BUAT FU CUK SENDIRI DI RUMAH.



Ingat lagi tak resepi air soya homemade Nurulsham?  Anda dah cuba buat tak?  Harap-harap anda dah cuba dan rasa betapa lemak, sedap dan wanginya air soya buatan tangan sendiri.

Ok lah, Nurulsham nak share lagi satu resepi dari soya ni. Kata orang, sambil menyelam minum air. Kita pun nak buat begitu juga. Sambil buat air soya... janganlah dibazirkan sesuatu yang jadi sama sewaktu anda merebus air soya ni, iaitu  fu cuk.

Sewaktu anda merebus air soya, dan ketika ia menggelegak... anda akan lihat ada satu lapisan nipis di permukaan air soya anda. Lihat gambar di bawah. Lapisan ini jika dibiarkan lama sedikit ia akan menebal.


Menggunakan copstik, atau lidi sate, anda kaut lapisan ini keluar dan keringkan di tempat lapang.


Sila lihat video untuk mendapat sedikit idea untuk cara keluarkan lapisan ini. Nota, lebih mudah jika ada buat kerja ini menggunakan periuk bermulut lebar.



Nurulsham keringkan di atas penapis sahaja, sebab selepas ini Nurulsham nak terus guna buat sayur. Jika anda mahu ia tahan lama, sila keringkan menggunakan kaedah di bawah.

gambar ini diambil dari carian google

Gambar ini diambil dari carian google.
Alhamdulillah, sayur fu cuk Nurulsham akhirnya jadi juga sayur lemak yang sangat sedap.


Tak sangkakan, banyak benda yang selama ini kita hanya beli... hari ni kita dapat cuba buat kerana pada mulanya kita hanya cuba buat air soya sendiri. Banyak lagi produk soya lain iaitu tau fu fah, tofu telur, tauhu, tauchu, tauyou (kicap) dan sebagainya. Jika kita tahu cara buat sendiri, in shaa Allah kita dapat menjaga kesucian makanan yang kita ambil.

Selamat mencuba!

update 14 april 2016


Noor Layla Nk dapatkan tauhu kering tu..air kcng soya tu kena masak lama ke..mohon pencerahan ye sis..tq
UnlikeReply15 hrs
Nurolshamshi Saidin Jap sis bagi link ye...http://nurulshamsaidin.blogspot.my/.../buat-air-kacang...



Tiba-tiba teringin pula minum air soya. Air kacang soya ni sebenarnya kegemaran suami…
NURULSHAMSAIDIN.BLOGSPOT.COM
Noor Layla T.kasih sis..semoga murah rezeki sis skurga..aamin
LikeReply5 hrs
Siti Aishah Kalau tau buat sendiri lagi bagus.Yg beli tu belum tentu bersih buatan nya.Lg pun bukan buatan orang kita.
UnlikeReply26 hrs
Nurolshamshi Saidin Siti Aishah, betul sangat-sangat. Lagipun rupa-rupanya tak susah pun nak buat

Surina Sulaiman Terima kasih banyak2 sebab share resipi ni. Saya suka sangat fucuk tapi nak cari yang halalan toyyiban ni agak mencabar. Saya share dgn kawan2 saya ye. Jazakallah. Semoga puan sentiasa dirahmati Allah swt
UnlikeReply11 hr
Nurolshamshi Saidin surina .. silakan. Terharu saya
LikeReply8 mins
Nor Lela Bagus blh buat sendiri terjamin halalan toiyibah...terima kasih atas perkongsian ilmu
UnlikeReply138 mins
LikeReply8 mins


UPDATE PADA JAM 10.49 PAGI
TARIKH 22 APRIL, SABTU






Seronok sangat-sangat, setelah beberapa kali cuba buat fucuk, pagi ini Nurulsham dapat buat fucuk yang cantik, lembut dan sedap.

Rupa-rupanuya lebih senang angkat pakai lidi dibandingkan angkat pakai chopstick. Lepas angkat, Nurulsham terus sidai dalam baldi kecil.

Kemudian Nurulsham terus potong fucuk, dan buat sayur fucuk goreng pedas tambah cili, kunyit, bawang dan lain-lain. (Maaf tak ada gambar sayur fucuk yang dah masak, dah habis ngap-ngap )

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Resepi Biskut Buah Kana Sedap Mudah Sukatan Cawan

Resepi Biskut Kacang Hijau Sukatan Cawan Sedap Mudah

Resepi Biskut Arab Pelangi Sukatan Cawan