Resepi Kuih Kasturi Sukatan Cawan
Resepi Kuih Kasturi Sukatan Cawan Sedap Senang Ringkas. Assalamualaikum, suasana kampung saya petang ini redup sahaja. Tetiba suami teringin nak makan kuih kasturi yang sedap, lembut dan rangup hasil air tangan isterinya. Ada juga sesetengah orang panggil kuih kacang hijau.Bahan pun sudah suami saya beli semalam, jadi okey sahaja. Saya kongsikan resepi kuih kasturi rangup sukatan cawan :
Resepi Kuih Kasturi |
Resepi Kuih Kasturi Sukatan Cawan Rangup Mudah Simple
Bahan untuk resepi inti kuih kasturi :
- Satu cawan kacang hijau ( rendam beberapa jam )
- Air untuk rebus
- Setengah cawan gula pasir
- Tiga sudu besar kelapa parut muda
- Tiga sudu besar tepung gandum
Bahan untuk resepi kulit kuih kasturi :
- Satu cawan tepung beras
- Satu sudu besar tepung jagung
- Satu sudu kecil kunyit serbuk
- Setengah sudu kecil air kapur
- Air secukup rasa
- Garam sikit
Cara Buat Kuih Kasturi
Cara carea membuat kuih kasturi :
- Rebus kacang hijau yang telah direndam sampai lembut dan kering airnya. Tapi jangan sampai hangus nanti tak sedap.
- Masukkan kelapa, gula serta tepung gandum. Gaul sebati dan sejukkan.
- Ambil sedikit adunan, bentukkan bulat dan tekan sedikit.
- Bancuh bahan kulit kueh kasturi sampai sebati.
- Celup bahan inti kuih kasturi ke dalam bahan kulit kuih kasturi tadi.
Akhir sekali, panaskan minyak dan gorengkan kuih kasturi sampai warna bertukar kekuningan. Toskan dan sejukkan kan. Siap untuk dimakan. Kalau nak buat kuih kasturi frozen pun boleh, masak sekejap atas dapur tapi jangan lama sangat kemudian simpan dalam peti ais Selamat mencuba.
Komentar
Posting Komentar