Postingan

JOM KENAL ULAM-ULAMAN

Gambar
Hari ni adik Nurulsham, Mimi namanya datang ke rumah bawa ulam-ulaman dan sayur-sayuran dari rumahnya. Apabila beliau mendengar Nurulsham buat Puasa Sayur , beliau pun sama teruja dan dikutipnya pucuk-pucuk muda dari kebun untuk diberikan pada Nurulsham. Pucuk-pucuk kayu yang dibawanya semuanya menarik-menarik belaka. Asyik betul Nurulsham dengar penerangan beliau tentang khasiat setiap sayur-sayuran tersebut. 1. Beluntas 2. Selasih 3. Belalai gajah 4. Kemangin 1.  Bunga kantan 2. Pegaga   Gajah 3.  Belalai gajah 4.  Ceri Barbador 5. Selasih   6.  Ulam Raja 7.  Kemangin 8. Pucuk Limau Purut 9.  Cili Padi/ Cabai Melaka 10. Ulam Raja 11.  Kemangin 12.Selasih 13. Bayam Pasir/kampung Berikut Nurulsham senaraikan ilmu tentang ulam herba yang Nurulsham dapat dari Puan Mimi. Belalai Gajah - mencegah kanser (namun tidak disyorkan pada orang yang sudah terkena kanser). Daun Belalai gajah ini sangat sedap dibuat goreng tumis dengan ikan bilis dan bawan...

Cara Buat Telur Masin Guna Air Garam

Gambar
Cara Buat Telur Masin Guna Air Garam.  Banyak orang yang suka makan telur masin. Mudah je cara nak buat telur masin..Rasa puas hati bila kita pandai buat sendiri telur masin sebab lebih sedap dan lebih bersih. Cara Buat Telur Masin Resepi Telur Masin Homemade Lima belas biji telur itik yang sudah dibersihkan serta dikeringkan Lima ratus gram garam kasar Dua liter air Cara Buat Telur Masin Itik Cara cara membuat telur masin : Masak air besama garam sampai larut dan biarkan semalaman. Masukkan telur ke dalam balang atau bekas yang bertutup dan tuang air garam sampai semua telur terendam.  Akhir sekali, biarkan selama sepuluh hingga dua belas hari. Oh ya, kalau nak guna telur ayam untuk buat telur masin guna resepi yang saya kongsikan kat atas pun boleh. Atas selera masing-masing.Selamat mencuba semua.

RENDANG PEDAS TOK ANUM RESEPI ZAMAN BERZAMAN

Gambar
Nurulsham belanja gambar foto sedang masak rendang. Happy sangat sebenarnya sebab dah lama tak buat rendang legend ni. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Lama dah Nurulsham teringin buat rendang ala Tok Anum ni. Tok Anum, emak Nurulsham berasal dari Parit di Perak. Orang sana pandai buat Rendang Tok, tapi Rendang Ala Tok Anum ini dah diubah suai untuk sesuaikan dengan selera orang Pulau Pinang. Dapat resepi ni pada Nurulsham, Nurulsham ubah sikit lagi dengan menambahkan serbuk kari. Ini kawan Nurulsham dari Johor yang ajarkan. Rendang ni memang sedap. Nurulsham masa jual pizza dulu hari-hari buat rendang ni, sebab Nurulsham jual Pizza Rendang. Doakan Nurulsham ada masa ya untuk poskan ke sini resepi Pizza Rendang pula ya. Ok, jom tengok bahan-bahannya. Ayam 1 ekor  dipotong 16 Bawang besar 3 biji (kisar) Halia 2 ibu jari (kisar) Daun pandan 1 helai disimpul Kerisik RM1.00 Serbuk kari 1 senduk Daun kunyit 3 helai dihiris nipis Gula merah 1 senduk Kunyit 2 sudu besar Asam ...

CENDOL SAGU YANG MENYEJUKKAN BADAN

Gambar
Kebetulan hari ini suami Nurulsham bawa balik tiga pokok pandan yang besar-besar dari tempat kerjanya. Ada kerja melupuskan hutan pandan di sana, dan sayang pula rasanya dibiarkan daun pandan terbuang begitu sahaja. Nurulsham teringat nak buat cendol sagu, apa lagi sekarang musim panas dan hampir bulan puasa pula. Cendol sagu Nurulsham ini sebenarnya cendol biasa ditambah dengan sagu yang dimasak pekat seperti kuih sagu, namun dicedok(bukan dipotong) dan ditambah ke dalam cendol biasa tadi. Inilah kali kedua Nurulsham buat cendol asas. Yang kali pertama buat, cendolnya kurang cantik. Kali ni Alhamdulillah... tekstur cendolnya lebih licin, kental dan sedap dimakan. Untuk resepi cendol asas bolehlah klik  resepi cendol . Untuk resepi cendol sagu ini, ianya sama sahaja cuma Nurulsham tambahkan sagu pula menggantikan pulut dan kacang merah. Cendol sagu ini sangat baik untuk kesihatan kerana ia menyejukkan badan. Tok Anum dahulu rajinlah buat cendol sagu ini pada bulan puasa. Kalau ada ...

