi ayam ( rebus dan potong kecil ) Sotong ( rebus dan potong kecil ) Udang ( rebus dan potong kecil ) Sosej ( rebus dan potong kecil ) Kobis ( hiris halus ) Daun bawang ( hiris halus ) Cara Buat Takoyaki Simple Cara cara membuat takoyaki dengan mudah : Panaskan acuan takoyaki Jika tiada acuan takoyaki boleh pakai acuan kuih cara Masukkan adunan tepung ke dalam acuan sampai penuh semua permukaan. Letakjan inti serta sayur.. Pakai lidi sate bagi pusing takoyaki tersebut. Bu

KUIH BADAK BERENDAM CARA TOK ANUM RESEPI ZAMAN BERZAMAN

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua sahabat Nurulsham.  Hari ini Nurulsham sempat 'teropong' satu lagi resepi tradisional yang Tok Anum buat sepanjang bulan Ramadhan untuk tempahan majlis berbuka puasa dan untuk jualan di pasar Ramadhan. Nurulsham belanja gambar Tok Anum sedang buat kuih warisan ni. ❤☺☺☺. Kata Tok Anum, kuih ini orang Parit panggil Badak Berendam atau Puteri Mandi. Tetapi, setahu Nurulsham badak berendam ada inti di dalamnya. Puteri Mandi pula di luarnya bersalut kelapa parut dimasak dengan gula merah. Jadi, menghormati peninggalan warisan orang-orang di sana, Nurulsham akan ambil namanya sebagaimana yang Tok Anum sebutkan. Harapan Nurulsham, tiadalah pertikaian di sini..ya. Perlulah Nurulsham ingatkan, resepi orang tua-tua ini, jarang-jarang ada ukurannya. Cara mereka menilai adunan dah elok atau belum adalah melalui deria rasa seperti memicit, menyentuh, merasa dan sebagainya. Nurulsham harap anda bersabar, ya ! Baiklah, jom tengok bahan-bahannya.  ☺☺☺☺

KELAS TEORI TEPUNG DAN PRAKTIKAL PEMBUATAN ROTI DAN LAIN-LAIN

Kini Nurulsham datang ke tempat anda untuk berkongsi pengalaman pembuatan roti. Antara kelas sehari yang disediakan adalah tentang:  teori tepung dan cara mengolahnya menjadi roti yang cantik. Mengenal sifat gluten dan kanji dalam tepung dan kegunaannya Bagaimana tepung dgn gluten yang sama boleh diolah menjadi mee tarik Bayaran Sekitar Pulau Pinang Pihak kami menyediakan perkakasan dan barang masakan Caj untuk sehari adalah:  RM50 seorang untuk pelajar 8-10 orang RM70 seorang untuk pelajar 6-8   orang RM100 seorang untuk pelajar 3-5 orang RM200 seorang untuk pelajar kurang dari 3 orang Untuk kelas di luar Pulau Pinang ada penambahan cas untuk jarak. Harap maklum. Sila pm facebook Nurulsham untuk berbincang  Facebook Nurulsham Harap maklum.

JOM BELAJAR MENDANDAN ROTI (TOCANG 4)

Gambar
Cantik tak? Di sini Nurulsham nak tunjuk cara mendandan roti supaya nampak macam gambar di atas. Cantik kan? Ini adalah dandan 4. Bandingkan dengan dandan 3 di bawah ya. Sebenarnya, dandan 3 pun cantik. Cuma hari ni Nurulsham nak ajak anda berkreatif dan bervariasi. Sesekali tukar angin tentu seronok, kan...? Oklah.. untuk resepi doh yang lembut tapi kental, sila klik link roti bun manis . Menggunakan doh yang anda ambil dari link di atas tadi, anda bolehlah mula buat seperti di bawah. 1. Picit-picitkan tepi doh secara memanjang sambil perlahan-lahan menggulung doh anda menjadi panjang. 2.  Bentukkan doh memanjang dengan cara mengguling dan menarik hujung doh perlahan-lahan. 2.1. Sediakan 2 biji  doh panjang ini 3. Susun doh panjang anda dalam bentuk 'X' dan nomborkan 1 hingga 4 seperti dalam gambar. 4. Ambil hujung 1 dan lipat ke kanan 2 (melalui atas 2) 5.  Angkat doh 3. 5.2. Ambil doh 4 dan bawa ke kiri doh 1 5.3. Bawa ke kiri doh 1 (melalui bawah 3) 5.4. Kemudian letakkan k

