Postingan

BUAT BAHULU SANTAN CARA TOK ANUM

Gambar
Assalamualaikum sahabat Nurulsham... Harini Nurulsham nak share resepi turun temurun yang autentik, sebab tiada campuran baking soda, pewarna atau bahan-bahan kimia yang lain. Resepi sihat ini Nurulsham belajar dari mak Nurulsham, Tok Anum namanya. Nurulsham mula buat bahulu dari tahun empat, dan bahulu santan pula masa tahun enam. Masa tu Tok Anum tunjukkan cara sahaja. Nurulsham buat tiga kali barulah jadi betul-betul. Masa tu juga, oven belum ada... jadi kami guna tin sebagai oven dan sabut sebagai bahan bakar di bahagian atas. Nostalgia betul... siapa yang pernah rasa pengalaman macam Nurulsham, sila angkat tangan.😀😀😀 Ok lah, dah lama berceloteh... jom kita lihat resepinya. Bahan-bahan: Telur secawan Gula secawan Tepung satu suku cawan Lima helai daun pandan ditumbuk (daun pandan jangan dipotong, sebaliknya dipintal baru ditumbuk supaya bila memerahnya, ia tidak berkecai) Santan pekat setengah cawan Cara-caranya; Daun pandan yang telah ditumbuk hancur dicampur dengan santan ...

TEMUJANJI DOKTOR PSIKIATRI KALI PERTAMA~APAKAH SOALAN YANG AKAN DITANYA

Gambar
Tulisan ini adalah sambungan dari  Anxiety Disorder dan Tanggapan Masyarakat 2 Assalamualaikum sahabat Nurulsham semua, Hari ini Nurulsham akan ceritakan pengalaman pertama kali bertemu doktor psikiatri. Uniknya di unit ini, kita akan sentiasa dirujuk pada doktor yang sama. Jadi Nurulsham merasa amat selesa kerana tidak perlu bercerita semula setiap kali berjumpa doktor, kerana doktor telah mengenali pesakitnya. Hari pertama Nurulsham sampai di situ, Nurulsham diperiksa oleh Dr. Kala, seorang doktor berbangsa India yang berwajah manis. Orangnya masih muda dan sedang hamil anak pertama. Mulanya, dia kelihatan hairan melihat Nurulsham, kerana jika dilihat dari luaran, Nurulsham tidak kelihatan seperti pesakit yang lain. Waktu itu, Nurulsham ditemani suami. Suami Nurulsham tidak mengizinkan pada mulanya. Namun, Nurulsham telah berbincang dengannya, dan menegaskan bahawa Nurulsham sendiri telah memilih untuk menerima rawatan psikiatri, dan sanggup menerima apa jua kesan dari pilihan Nu...

MEE GORENG UDANG LIPAN YANG AUTENTIK

Gambar
Assalamualaikum rakan blog Nurulsham semua, Hari ini Nurulsham nak share resepi mee goreng udang lipan Nurulsham. Sebenarnya, mee ini sama juga macam mee yang biasa anda buat. Cuma yang special  di sini ialah udang lipannya. Untuk menyiang udang lipan, anda harus menggunting kepala dan ekornya, begitu juga bahagian tajam di kiri kanan badannya. Potongan yang begini membuatkan kita mudah mengopek udang ini sewaktu hendak makan. Seterusnya kita lihat bahan-bahannya 😊 10-15 biji cili kering digunting tengah dan direbus untuk dilembutkan dan dibuang biji 4 biji bawang besar Empat ulas bawang putih Semangkuk air perahan  asam jawa 2 senduk kicap manis Sawi 2 pokok Taugeh seringgit, lebih kurang dapat 2 mangkuk 300 gram udang lipan 2 bungkus mee kuning Sebiji telur Cara-cara; Cili kering, bawang besar dan bawang putih dimesin halus. Panaskan 2 senduk minyak dan tumis bahan-bahan yang dimesin tadi. Kacau sehingga naik minyak. Masukkan perahan asam jawa dan kacau. Masukkan kicap dan ...

AKU, MASYARAKAT INDIA DAN CINA

Gambar
Si comel Wiskurni Qubaa, anak ke 5 Nurulsham yang berwajaan kecinaan, mengikut keturunan cina sebelah aruah bapa Nurulsham. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua sahabat Nurulsham.... Kali ini Nurulsham nak kongsi satu lagi cerita yang menarik, yang berjaya mengubah tanggapan Nurulsham pada kepelbagaian bangsa di Malaysia yang damai lagi permai ini. Untuk mengambil mood ala-ala novel, Nurulsham akan gunakan perkataan aku...😀😁😁😁. Baru la ada unsur suspens dan thriller nya. Ok... selamat membaca! Tengahari  itu matahari begitu galak memancarkan cahayanya. Panasnya Tuhan sahaja yang tahu. Terasa seperti ada haba yang keluar dari atas kepala. Peluh renek mula menjengok di celah-celah tudung. Kereta kancil biru  yang kupandu, kini berada di simpang. Aku masih menunggu peluang untuk keluar dan membelok ke kiri. Kereta kepunyaan adik ini sudah agak uzur, namun amat berjasa pada kami. Apa yang tidak kami buat dengan kereta kecil comel itu? Sekecil-kecil hingga sebesar-b...

ANXIETY DISORDER DAN TANGGAPAN MASYARAKAT 2

Gambar
Tulisan ini adalah sambungan dari  anxiety-disorder-dan-tanggapan.masyarakat Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua sahabat Nurulsham, Hari ini Nurulsham akan sambung lagi tulisan Nurulsham tentang tanggapan masyarakat tentang penyakit Anxiety Disorder. Selepas berjumpa Dr. Nabilah, kami pulang dengan perasaan masih keliru dan tidak pasti apa yang harus dibuat. Jika di pihak diri Nurulsham, Nurulsham risau dengan pandangan orang, di pihak suami pula... dia khuatir tentang ubat yang akan Nurulsham ambil jika benar disahkan menghidap penyakit ini. Suami Nurulsham benar-benar tidak suka kerana ubat untuk penyakit ini adalah drugs . Ubatnya adalah amat terkawal. Dan lebih merisaukan, dia khuatir Nurulsham terpaksa bergantung pada ubatan itu seumur hidup. Apabila saudara bertanya, apa kata doktor tentang jantung Nurulsham, Nurulsham memberitahu yang kemungkinan masalah jantung ini berpunca dari otak, ramai yang kelihatan berubah wajah mereka. Bila disebut tentang otak... haluan fik...