Resepi Aiskrim Milo Homemade Sedap Mudah Gebu Simple

Gambar
Resepi Aiskrim Milo Homemade Sedap Mudah Gebu Simple . Petang tadi kami sekeluarga pekena aiskrim milo homemade yang rasanya sama sebiji dengan aiskrim milo yang jual di kedai. Resepi aiskrim milo mudah sahaja, saya guna resepi aiskrim milo tanpa telur : Resepi Aiskrim Milo Homemade Resepi Ice Cream Milo Mudah Ringkas Senang Best Bahan untuk resepi aiskrim milo simple : Satu tin susu cair Satu sudu besar ovalette Dua sudu besar susu pekat manis ( kalau rasa kurang manis sila tambah hingga secukup rasa) Satu sudu kecil esen vanila Milo secukupnya ( tak kisah nak letak banyak mana, kalau takde milo pakai serbuk koko pun boleh ) Cara Buat Aiskirm Milo Malaysia Cara cara membuat aiskrim milo mudah : Campurkan semua bahan kemudian pukul guna mixer or blender sampai sebati serta pekat ( tempoh masa dalam sepuluh hingga lima belas minit ) Kemudian, tuang ke dalam bekas dan sejukkan semalaman. Sedikit nota resepi, kalau tak suka milo boleh sahaja tukar perisa lain misalnya strawberi, keladi, j...

BAYAM GORENG TEPUNG RANGUP

Gambar
Bayam goreng tepung yang sangat rangup dan sedap. Anda pernah tak beli bayam goreng tepung di pasaran. Kalau anda pergi ke Kundasang di Sabah, inilah kudapan yang dijual di dalam peket di serata gerai. Betul tak? Mungkin sebab daun bayam di sana gemuk-gemuk dan lebar, jadi mudahlah dibuat goreng celup tepung ini. Hari ini Nurulsham balik kampung dan sama-sama mengutip ulam-ulaman di sekitar rumah mak Nurulsham iaitu Tok Anum.  Dapatlah Nurulsham ulam putat, daun janggus, daun bayam dan cili padi. Tok Anum hendak beri Nurulsham daun bebuas dan mulberi tapi Nurulsham rasa hasil kutipan hari ini sudah lebih dari mencukupi. Dah seraga penuh pun... . Daun janggus, putat, bayam dan cili api (cili api tak nampak dlm gambar) Lalu bermulalah proses nak buat bayam celup tepung ni.  Daun bayam dibasuh selawat terlebih dahulu. Nurulsham gunakan tepung beras sahaja. Boleh juga campurkan tepung jagung kalau mahu bayam anda lembut sedikit. Tepung beras membuatkan bayam anda rangup dan agak k...

Resepi Roti Butter Golok Sukatan Cawan Lembut Gebu

Gambar
Resepi Roti Butter Golok Sukatan Cawan Lembut Gebu.   Salam semua, apa khabar ? Moga dalam keadaan baik semua. Hari ini saya nak kongsi resepi roti butter golok viral di laman sosial. Resepi roti butter golok mudah je, saya guna resepi roti butter golok gebu sukatan cawan. Resepi Roti Butter Golok Resepi Roti Butter Golok Mudah Sedap Ringkas Simple Bahan untuk resepi roti butter golok sedap : Satu cawan air suam Satu paket yis Empat sudu gula Dua sudu susu pekat Dua sudu planta Tiga setengah cawan tepung Satu biji telur Cara Buat Roti Butter Golok Cara cara membut roti butter golok : Campurkan yis dengan air, biarkan yis rehat serta berbuih Pukul telur sedikit Campurkan gula, susu pekat, planta serta telur ke dalam bekas yang telah diisi dengan tepung. kacau sebati Curah bancuhan yis sikit demi sikit ke dalam tepung tersebut ( Ikut pada keperluan tepung, ada masa tak payah pakai kesemua air bancuhan yis tadi. Asalkan uli menjadi doh yang lembut serta tak melekat ditangan dah okey) ...