Resepi Ketupat Sotong Terengganu Asli Original Tradisional
Resepi Ketupat Sotong Terengganu Asli Original Tradisional. Minggu ini adalah minggu ketupat sotong bagi saya kerana sudah kali kedua buat ketupat sotong. Anak suka sangat makan. Saya kongsikan resepi ketupat sotong versi terengganu disini untuk rujukan semua.
![]() |
| Ketupat Sotong Terengganu |
Resepi Ketupat Sotong Terengganu Original Sedap Simple Mudah
Bahan untuk resepi ketupat sotong terengganu mudah :
- Satu kilogram sotong ( bersihkan, kalau nak kuah yang putih boleh buang kulitnya tapi saya tida buang sebab nak bagi kuah jadi warna pink pink gitu )
- Dua ratus gram beras pulut ( cuci, tos dan rendam bersama secawan santan pekat dan sedikit air selama satu jam )
- Tiga cawan santan pekat ( untuk kuah )
- Sedikit halba
- Dua sentimeter halia ( mayang halus )
- Satu biji bawang merah ( mayang halus )
- Lidi
Cara Buat Ketupat Sotong Terengganu
Cara cara membuat ketupat sotong terengganu :
Cara cara membuat ketupat sotong terengganu :
- Masak beras pulut yang telah direndam santan sehingga separuh masak sahaja guna api sederhana. Tutup dan biarkan sejuk
- Apabila pulut sudah sejuk, masukkan ke dalam perut sotong tapi jangan sampai penuh.
- Masukan kepala sotong dan cucuk dengan lidi.
- Masukkan santan pekat, bawang, halia dan halba serta sotong ke dalam periuk dan masak menggunakan api perlahan sampai pulut dan sotong masak.
Dah siap boleh lah dihidangkan untuk santapan seisi keluarga. Selamat mencuba.
> Resepi Ketupat Sotong Kelantan Asli Original Tradisional

Komentar
Posting Komentar