KOPI-O 'KAW-KAW' ALA BESAN TOK ANUM

gambar hiasan


Pernah tak anda pergi rumah orang, terutamanya rumah orang tua-tua... kemudian anda dihidangkan kopi... dan kopinya TERBAEKKK... tak pernah anda rasa macam tu sedapnya walaupun anda pergi ke kopitiam terkemuka.

Agak-agaknya, apalah yang ada dalam kopi tu ya... sampai begitu sedap, secukup rasa dan buat anda ketagih?

Hari ni Nurulsham nak share resepi bancuh kopi cara orang lama kita. Resepi ni dapat dari tok besan emak Nurulsham... iaitu ibu mertua kakak sulung Nurulsham. Beliau (aruah) memang sangat-sangat pandai dalam 'seni kopi-mengopi' ini.

Bahan-bahan:
  1. kopi 1 senduk
  2. gula 1 1/2 hingga 2 senduk (ikut tahap manis yang anda suka)
  3. Air suam/sejuk sedikit sahaja
  4. air panas baru masak  1.5 liter (penuh jag kecil seperti dalam gambar)
  5. kasih sayang tak berbelah bagi seorang pembancuh kopi....hehe
Masukkan 2 senduk gula dalam jag (boleh kurangkan gula
ikut tekak anda)

Masukkan 1 senduk kopi
Gaulkan kopi dan gula sehingga sebati
Masukkan sedikit air sejuk atau air
suam dan kacau kuat-kuat, kemudian
peram campuran ini sambil menutup tudung jag.
Peram 10 hingga 20 minit untuk dapatkan
konsistensi kopi yang sempurna.
Tambah air panas baru masak  dan kacau
 lagi sehingga rata. Tudung dan biarkan
kopi anda seketika.
Wah! Kopi anda sudah siap untuk diminum.

Selamat mencuba. Memang sedap. Kalau dapat kopi kasar lagi baik sedap resepi ini lebih menjadi.

Bye semua!

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Resepi Biskut Buah Kana Sedap Mudah Sukatan Cawan

Resepi Biskut Kacang Hijau Sukatan Cawan Sedap Mudah

Resepi Biskut Arab Pelangi Sukatan Cawan