ROTI BURGER ALA NURULSHAM

Gambar
Roti burger Nurulsham ditambah dengan kerepek bayam, telur mata kerbau, sambal, tomato dan taugeh. Semuanya homemade! Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat Nurulsham semua di mana sahaja anda berada. Nurulsham suka sangat makan roti. Pernah sekali waktu mengandung, Nurulsham nak makan roti sahaja dan tak mahu makan nasi. Tapi, roti yang dibeli biasanya ada bahan penambah yang Nurulsham memang allergy.   Jadi, mahu tidak mahu terpaksalah belajar buat roti sendiri. Roti burger inilah yang paling Nurulsham suka buat. Memang best sebab bila siap kita boleh tambah apa-apa sahaja sesedap rasa... kan? Oh ya! Untuk resepi asas bun manis, sila klik bun manis asas Untuk membentuk roti burger adalah perkara paling mudah. Anda hanya perlu bulat-bulatkan menggunakan teknik yang Nurulsham tunjukkan di link di atas, ya. 1. Bulat-bulatkan doh dan simpan seketika. 2. Masukkan dalam acuan atau terus atas talam logam 3. Sapu pelicau (susu tepung+air masak) yang dibancuh pekat. 4. Taburkan bijan 5.

KERABU MANGGA KELAPA PARUT DISANGAI

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat Nuruulsham semua.  Pernah tak anda makan kerabu mangga?  Nurulsham suka sangat kerabu mangga ini. Ada beberapa jenis kerabu mangga yang Nurulsham pernah rasa contohnya mangga masam ditumbuk dengan ikan kering dan cili padi, kerabu mangga Thai (ala somtam), sambal mangga dan yang ini: kerabu mangga dengan kelapa parut disangai. Kerabu mangga ini sedap dimakan dengan ulam-ulaman seperti pegaga, kemangin, beluntas dll Nurulsham belajar buat kerabu mangga jenis ini dari Cik Ayu, iaitu biras Nurulsham. Cara ini biasa dibuat oleh orang-orang di kampung beliau di Titi Serong, sebuah kawasan penempatan bersawah yang sangat luas dan tentunya banyak pokok mangga, kan...? Baiklah, jom kita lihat bahan-bahannya. Buah mangga putik Cili padi Kelapa disangai (goreng tanpa minyak) Ikan bilis goreng Garam dan gula secukup rasa. Ulam-ulaman Cara-caranya: 1.  Sangai kelapa selama 5 minit sehingga sedikit perang 1.1. Kelapa yang telah siap disangai Bahan-bahanny

ROTI GOLOK CINNAMON ALA NURULSHAM

Gambar
Kenapa ada 'Ala Nurulsham' pula ya?  Sebenarnya resepi roti golok viral yang anda lihat sebelum ini diambil dari resepi adunan donat, kemudian dipintal seperti mendandan rambut. Dan oleh kerana dandan ini mudah terbuka bila digoreng, maka roti golok ini dibakar supaya bentuknya tetap elok. Jadi, oleh kerana hari ini Nurulsham berhasrat untuk membuat roti burger sebab suami suka makan... dan kebetulan pula ada doh lebih, Nurulsham pun mendandanlah doh ini supaya jadi seperti roti golok. Tak sempat dah sebenarnya nak buat doh baru roti golok yang sebenar. Apa bezanya roti yang Nurulsham buat ni?  Roti yang Nurulsham buat ini menggunakan tepung protin tinggi, jadi rotinya akan naik lebih lagi. Waktu memasak dan mengulinya juga lebih lama. Untuk cara buat dan uli doh, sila klik bun asas . Seterusnya, untuk membentuk dandan, sila rujuk cara-caranya di bawah ini. 1. Doh dibiarkan selama 1/2 jam atau setelah ia  naik dua kali ganda. Jangan lupa tudungkan doh anda supaya tidak terkena