Kelmarin rumah emak saudara suami Nurulsham ada kenduri. Petangnya, emak saudara datang rumah hantar lauk ayam masak merah dua bungkusan plastik. Memang banyak sangat. Kami beri pada jiran dan makan di rumah malam itu. Itupun masih banyak berbaki.
 |
| Ayam yang telah diasingkan tulang. |
Rasa sayang juga tengok ayam tu, khuatir terbuang. Lalu Nurulsham fikir, elok juga kalau Nurulsham asingkan tulangnya, dan ambil isi ayam, goreng sampai kering untuk dijadikan serunding.
 |
Masak atas api perlahan dan kacau hingga daging ayam terlerai dan kering. |
Alhamdulillah, serunding Nurulsham hampir siap. Nurulsham bercadang hendang keringkan lagi, kemudian kisar hingga halus untuk dibuat inti kuih simpul kasih.
Sementara itu, di dalam peti ais ada kulit popia dan ubi kentang. Sudah lama rasanya Nurulsham tak buat satu resepi istimewa rekaan anak perempuan Nurulsham, iaitu popiah kentang.
Teringat pula hendak makan popiah kentang malam ini. Sedapnya popiah kentang ni dan sangat mengenyangkan.
Jom tengok resepinya.
Bahan-bahannya:
- 4 biji kentang direbus dan dilenyek
- daun bawang 1 pokok
- daun sup 2 dahan.
- cabai hidup 1 biji (untuk pedaskan)
- Kulit popiah secukupnya.
- sedikit tepung gandum sebagai pelekat
- serunding atau ikan bilis goreng atau sosej goreng (dikisar halus)
Cara-caranya:
 |
| Kentang direbus hingga empuk |
 |
| Lenyekkan kentang |
 |
Masukkan hirisan daun sup, daun bawang dan lobak. Boleh juga tambah lada jika suka pedas. gaul-gaulkan hingga sebati. |
 Cantik tak warna adunan kentang ni?
 |
| Bahan-bahan kentang lenyek, tepung pelekat, serunding, kulit popiah |
 |
Kaut adunan kentang tadi dan letak di atas kulit popiah. Buat seperti dalam gambar. Kemudian tambahkan serunding atau apa-apa lauk yang anda sukai. |
 |
| Gulung popiah anda dengan berhati-hati. |
 |
Tinggalkan sedikit hujung kulit popiah untuk disapu tepung yanng ditambah sedikit air sebagai pelekat. |
 |
| Panaskan minyak dan goreng popiah anda sehingga kekuningan |
 |
Angkat popiah yang telah kekuningan dan letak dalam penapis yang dilapik kertas tisu dapur untuk menyerap minyak. Potong popiah anda dan hidangkan dengan sos atau mayonis. |
Sedapnya makan popiah panas-panas. Suami dan anak-anak Nurulsham suka sangat makan popiah ni. Yang paling
bestnye, makan sebatang pun dah kenyang..hehe! Ubi yang banyak itu adalah sebagai pengganti nasi untuk makan malam. Kalau ada nasi lebih, boleh juga goreng dan balut dalam kulit popiah ini. Sedap... cubalah!
Komentar
Posting Komentar