BUAT AIR KACANG SOYA SENDIRI
Tiba-tiba teringin pula minum air soya. Air kacang soya ni sebenarnya kegemaran suami Nurulsham. Beliau pernah pergi kursus menghasilkan air kacang soya, tau fu fa dan cincau.
Tugas buat air soya hari ni diselesaikan oleh anak perempuan kedua Nurulsham. Dia juga pandai buat air soya ni sebab pernah belajar dengan kawannya sewaktu bercuti di rumah kawannya itu.
Nurulsham beli kacang soya setengah kilo, berharga RM2.50. Kata anak Nurulsham, kena rendam kacang soya dalam air bersih selama 6 jam. Harus selalu tukar air supaya tidak masam. Rendam sehingga nampak seperti akarnya tumbuh sedikit.
Kemudian bolehlah dimesin menggunakan pengisar elektrik biasa di rumah kita. Kisar sehingga halus. Masukkan air ke dalam pengisar separas dengan kacang.
Kemudian perah air kacang soya anda menggunakan kain. Nurulsham gunakan penapis teh dan kopi yang biasa digunakan di kedai kopi dan restoren.
Perah sehingga keluar semua air soya tersebut. Hampas soya dimasukkan semula ke dalam pengisar dan tambah air. Ulang mengisar sekali lagi dan perah lagi.
Selepas memerah kali kedua, hampas soya ini bolehlah dibuang.
Air kacang soya yang terhasil itu sebenarnya masih mentah. Anda harus masak air soya ini sehingga menggelegak beberapa ketika. Kacau perlahan-lahan.
Air soya anda akhirnya telah sedia. Anda bolehlah sediakan air gula melaka, atau air gula putih sebagai pemanis untuk air soya anda.
![]() |
| Gambar ini diambil dari blog cahayashifa.blogspot.com . Nurulsham tak sempat ambil gambar air soya kami yang siap dah habis diminum. |
Air soya juga amat digemari sepanjang Ramadhan. Boleh dijadikan sumber untuk menampah pendapatan. Modalnya kecil dan cara menyediakannya juga tidaklah cerewet.
Selamat mencuba.







Komentar
Posting Komentar