Resepi Kuih Sagu Merah Mudah Simple Sukatan Cawan
Resepi Kuih Sagu Merah Mudah Simple Sukatan Cawan. Alhamdulillah sempat siap kan kuih sagu merah yang mudah dan sedap untuk jemaah surau pada maghrib nanti. Kuih sagu tradisional ini senang sahaja nak buat, bahan-bahan yang digunakan pun murah. Saya sertakan resepi kuih sagu simple ;
![]() |
| Resepi Kuih Sagu Merah Mudah |
Resepi Kuih Sagu Sukatan Cawan Lembut Ringkas Tradisional
Bahan untuk resepi kuih sagu mudah :
- Satu cawan sagu biji
- Tiga cawan air
- Lima helai daun pandan
- Satu cawan gula
- Dua hingga tiga sudu ibu sirap ros
- Kelapa parut ( putih sahaja, gaul dengan garam dan kukus lima minit )
Cara Buat Kuih Sagu
Cara cara membuat kuih sagu :
- Basuh sagu dan toskan
- Panaskan air bersama daun pandan,
- Apabila sudah mendidih masukkan sagu
- Masukkan sirap ( ikut suka nak pekat atau nak cair )
- Kacau selama sepuluh minit , masukkan gula
- Sambung kacau lagi sampai likat
- Sapukan acuan menggunakan minyak masak
- Tuang adunan kuih sagu ke dalam acuan
- Kukus selama lima belas minit.
- Siap
Dah siap, biarkan kuih sagu sejuk kemudian tabur atau golekkan kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam sebentar tadi. Selamat mencuba.

Komentar
Posting Komentar