8 LANGKAH PALING SIMPLE UNTUK BUAT KUETIAU HOMEMADE TANPA MESIN

Selepas buat mee sendiri baru-baru ini, sedarlah Nurulsham, sebenarnya tak susah pun buat mee dan kuetiau ni.  Bagi orang yang biasa menguli roti, atau pau, atau buat roti canai... mereka akan kata... buat mee dan kuetiau lah yang paling mudah sekali.

Selama ini, kita rasa susah kerana kita memikirkan yang kita harus ada mesin... betul tak...?  Sebab Nurulsham pun camtu... selama ini dikelilingi oleh tembok yang dibina oleh fikiran sendiri. Hm...


Okay lah... jom kita teruskan dengan resepi kuetiau kita. Untuk resepi mee klik Resepi Mee Kuning Homemade

Bahan-bahan:

  1. Tepung gandum 1 cawan
  2. Tepung beras 1/2 cawan (buangkan sedikit lagi dalam 1 sudu)
  3. Putih telur   2 sudu
  4. Sedikit tebung ubi sebagai pelekat (1 sudu)
  5. Air secukupnya untuk menguli
Bahan untuk kerja:
  1. Air menggelegak tambah sedikit garam dan minyak untuk merebus kuetau
  2. Sedikit minyak untuk gaul dengan kuetiau

Cara-cara:

1.  Campurkan tepung gandum, tepung beras dan tepung ubi.
2. Masukkan telur putih.  Tuang air sedikit demi
sedikit sambil menggaul tepung
3. Uli doh anda sehingga sebati.

4. Uli doh sehingga ia konsisten (kelihatan seperti
doh roti tetapi doh kuetiau tidak kenyal)
5.  Potong doh dan buat bulatan kecil
 supaya mudah mencanai
Video ~  Potong doh menggunakan pisau


Video ~ gaul dalam tepung, sedia untuk direbus


6. Canai doh sehingga nipis.  Letakkan banyak tepung
 untuk elak dari melekat. Lipat doh  2 kali dan mula
memotong guna pisau.
7. Rebus dalam air mendidih (campur mnyak dan garam)
selama 2 minit. Angkat setelah kuetiau jernih.

8.  Angkat kuetiau yang telah masak dan toskan. Campur
sedikit minyak dan gaul untuk elak kuetiau melekat.

(maaf, lupa ambil gambar untuk bahagian ini)

Inilah hasilnya kuetiau homemade yang telah digoreng.
Rasanya kental dan sedap.
Untuk cara buat Tauhu Telur/Jepun klik  Resepi Tauhu Jepun

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Resepi Biskut Buah Kana Sedap Mudah Sukatan Cawan

Resepi Biskut Kacang Hijau Sukatan Cawan Sedap Mudah

Resepi Biskut Arab Pelangi Sukatan Cawan