KHASIAT TUNGKU BESI TRADISIONAL BERBALUT DAUN MENGKUDU BAGI PESAKIT TULANG BELAKANG BAHAGIAN LOWER BODY.
Assalamualaikum sahabat Nurulsham di mana sahaja anda berada.
Nota- Ini adalah bertungku untuk menguatkan otot sekitar tulang belakang, bukannya bertungku untuk wanita berpantang. Harus dibuat setiap minggu sekitar dua kali seminggu dan terus istiqomah. Semoga anda diberi kesihatan untuk menjalani hidup seharian.
Seperti yang Nurulsham ceritakan sebelum ini, Nurulsham kebiasaannya akan bertungku dua kali seminggu. Hanya sewaktu Nurulsham mengikut rawatan dan makan ubat saraf baru-baru ini sahaja Nurulsham berhenti bertungku. Ini adalah kerana daun mengkudu sendiri mempunyai enzimnya yang tersendiri di mana Nurulsham khuatir ia akan berlawan dengan bahan kimia dalam ubatan.
gambar kredit kepada yuitsumuni.com -tungku yang baik harus sedikit berbentuk pipih dan seperti penyauk di muncungnya. |
Sewaktu Nurulsham bertemu pakar terapi tulang belakang di Jabatan Fisioterapi, Nurulsham memang disarankan bertungku menggunakan tungku air untuk merawat otot-otot yang keradangan di sekitar tulang Nurulsham yang mengalami prolapse. Bertungku itu tidaklah membantu masalah tulang, tetapi ia membantu mengurangkan keradangan di otot sekitar tulang yang bermasalah.
Sejak dua hari kebelakangan ini, Nurulsham sakit sangat pinggang ke bawah. Nurulsham berhenti sekejap ubat saraf, dan kembali bertungku. Alhamdulillah, sakit di pinggang sudahpun berkurang.
Jom Nurulsham share khasiat bertungku mengikut pengalaman Nurulsham, dan bukannya mengikut pembacaan di mana-mana. Ini hanyalah tips-tips dari orang-orang tua di sekitar Nurulsham. Tindakbalas pemulihan badan Nurulsham dan anda semua mungkin ada persamaan atau perbezaan. Jadi, pandai-pandailah anda memilih untuk mengikut mana yang bersesuaian dan banyakkan yakin bahawa ikhtiar itu adalah wajib tetapi kesembuhan itu adalah pemberian Allah secara mutlak.
Daun mengkudu biasanya bertambah cantik sekiranya pokoknya ditumpang oleh kerengga. Kerengga akan makan serangga perosak yang datang ke tanaman ini. |
Wap dari mengkudu memanaskan badan dan membantu mengeluarkan peluh-peluh lama yang tersumbat @ peluh jantan. |
Boleh juga bertungku dalam keadaan duduk untuk menguatkan otot paha, punggung , vagina, betis dan tapak kaki. Semua ini dapat membantu menyokong tulang belakang anda melalui cara mewujudkan otot-otot sekitar yang kuat dan dapat berdikari tanpa perlu bergantung sepenuhnya pada tulang belakang (lower back). Pastikan badan anda tetap berbalut dengan selimut. |
Nota- Ini adalah bertungku untuk menguatkan otot sekitar tulang belakang, bukannya bertungku untuk wanita berpantang. Harus dibuat setiap minggu sekitar dua kali seminggu dan terus istiqomah. Semoga anda diberi kesihatan untuk menjalani hidup seharian.
Jika anda tiada tungku besi, anda boleh pergi ke sungai mencari batu bulat yang leper untuk dijadikan tungku batu |
Komentar
Posting Komentar