BUAT KULIT POPIAH @ POPIA SENDIRI DI RUMAH
Sudah lama Nurulsham hendak upload resepi cara-cara buat kulit popiah sendiri, tapi hari ni baru berkesempatan. Kerana resepi kulit popiah ini, tutorialnya agak sukar. Nurulsham kena buat banyak video, tapi bagaimana hendak laksanakan, sedangkan sebelah tangan lagi mahu menguli tepung.
Jadi video dan gambar hari ini agak kurang teratur, sebab tangan Nurulsham menggeletar sewaktu mengambil video-video ini.
Maaf didahulukan ya, jika gambar kurang jelas.
Baiklah, terus ke resepinya. Untuk bahan-bahannya, senang sahaja iaitu:
Kulit popiah yang dibuat sendiri sangat wangi baunya, dan boleh dimakan begitu sahaja. Tadipun Nurulsham dah makan sekeping dah rasanya lemak-lemak masin. Nurulsham rasa agak terisi perut yang kosong pagi ini. Rasa sedikit masin dari kulit popiah membuatkan perut hilang pedih.
Selamat mencuba ya resepi orang cina lama ini. Ia satu seni yang membuatkan Nurulsham sangat teruja. Seni tepung, itulah yang Nurulsham panggil.
Nurulsham kagum sebab Allah sangat bijaksana mencipta tepung yang boleh dibuat berbagai jenis makanan jika kita tahu teknik-tekniknya. Jika dimasukkan air menggelegak dan gula, jadilah cucur manis air menggelegak, Jika diuli dan direndam semalaman, jadi kulit popiah, jika diuli, ditambah gula dan yis...maka jadilah roti asas. Jika ditambah garam dan bawang lalu dibancuh lembik, jadilah cucur bawang. Subhanalllah... hebat kan?
Okay semua... selamat mencuba!
Jadi video dan gambar hari ini agak kurang teratur, sebab tangan Nurulsham menggeletar sewaktu mengambil video-video ini.
Maaf didahulukan ya, jika gambar kurang jelas.
Baiklah, terus ke resepinya. Untuk bahan-bahannya, senang sahaja iaitu:
- tepung gandum
- garam
- air sejuk
Seperti yang Nurulsham beritahu sebelum ini, Nurulsham memang suka sangat resepi-resepi dari 3 bahan ni. Contohnya:
- bahulu
- cucur air mendidih
- Lukhmatul Khadi
- Serabai
- dll
Oh...oh... dah terkeluar tajuk lagi!
Hahahah! Jom kembali pada tajuk asal kita. Di bawah ini adalah cara-caranya... .
![]() |
| Bahan-bahan- tepung gandum, air, garam |
![]() |
| Masukkan air sedikit demi sedikit |
![]() |
| Uli tepung anda (+garam) menjadi doh |
![]() |
| Uli sehingga dapat doh yang agak liat seperti dalam gambar. |
![]() |
| Tuang air sehingga doh anda terendam |
![]() |
| simpan semalaman dalam peti sejuk |
![]() |
| Awal pagi keesokan harinya, keluarkan doh dari rendaman, dan masukkan dalam besen untuk diuli semula. Air lebihan rendaman boleh dibuang (atau diperening dan diambil kanjinya dibuat halwa maskat) |
Uli seketika dan tambah sedikit-sedikit air jika doh agak keras. Ikut seperti video di atas. Timbuk doh dan kemudian angkat dan lempar semula berulang kali ke dalam besen hingga doh kental semula. Waktu kental inilah gluten yang kuat telah terbentuk.
![]() |
| Cuba tarik doh memanjang seperti dalam gambar. Jika tidak terputus, gluten dalam doh anda sudah cukup kuat. |
![]() |
| tampar doh anda, jika tepung terkopek dari tangan bila ditampar, maksudnya doh anda sudah sedia. |
![]() |
| Kulit popiah anda sudah sedia untuk diisi dengan lauk dan sayur-sayuran. |
Selamat mencuba ya resepi orang cina lama ini. Ia satu seni yang membuatkan Nurulsham sangat teruja. Seni tepung, itulah yang Nurulsham panggil.
Nurulsham kagum sebab Allah sangat bijaksana mencipta tepung yang boleh dibuat berbagai jenis makanan jika kita tahu teknik-tekniknya. Jika dimasukkan air menggelegak dan gula, jadilah cucur manis air menggelegak, Jika diuli dan direndam semalaman, jadi kulit popiah, jika diuli, ditambah gula dan yis...maka jadilah roti asas. Jika ditambah garam dan bawang lalu dibancuh lembik, jadilah cucur bawang. Subhanalllah... hebat kan?
Okay semua... selamat mencuba!











Komentar
Posting Komentar