CARA-CARA UNTUK SEDIAKAN JUS NONI/MENGKUDU PERAM
Salam Jumaat dan salam sejahtera untuk sahabat Nurulsham semua... Memandangkan sekarang musim hujan petang yang lebat setiap hari... buah-buah mengkudu di pokok yang Nurulsham tanam banyak yang jadi besar-besar dan cantik... kemudian luruh begitu sahaja. Sayang pula rasanya dibiarkan terbuang. Lagipun, yang minum jus mengkudu segar ni Nurulsham seorang sahaja. Jus mengkudu memang bagus tetapi tak boleh juga diambil terlalu kerap. Kalau ikut kepercayaan orang melayu mengikut penggunaan dalam bahasa kita... kita katakan sebagai panas. Secara saintifiknya, apa yang Nurulsham faham, buah mengkudu mempunyai terlalu banyak enzim, sebab itu tak boleh juga diambil berlebihan. Buah besar-besar untuk jus dan daun untuk bertungku. Nurulsham pernah belajar cara menguruskan buah mengkudu mengikut cara orang Hawaii. Di sana, mengkudu akan diperam selama berbulan-bulan dan ada yang bertahun-tahun. Hasil peraman ini amat masam, dan diminum sedikit demi sedikit. Buah mengkudu masak akan dimasukk...